ENGLISH | BAHASA
Majlis Getah Malaysia (MRC)

Informasi Terkini PKP


Kenali MRC

Majlis Getah Malaysia (MRC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK). MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. MRC bertanggungjawab untuk mempromosikan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia, khususnya bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (IKS) melalui usaha promosi domestik.

Baca Lagi

Berita Terkini

Sesi Pertemuan Townhall Pertama MRC 2021: “Soaring Beyond New Horizon”

Sesi Pertemuan Townhall MRC telah diadakan hari ini untuk pertama kalinya pada tahun 2021 setelah Encik Nurul Islam Mohamed Yusoff dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRC pada bulan Mac 2021.

Dengan ucapannya yang bertajuk "Soaring Beyond New Horizon", Encik Nurul telah berkongsi mengenai perjalanan dan cabaran yang dihadapi MRC sebelum ini yang dilihat dari perspektif serta sudut pandang beliau termasuk aspirasinya tentang masa hadapan MRC.

Beliau percaya bahawa dengan budaya kerja dan corak pemikiran yang betul dapat membawa MRC ke arah mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Encik Nurul juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan MRC atas sumbangan mereka selama ini dan berharap agar mereka dapat bersama-sama dengan beliau melebarkan sayap MRC ke arah lembaran yang baharu, seterusnya melonjak nama MRC ke puncak kejayaan tertinggi.

Kakitangan MRC juga dihadiahkan jam tangan pintar bagi menggalakkan pengamalan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang (healthy work-life balance).

“The groundwork for all happiness is good health.” - Leigh Huntz

Sesi Pertemuan Townhall Pertama MRC 2021: “Soaring Beyond New Horizon”

Sesi Pertemuan Townhall Pertama MRC 2021: “Soaring Beyond New Horizon”

12
Apr , 2021

Sesi Perbincangan dan Kunjungan Hormat MRC Bersama Top Glove

Pihak pengurusan MRC yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nurul Islam Mohamed Yusoff telah mengadakan kunjungan hormat bersama Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengerusi Top Glove, Dato Lee Kim Meow, Pengarah Urusan dan pihak pegurusannya pada hari ini.

Kunjungan hormat ini dimulai dengan lawatan di Menara Top Glove di mana MRC berpeluang mempelajari tentang nilai-nilai yang diterapkan dalam pengurusan Top Glove terutama sekali dalam penjagaan gaya hidup sihat kerana mereka sangat mengutamakan kebajikan pekerja.

Perbincangan antara MRC dan Top Glove pada hari ini tertumpu kepada peranan dan kerjasama MRC dengan pengilang sarung tangan getah terbesar itu. Top Glove juga turut berkongsi pelan perancangan di masa hadapan dan usaha mereka dalam pengambilan pekerja tempatan serta mewujudkan suasana kerja yang kondusif untuk semua kakitangan dan pekerja mereka.

Selesai perbincangan, pihak pengurusan MRC juga dibawa melawat ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Top Glove untuk melihat proses penyelidikan sarung tangan getah yang berkualiti dan bermutu tinggi. Seterusnya lawatan ke bahagian pengeluaran sarung tangan getah perubatan bagi memahami proses pengeluaran produk itu. Akhir sekali, pihak MRC dibawa ke asrama pekerja Top Glove bagi meninjau sendiri kemudahan yang disediakan kepada pekerja - pekerja mereka. Bilik asrama yang luas, bantal dan tilam yang selesa, mesin atm, kedai runcit, pengurup wang, khidmat kiriman wang, dobi, kedai gunting rambut turut
disediakan. Lawatan ini dapat mengesahkan Top Glove menjaga kebajikan pekerja mereka dengan baik.

Sesi Perbincangan dan Kunjungan Hormat MRC Bersama Top Glove

Sesi Perbincangan dan Kunjungan Hormat MRC Bersama Top Glove

02
Apr , 2021

Kunjungan Hormat Forest Plantation Development Sdn Bhd ke MRC

Majlis Getah Malaysia (MRC) menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Besar Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB), Encik Zharudin Narudin hari ini. Forest Plantation
Development Sdn Bhd merupakan sebuah mekanisme khas (SPV) Kerajaan dengan tujuan pelaksanaan Program PembangunanPerladangan Hutan di Malaysia.

Kunjungan Hormat Forest Plantation Development Sdn Bhd ke MRC

Kunjungan Hormat Forest Plantation Development Sdn Bhd ke MRC

01
Apr , 2021

MRC Mempengerusi Mesyuarat Kali Ke-3 Berkenaan Penubuhan Pejabat Serantau Akgrikomoditi Malaysia di Jeddah bersama MPOC & MTC

Mesyuarat bersama MPOC-MRC-MTC kali ke-3 telah berlangsung hari ini di pejabat MRC yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nurul Islam Mohamed Yusoff dan telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Palm Oil Council (MPOC), YBhg. Dato’ Dr. Hj. Wan Zawawi Wan Ismail, Puan Belvinder Kaur Sron, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Faisal Iqbal, Timbalan Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Pasaran serta Encik Mohd Izham Hassan, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Pasaran manakala wakil daripada Malaysian Timber Council (MTC) pula telah dihadiri oleh Tuan Muhtar Suhaili As- Sarawaki selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Roger Chin, Ketua Pegawai Operasi, Encik Khairul Anwar dan Puan Agnes Seah, selaku Pengarah dan Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Antarabangsa bagi pasaran di Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika. Perbincangan pada hari ini fokus kepada perkara – perkara yang melibatkan penubuhan pejabat serantau agrikomiditi Malaysia di Jeddah. Lawatan dan pembentangan mengenai produk getah di Galeri MRC turut diberikan oleh Bahagian Pembangunan dan Pemasaran MRC kepada MPOC dan MTC sejurus selesai perbincangan mereka.

MRC Mempengerusi Mesyuarat Kali Ke-3 Berkenaan Penubuhan Pejabat Serantau Akgrikomoditi Malaysia di Jeddah bersama MPOC & MTC

MRC Mempengerusi Mesyuarat Kali Ke-3 Berkenaan Penubuhan Pejabat Serantau Akgrikomoditi Malaysia di Jeddah bersama MPOC & MTC

31
Mac , 2021

Galeri Multimedia