ENGLISH | BAHASA
Majlis Getah Malaysia (MRC)

Mengenai Industri

Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Dunia


Pengeluaran

  • Jumlah pengeluaran getah dunia bagi tiga suku pertama tahun 2020 adalah sebanyak 19.8 juta tan berbanding 21.2 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun 2019.
  • Nisbah getah asli (NR) kepada getah sintetik (SR) yang dihasilkan bagi sembilan bulan pertama tahun 2020 ialah 47:53. Malaysia menduduki tempat ketujuh di dunia bagi pengeluaran getah asli.

 

Penggunaan

  • Penggunaan getah dunia bagi tiga suku pertama tahun 2020 menurun sebanyak 11.2% kepada 19.3 juta tan daripada 21.7 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun 2019.
  • Nisbah NR ke SR yang digunakan dalam tempoh tiga suku pertama tahun 2020 ialah 47:53. China, Amerika Syarikat, India, Thailand, Jepun, Malaysia, Indonesia, Brazil, Rusia dan Jerman adalah 10 pengguna getah terbesar pada tahun 2020.

 

Dagangan

  • Jumlah import getah global menurun sebanyak 8.2% kepada 15.2 juta tan bagi tiga suku pertama tahun 2020 daripada 16.6 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun 2019, manakala eksport getah berkurangan kepada 15.1 juta tan daripada 15.7 juta tan dalam tempoh yang sama.

Carta 1: Pengeluaran dan Penggunaan Getah Dunia, 2015 – 2020 (Jan - Sep)
(juta tan)

World Production, Consumption and Trade of Rubber

 


Carta 2: Dagangan Getah Dunia, 2015 – 2020 (Jan - Sep)
(juta tan)

World Production, Consumption and Trade of Rubber