MEDIA
SIARAN
BERITA
MREPC Menyertai Misi Komoditi Agri ke Jepun
MREPC telah mengambil bahagian dalam satu misi komoditi agri ke Jepun dari 13 - 16 Disember 2017 yang diketuai oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selain getah, misi tersebut juga merangkum kelapa sawit dan kayu. Antara objektif misi tersebut adalah untuk mempromosi dan memperkukuh eksport produk komoditi agri ke Jepun.
Jadual misi juga merangkum satu perbincangan meja bulat setengah hari dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan industri getah dari Jepun yang dianjurkan oleh MREPC bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM). Antara objektif perbincangan meja bulat adalah untuk mengenal pasti peluang perniagaan dan pelaburan di dalam sektor perdagangan getah serta menyediakan maklumat terkini mengenai teknologi dan produk getah dari Malaysia. Datuk Seri Mah telah menyampaikan ucapan alu-aluan ketika perbincangan meja bulat tersebut. Persatuan industri getah utama yang menghadiri perbincagan meja bulat termasuk Japan Rubber Manufacturers' Association, Rubber Trade Association of Japan, dan Japan Automobile Tyre Manufacturers Association. Sesi meja bulat juga menyediakan platform untuk mengesan minat dan mendapatkan maklum balas daripada ahli-ahli industri di Jepun tentang getah dan produk getah Malaysia. Delegasi MREPC dan LGM juga turut menyertai majlis makan malam berserta perjumpaan perniagaan bersama-sama dengan Menteri yang dihadiri oleh ahli-ahli industri komoditi dari Jepun.
20 DEC 2017
MREPC Menyertai Misi Komoditi Agri ke Jepun
Datuk Seri Mah Mengetuai Misi Teknikal dan Promosi ke Jepun Mengenai Komoditi Agri
MREPC akan mengambil bahagian dalam satu misi ke Jepun dari 13 - 16 Disember 2017 yang diketuai oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Misi tersebut akan merangkum pelbagai komoditi seperti getah, minyak sawit, kayu, lada dan koko.
Semasa misi tersebut, MREPC dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan mengadakan perbincangan meja bulat untuk setengah hari dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan produk getah dan getah mentah di Tokyo. Tujuan utama adalah untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dan membina rangkaian antara peserta industri di Jepun dan Malaysia; meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan industri getah; dan berkongsi maklumat dengan peserta utama industri. MREPC juga akan menyertai majlis makan malam serta pertemuan perniagaan bersama pihak berkepentingan daripada industri pelbagai komoditi. Semasa majlis makan malam, tetamu undangan akan dapat bertemu dan membincangkan perkara berkaitan industri getah dengan Menteri serta pegawai kanan MREPC dan LGM.
12 DEC 2017
Datuk Seri Mah Mengetuai Misi Teknikal dan Promosi ke Jepun Mengenai Komoditi Agri
Penyertaan Yang Berjaya Dalam Automechanika Shanghai 2017
Menandakan edisi ke-13 tahun ini, Automechanika Shanghai 2017 yang berlangsung dari 29 November - 2 Disember 2017 di National Exhibition and Convention Centre (NECC), Shanghai, China telah mencatatkan hasil yang paling berjaya sehingga kini. Kejayaan berterusan acara ini dicerminkan oleh ruang pameran yang semakin meningkat iaitu sebanyak 9% kepada 340,000 meter persegi. Jumlah peserta pameran juga bertambah 5% kepada 6,051 dari 40 negara berbanding edisi lepas. Begitu juga, bilangan pelawat perdagangan telah meningkat 9% kepada lebih daripada 130,000 orang berbanding tahun lepas.
Pavilion MREPC yang seluas 84 meter persegi serta berwarna-warni telah menempatkan 8 pengeluar Malaysia yang mempamerkan pelbagai komponen dan produk automotif getah yang berkualiti. Sejajar dengan usaha untuk meningkatkan eksport produk getah yang berkualiti dari Malaysia ke pasaran dunia, perjumpaan perniagaan juga diselaraskan semasa pameran Automechanika 4 hari untuk memadankan para pembeli berpotensi dengan pengeluar Malaysia.
MREPC menerima jumlah pelawat yang lebih tinggi tahun ini dengan kebanyakan pertanyaan mengenai sarung tangan industri, alas engin, penutup debu serta gasket dan seal. MREPC akan terus menyertai edisi Automechanika Shanghai akan datang untuk meningkatkan kesedaran para pengunjung mengenai Malaysia sebagai sumber komponen dan produk automotif buatan getah yang berkualiti.
12 DEC 2017
Penyertaan Yang Berjaya Dalam Automechanika Shanghai 2017
Promosi Peralatan Perubatan Getah Buatan Malaysia Dalam Pameran Perubatan Terbesar Dunia - MEDICA 2017
MREPC telah menyertai MEDICA 2017 yang berlangsung di Dusseldorf, Jerman dari 13 hingga 16 November. MEDICA 2017 dianjurkan bersama COMPAMED yang merupakan pameran perdagangan terkemuka untuk produk teknologi perubatan dan perkhidmatan. Sekali lagi MEDICA nyata membuktikan reputasinya sebagai pameran perdagangan dunia yang terulung dalam industri teknologi perubatan.
Tahun ini MEDICA terus memberi impak yang signifikan di pentas antarabangsa dengan menarik lebih 120,000 pengunjung dari 130 negara. Lebih daripada 60% pengunjung ini datang dari luar Jerman. Selain pengunjung dari Eropah, terdapat pengunjung dari China, India, Columbia dan Nepal. Dari segi penyertaan, sebahagian besar daripada 5,100 peserta datang dari luar negara mewakili lebih daripada 60 buah negara dan mempamerkan pelbagai produk untuk sektor pesakit luar dan dalam serta inovasi dalam segmen sukan.
Kedudukan gerai promosi MREPC yang strategik di Dewan 7 telah berjaya menerima lebih daripada 200 pertanyaan dengan sebahagian besar mengenai sarung tangan perubatan pembedahan dan pemeriksaan. Kondom dan probe cover merupakan antara alat perubatan getah yang paling dicari oleh pengunjung di gerai MREPC.
Kehadiran syarikat peralatan perubatan getah dari Malaysia dalam MEDICA pada tahun ini amat memberangsangkan dengan penyertaan sebanyak 20 syarikat iaitu: Adventa, Alliance Rubber, AXG Industries, Careplus, Central Medicare, Cross Protection, Diptech, Hartalega, Karex, Koon Seng, Kossan, Meditech, Riverstone, Rubberex, Sanctuary Health, Smart Glove, Supermax, Top Glove, WRP and YTY. Kebanyakan syarikat tersebut berpuas hati dengan respon terhadap MEDICA tahun ini, dengan sesetengah mereka menerima petunjuk perniagaan baharu yang penting.
04 DEC 2017
Promosi Peralatan Perubatan Getah Buatan Malaysia Dalam Pameran Perubatan Terbesar Dunia - MEDICA 2017
Jemputan ke Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai MREPC untuk Pameran Perdagangan dari Mac hingga Julai 2018
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan gerai MREPC untuk pameran perdagangan dari Mac hingga Julai 2018.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Ms Sheen di sheen@mrepc.com sebelum 12 tengah hari, 8 Disember 2017 (Jumaat).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Ms Sheen di sheen@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
DATE : 12 Disember 2017 (Selasa)
TIME : 4.30 petang
VENUE : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur
04 DEC 2017
Jemputan ke Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai MREPC untuk Pameran Perdagangan dari Mac hingga Julai 2018
MREPC Akan Menyertai Automechanika Shanghai 2017
MREPC akan menyertai Automechanika Shanghai 2017, yang merupakan satu acara utama bagi industri automotif di China. Acara antarabangsa ini adalah pameran perdagangan jenama yang kedua terbesar di dunia untuk bahagian & peralatan automotif dan pembekal perkhidmatan, serta menghubungkan setiap elemen dalam rantaian bekalan automotif. Zon REIFEN yang khusus memenuhi keperluan tayar, roda dan produk berkaitan rim ditambah kepada acara Automechanika Shanghai tahun ini.
Pameran perdagangan ini yang akan berlangsung dari 29 November - 2 Disember 2017 di National Exhibition and Conference Centre, Shanghai, China menjangka sebanyak 6,000 peserta pameran dan 130,000 pelawat dari seluruh dunia. MREPC Pavilion akan disertai oleh lapan pengeluar Malaysia untuk komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi pada pameran kali ini.
Datanglah mengunjung Pavilion MREPC di Dewan 2, Booth 2A12, untuk mendapatkan pelbagai komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia!
23 NOV 2017
MREPC Akan Menyertai Automechanika Shanghai 2017
MREPC Mengambil Bahagian Dalam AAPEX 2017
MREPC telah mengambil bahagian dalam Automotive Aftermarket Products Expo (AAPEX) 2017 bersama 9 pengeluar dan pengeksport produk getah Malaysia dari 31 Oktober - 2 November 2016 di Sands Expo and Convention Centre, Las Vegas, Amerika Syarikat. AAPEX telah dianjurkan lebih daripada 25 tahun, dan merupakan acara global yang terunggul mewakili pasaran aftermarket bagi industri bahagian auto. AAPEX 2017, yang menampilkan lebih daripada 2,200 peserta pameran dan 50 sesi AAPEXedu, telah menyediakan peluang yang hebat untuk menjalin hubungan di samping memberi tumpuan tinggi terhadap teknologi.
Pavilion MREPC memaparkan pelbagai komponen automotif getah yang berkualiti, sarung tangan pakai buang dan sarung tangan industri serta pelbagai produk getah lain dari Malaysia. Majoriti pelawat ke pavilion MREPC ialah pengimport dan pengedar tempatan. Sebahagian besar pertanyaan yang diterima adalah mengenai hos getah, sarung tangan industri dan komponen automotif getah am.
20 NOV 2017
MREPC Mengambil Bahagian Dalam AAPEX 2017
Meneroka Teknologi Terkini Dalam Automasi dan Robotik di Jepun dan Korea Selatan.
MREPC telah menganjurkan satu lawatan kerja ke Jepun dan Korea Selatan dari 5 - 11 November 2017 untuk meneroka teknologi terkini berkaitan mesin, automasi dan robotik. Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew, turut disertai oleh enam pengilang produk getah kering serta wakil daripada Malaysian Rubber Products Manufacturers Association (MRPMA).
Delegasi melawat fasiliti pengilangan beberapa syarikat Jepun dan Korea Selatan dan didedahkan kepada teknologi terkini dalam mesin, robotik dan automasi. Di Jepun, delegasi negara telah berjumpa dengan pegawai dari syarikat Matsuda Seisakusho, NIKKIREN, Robot Revolution Initiative dan Mitsuba. Di Korea Selatan pula, delegasi mengadakan perjumpaan dengan pegawai syarikat HYRobotics, Daechang Machinery, Shin Chang Precision dan Hyundai Robotics.
Lawatan tersebut mempunyai dua objektif: pertama, untuk melihat dengan dekat teknologi terkini dalam mesin, robotik dan automasi yang ditawarkan oleh syarikat Jepun dan Korea Selatan dan menimbangkan kemungkinan menggunakan teknologi terkini bagi menambah baik kecekapan proses pengilangan; dan kedua, membuka jalan untuk kerjasama antara pengilang produk getah kering Malaysia dengan syarikat Jepun dan Korea Selatan berkaitan mesin, robotik dan automasi.
14 NOV 2017
Meneroka Teknologi Terkini Dalam Automasi dan Robotik di Jepun dan Korea Selatan.
MREPC Menyertai MEDICA 2017 - Pameran Perdagangan Perubatan Terunggul Dunia
MREPC akan mengambil bahagian dalam MEDICA 2017 di Dusseldorf, Jerman, dari 13 – 16 November 2017. MEDICA merupakan pameran perdagangan dunia yang terunggul untuk industri perubatan. Pada tahun ini, lebih daripada 5,000 peserta dari 70 negara dijangka mempamerkan perkembangan terkini dalam perubatan, rawatan dan peralatan. MEDICA juga menyediakan platform yang sesuai bagi peserta pameran untuk berhubung serta mendapatkan maklum balas daripada pengunjung mengenai pelbagai produk perubatan dan rawatan.
MREPC akan mempamerkan dan mempromosikan peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi buatan Malaysia dalam MEDICA. Kunjungilah Gerai MREPC No. 40 di Dewan 07, untuk mendapatkan pelbagai peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi, termasuk sarung tangan perubatan, kondom dan kateter.
06 NOV 2017
MREPC Menyertai MEDICA 2017 - Pameran Perdagangan Perubatan Terunggul Dunia
MREPC Menyertai Medic West Africa 2017
MREPC telah mengambil bahagian baru-baru ini dalam Medic West Africa ke-7 dari 11 - 13 Oktober 2017 di Lagos, Nigeria. Tahun Ini merupakan kali pertama acara ini diadakan di Landmark Centre yang menempatkan peserta pameran dan persidangan di bawah satu bumbung. Sejumlah 300 peserta pameran tempatan dan antarabangsa dari lebih 25 buah negara telah menyertai pameran ini.
MREPC mempamerkan pelbagai peralatan perubatan getah, termasuk sarung tangan perubatan getah, kondom dan kateter. Sepanjang acara 3-hari tersebut, MREPC telah menerima banyak pertanyaan daripada pelawat perdagangan. Kebanyakan pertanyaan yang diterima adalah mengenai sarung tangan perubatan getah manakala pelawat yang mengunjungi gerai MREPC kebanyakannya penduduk tempatan dan terutamanya adalah pengimport.
01 NOV 2017
MREPC Menyertai Medic West Africa 2017
MREPC Menerajui Lawatan Kerja ke Jepun dan Korea Selatan untuk Sektor Getah Kering
MREPC akan menganjurkan lawatan kerja ke Jepun dan Korea Selatan dari 5 – 11 November 2017 bertujuan untuk mengkaji kemungkinan kerja sama antara pengeluar produk getah kering Malaysia dengan syarikat Jepun dan Korea Selatan dalam bidang mesin, robotik dan automasi. Delegasi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew, dan terdiri daripada beberapa wakil dari industri produk getah Malaysia, khususnya sektor getah kering.
Perwakilan Malaysia akan bertemu dengan syarikat-syarikat dalam bidang mesin, robotik dan automasi di Jepun dan Korea Selatan. Pertemuan ini akan membolehkan pengeluar produk getah kering Malaysia menilai secara langsung kesesuaian menggunakan teknologi terkini dalam bidang mesin, automasi dan robotik yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat Jepun dan Korea Selatan untuk menambah baik proses pembuatan dan pengeluaran mereka serta kawalan kualiti.
31 OCT 2017
MREPC Menerajui Lawatan Kerja ke Jepun dan Korea Selatan untuk Sektor Getah Kering
MREPC Menyertai A+A Edisi Ke-31
MREPC menyertai A+A 2017, pameran perdagangan dunia terbesar untuk keselamatan, perlindungan dan kesihatan pekerjaan di Düsseldorf, Jerman dari 17 - 20 Oktober 2017. Tahun ini menandakan edisi ke-31 A+A dan penyertaan MREPC ke-4 dalam acara dwitahunan tersebut.
MREPC menyertai A+A bersama dengan sepuluh pengeluar produk getah Malaysia yang mempamerkan pelbagai kelengkapan perlindungan peribadi getah yang berkualiti dan inovatif. Tahun ini MREPC menempatkan pavilionnya di lokasi yang lebih strategik, beralih dari dewan sisi ke dewan utama. Lokasi baharu ini telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke pavilion MREPC sepanjang acara 4 hari tersebut. Di samping itu, gerai MREPC sibuk dengan sesi pemadanan perniagaan antara bakal pembeli dan pengeluar Malaysia. MREPC telah menerima bilangan pertanyaan perdagangan yang tinggi manakala pengeluar Malaysia melaporkan nilai potensi jualan yang lebih tinggi bagi tempoh dua belas bulan akan datang. Hasil positif ini menunjukkan keyakinan pembeli dalam keupayaan pengeluar Malaysia untuk mematuhi peraturan baharu EU bagi peralatan perlindungan peribadi.
Yang penting, peserta negara mendapat maklumat mendalam mengenai perkembangan pasaran peralatan perlindungan peribadi global daripada acara A+A tersebut. Oleh itu, MREPC dan pengeluar produk getah Malaysia berharap dapat menyertai edisi seterus A+A yang akan diadakan dari 5 - 8 November 2019.
31 OCT 2017
MREPC Menyertai A+A Edisi Ke-31
MREPC Menyertai AAPEX 2017, Acara Utama Dunia Mewakili Industri Aftermarket Autocare Global
AAPEX yang dimiliki oleh Auto Care Association dan Automotive Aftermarket Suppliers Association, (AASA), merupakan acara utama dunia mewakili industri aftermarket autocare global yang dianggarkan sebanyak USD356 bilion. AAPEX 2017 akan menampilkan lebih daripada 2,200 pengeluar dan pembekal automotif aftermarket yang mempamerkan produk, perkhidmatan dan teknologi yang inovatif kepada lebih daripada 44,000 pembeli yang disasarkan.
MREPC akan mengambil bahagian dalam AAPEX di Sands Ekspo, Las Vegas, Amerika Syarikat dari 31 Oktober - 2 November, bersama-sama dengan 9 pengeluar produk getah Malaysia. AAPEX 2017 akan memperkenalkan beberapa program baharu yang menunjukkan impak teknologi ke atas industri aftermarket automotif dan bagaimana perniagaan boleh mempersiapkan diri dalam menghadapi peluang dan cabaran yang akan datang. Program AAPEX 2017 yang baharu dengan fokus kepada teknologi termasuk: AAPEX Park Mobility (latihan underhood); Persimpangan Teknologi (teknologi yang belum wujud lagi); Teknologi and Forum Telematik V5.0 (securiti siber dan komunikasi kenderaan-kepada-kenderaan); sesi teknologi AAPEXedu (teknologi kenderaan lanjutan) serta Program Profesional Perkhidmatan AAPEX 2017 (menyasarkan profesional perkhidmatan).
Marilah mengunjungi Pavilion MREPC di Tingkat 2, Gerai # 40001 dalam AAPEX 2017 untuk mendapatkan produk getah berkualiti tinggi dari Malaysia.
30 OCT 2017
MREPC Menyertai AAPEX 2017, Acara Utama Dunia Mewakili Industri Aftermarket Autocare Global
Penyertaan MREPC Dalam CMEF Autumn 2017
MREPC akan menyertai China International Medical Equipment Fair 2017 edisi musim luruh yang akan berlangsung di Kunming Dianchi Convention & Exhibition Centre, Yunnan Province dari 29 October 2017 - 1 November 2017.
Dilancarkan pada tahun 1979 dan diadakan dua kali setahun iaitu pada musim bunga dan musim luruh, CMEF Autumn 2017 merupakan siri yang ke-78. Setelah 39 tahun inovasi dan penambahbaikan yang berterusan, CMEF telah menjadi pameran terbesar untuk alat perubatan dan produk & perkhidmatan yang berkaitan di rantau Asia Pasifik. Pameran ini merangkumi 15,000 produk seperti pengimejan perubatan, peralatan IVD dan reagen, elektronik perubatan, optik perubatan, pertolongan cemas, alat pemulihan, kejururawatan, teleperubatan dan perkhidmatan penyumberan luar.
CMEF Autumn 2017 dijangka menarik lebih daripada 4,000 pengeluar peranti perubatan dari 28 buah negara dan 120,000 pengunjung yang terdiri daripada agensi perolehan kerajaan, pengedar dan peniaga. CMEF menyediakan platform yang baik untuk berdagang, mengetahui barangan baharu dan bertukar maklumat.
Kunjungilah gerai promosi MREPC di Dewan 10 nombor G09 untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai produk getah yang berkualiti tinggi buatan Malaysia termasuk sarung tangan pemeriksaan, sarung tangan pembedahan, sarung tangan pergigian dan kateter.
23 OCT 2017
Penyertaan MREPC Dalam CMEF Autumn 2017
MREPC Menganjurkan Program Pendidikan Sarung Tangan Getah Perubatan di Hyderabad dan Ahmedabad
Seminar MREPC bertajuk �Mengurus Kawalan Jangkitan � Memilih Sarung Tangan yang Betul� di Hyderabad dan Ahmedabad telah menerima sambutan yang baik dengan penyertaan melebihi 300 orang terdiri daripada pelajar kejururawatan dan pekerja penjagaan kesihatan serta pengimport dan pengedar alatan perubatan getah. Seminar dianjurkan semasa misi khas sarung tangan getah perubatan ke India dari 8 � 14 Oktober 2017 yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew. Seminar pendidikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MREPC untuk mendekati kakitangan penjagaan kesihatan di India bagi meningkatkan kesedaran dan mempromosikan penggunaan sarung tangan getah perubatan dengan betul untuk mengurangkan jangkitan.
Program misi juga merangkum sesi perbincangan meja bulat bersama pengimport dan pengedar alatan perubatan getah di Hyderabad dan Ahmedabad. Perbincangan interaktif tersebut telah menyediakan maklum balas yang berguna tentang perdagangan alatan perubatan getah antara Malaysia dan India serta perkembangan terkini mengenai industri penjagaan kesihatan India.
Delegasi juga telah melawat Federation of Telangana and Andhra Pradesh Chambers of Commerce and Industry (FTAPCCI), dan Krishna Institute of Medical Sciences (KIMS) Hospital di Hyderabad, dengan tujuan mewujudkan jaringan hubungan dan mempelajari perkembangan terkini dalam sektor penjagaan kesihatan di India.
20 OCT 2017
MREPC Menganjurkan Program Pendidikan Sarung Tangan Getah Perubatan di Hyderabad dan Ahmedabad
MREPC Akan Menyertai Pameran A+A 2017, Pameran Perdagangan Dunia Yang Terbesar Untuk Keselamatan, Perlindungan dan Kesihatan Pekerjaan
MREPC akan menyertai A + A 2017 di Düsseldorf, Jerman dari 17-20 Oktober 2017 bersama sepuluh pengeluar negara. Acara ini menyediakan satu platform antarabangsa untuk mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk keselamatan pekerjaan, perlindungan peribadi dan kesihatan semasa bekerja. A+A 2017 dijangka menarik lebih daripada 1,800 peserta pameran dan 65,000 pelawat.
Peserta pengilang negara akan mempamer dan mempromosikan pelbagai peralatan perlindungan peribadi getah yang berkualiti termasuk sarung tangan industri, sarung tangan pelbagai guna, sarung tangan tahan kimia, sarung jari dan produk getah yang lain.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 7, gerai D04-1, untuk mendapatkan sarung tangan pelindung getah berkualiti tinggi serta produk getah yang lain dari Malaysia.
04 OCT 2017
MREPC Akan Menyertai Pameran A+A 2017, Pameran Perdagangan Dunia Yang Terbesar Untuk Keselamatan, Perlindungan dan Kesihatan Pekerjaan
Penyertaan Julung MREPC Dalam Medic West Africa 2017
Buat pertama kali, MREPC akan menyertai Medic West Africa yang akan berlangsung di Lagos, Nigeria dari 11 hingga 13 Oktober 2017. Acara tahunan Medic West Africa yang ke-6 ini akan berpindah ke pusat pameran canggih yang baharu iaitu Landmark Centre, Lagos.
Acara ini dijangka menarik lebih daripada 4,500 profesional penjagaan kesihatan dan profesional makmal perubatan dari rantau Afrika Barat dan seluruh dunia. Sejajar dengan pameran adalah persidangan di mana profesional perubatan dapat membelajar perkembangan teknologi terkini dalam perubatan dan penjagaan kesihatan. Acara tersebut menyediakan satu platform yang baik untuk pembuat keputusan, profesional penjagaan kesihatan dan industri untuk membelajar, menjalin hubungan dan membuat perniagaan dengan pembekal.
Marilah mengunjung gerai promosi MREPC di 1.B20 untuk mendapatkan produk perubatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
04 OCT 2017
Penyertaan Julung MREPC Dalam Medic West Africa 2017
Misi Khusus ke India Mengenai Alat Perubatan Getah
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik kumpulan sasaran di India tentang sarung tangan perubatan getah dan alat perubatan getah buatan Malaysia yang lain, MREPC akan menganjurkan misi khusus ke Hyderabad dan Ahmedabad, India dari 8 - 14 Oktober 2017. Misi ini akan diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC.
Semasa misi tersebut, satu seminar sarung tangan bertemakan Managing Infection Control Selecting the Right Gloves" akan diadakan di Hyderabad pada 10 Oktober dan Ahmedabad pada 12 Oktober. Seminar ini akan disusuli oleh sesi pemadanan perniagaan dengan pengeluar peralatan perubatan getah dari Malaysia.
Dengan tujuan untuk mengumpulkan maklum balas dan bertukar maklumat dengan pemain industri utama seperti pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan peralatan perubatan getah, MREPC juga akan menganjurkan perbincangan meja bulat dengan mereka. Lawatan kerja ke organisasi yang berkaitan juga akan dianjurkan untuk menjalin hubungan dengan ahli industri serta mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pasaran di India.
25 SEP 2017
Misi Khusus ke India Mengenai Alat Perubatan Getah
Penyertaan Julung Dalam Persidangan Pengilang Hos 2017
MREPC akan membuat penampilan julung dalam Persidangan Pengilang Hos 2017 dari 24 hingga 25 Oktober 2017. Acara ini yang dianjurkan oleh Rubber and Plastics News, Beaver Manufacturing Company bersama Continental ContiTech akan diadakan di Hilton Akron-Fairlawn, Ohio, Amerika Syarikat. Persidangan 2017 akan merangkum topik seperti inovasi dalam bahan, proses dan teknologi yang berkaitan dengan industri hos.
MREPC akan mengambil bahagian dalam pameran perdagangan persidangan untuk mempamerkan pelbagai jenis hos getah yang dibentuk dan mandrel yang digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti abrasion, gas, automobil, bahan kimia, marin dan lain-lain.
Datanglah mengunjungi pavilion MREPC di Bilik Bekaert, gerai no. 8 untuk mendapatkan hos getah buatan Malaysia yang berkualiti tinggi.
25 SEP 2017
Penyertaan Julung Dalam Persidangan Pengilang Hos 2017
Jemputan ke Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai MREPC untuk Arab Health 2018
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan gerai MREPC untuk Arab Health 2018.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas sekurang-kurangnya di dalam 6 pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio untuk memenuhi prasyarat di atas dan diminta menghantar dokumen tersebut kepada Ms Sheen di sheen@mrepc.com sebelum 12 tengah hari, 25 September 2017 (Isnin).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Ms Sheen di sheen@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran berkaitan dengan taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH: 29 September 2017 (Jumaat)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT: Board Room, East Wing, MREPC, Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral.
19 SEP 2017
Jemputan ke Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai MREPC untuk Arab Health 2018
Penganugerahan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) Kepada YB Dato Hj Ahmad Lai Bin Bujang
MREPC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato Hj Ahmad Lai Bin Bujang, Pengerusi MREPC di atas penganugerahan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato sempena sambutan ulang tahun ke-81 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 9 September 2017.
YB Dato Hj Ahmad, Ahli Parlimen Sibuti, Sarwak, telah dilantik sebagai Pengerusi MREPC pada 1 Januari 2014.
14 SEP 2017
Penganugerahan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) Kepada YB Dato Hj Ahmad Lai Bin Bujang
21st Western Chengdu Medical Devices (Autumn) Fair 2017
Buat pertama kali, MREPC akan menyertai 21st Western Chengdu Medical Devices (Autumn) Fair dari 20 – 22 September 2017 di Chengdu Century City New International Exhibition Centre. Semasa acara 3-hari tersebut, MREPC akan mempamerkan peranti perubatan getah buatan Malaysia yang berkualiti tinggi seperti sarung tangan perubatan, kateter, kondom, beg pernafasan dan probe cover.
Pameran ini dianjurkan bersama oleh Chengdu Kang Bo Service, Chengdu Province Hospital Association dan Chengdu Medical Devices Association. Dengan keluasan lantai sebanyak 40,000m2, pameran tersebut dijangka menarik lebih 30,000 pelawat.
13 SEP 2017
21st Western Chengdu Medical Devices (Autumn) Fair 2017
Penyertaan Berjaya Dalam Kongress Pembedahan Dunia 2017 di Basel
MREPC telah menyertai Kongres Pembedahan Sedunia (WCS) 2017 yang diadakan di Congress Centre Basel, Switzerland dari 13 hingga 16 Ogos 2017. Pameran ini telah menarik lebih daripada 2,000 pelawat dengan kebanyakan mereka merupakan pakar bedah dalam pelbagai kepakaran perubatan dari seluruh dunia.
MREPC menyertai WCS 2017 bersama dengan dua pengeluar sarung tangan perubatan getah negara. Wear Safe Malaysia menyertai di bawah gerai konsep payung MREPC manakala Adventa Health menyertai dengan gerai individu. Daripada pelbagai sarung tangan pembedahan yang dipamerkan, para pengunjung kagum dengan keupayaan dan jenis luas sarung tangan pembedahan yang dihasilkan oleh Malaysia. Lebih daripada 90% pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah mengenai sarung tangan perubatan, terutamanya sarung tangan pembedahan sintetik yang mempunyai Acceptable Quality Level (AQL) yang sangat rendah.
11 SEP 2017
Penyertaan Berjaya Dalam Kongress Pembedahan Dunia 2017 di Basel
MREPC Mempromosikan Peralatan Perubatan Getah di Xiamen dan Guangzhou
Menyedari kepentingan dan potensi besar pasaran China untuk produk getah Malaysia, MREPC telah menganjurkan satu misi khusus ke China dari 20 - 26 Ogos 2017. Diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, tumpuan misi adalah peralatan perubatan getah di bandar raya Xiamen dan Guangzhou.
Delegasi telah berjumpa dengan profesional perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan semasa seminar pendidikan di Xiamen dan Guangzhou yang menampilkan pakar dari China dan Malaysia. Seminar pendidikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MREPC untuk mendekati kakitangan penjagaan kesihatan di China bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan betul sarung tangan perubatan getah dalam mengurangkan jangkitan di hospital. Selain daripada menyerlahkan perkembangan terkini dalam industri penjagaan kesihatan, seminar tersebut juga menyediakan platform untuk pakar industri mewujudkan jalinan dengan delegasi Malaysia. Kedua-dua seminar menarik penyertaan yang baik, melebihi 200 peserta.
Misi tersebut juga mengandungi pemadanan perniagaan bagi lapan syarikat pengeluar Malaysia yang menyertai misi, iaitu Koon Seng, Top Glove, TCS Quality, Hartalega, Adventa, Riverstone, Titi Glove dan Biomax. MREPC juga menganjurkan perbincangan meja bulat dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan peranti perubatan getah di Xiamen dan Guangzhou. Perbincangan interaktif tersebut menyediakan maklum balas yang berguna mengenai perdagangan peralatan perubatan getah antara Malaysia dan China serta memberi maklumat terkini berhubung industri penjagaan kesihatan di China.
Delegasi juga melawat Nosocomial Infection Control Centre dan Camphill Group di Xiamen serta Guangdong Private Dental Association dan Double One Latex Products Co. Ltd di Guangzhou untuk mengetahui perkembangan terkini dalam kawalan infeksi dan sektor kesihatan di China.
08 SEP 2017
MREPC Mempromosikan Peralatan Perubatan Getah di Xiamen dan Guangzhou
MREPC Akan Menyertai Pameran China Dental Show 2017 di Shanghai
Buat julung kali, MREPC akan menyertai pameran 2017 China Dental Show (CDS 2017) yang akan berlangsung dari 21 - 24 September 2017 di Shanghai, P.R. China.
Pameran CDS yang dianjurkan bersama oleh Chinese Stomatological Association and Reed Sinopharm Exhibitions akan diadakan di National Exhibition and Convention Centre, Shanghai. Dengan jumlah ruang pameran sebanyak 50,000 m2, CDS 2017 dijangka akan menarik lebih daripada 70,000 pelawat.
Datanglah mengunjungi MREPC di Gerai G11 (Dewan 5.2) untuk peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
05 SEP 2017
MREPC Akan Menyertai Pameran China Dental Show 2017 di Shanghai
Penyertaan MREPC di Lokasi Baharu FIME 2017
MREPC telah mengambil bahagian dalam Ekspo Perubatan Antarabangsa Florida (FIME) ke-27 yang telah diadakan dari 8 - 10 2017 di Orlando, berpindah dari Miami buat kali pertama. Pelawat ke FIME mencari peralatan perubatan, produk, bekalan, teknologi dan perkhidmatan terkini serta membelajar daripada pakar industri semasa acara selama tiga hari yang mempunyai tujuh trek persidangan pendidikan.
MREPC bersama lima peserta dari Malaysia mempamerkan pelbagai produk getah termasuk sarung tangan pemeriksaan, sarung tangan pembedahan dan peralatan perubatan getah lain dalam pameran tersebut. Kebanyakan pengunjung ke Pavilion Malaysia merupakan penduduk tempatan serta dari Latin Amerika. Sebahagian besar pertanyaan yang diterima adalah mengenai sarung tangan perubatan, termasuk sarung tangan pemeriksaan lateks dan nitril dan sarung tangan pembedahan.
24 AUG 2017
Penyertaan MREPC di Lokasi Baharu FIME 2017
Penyertaan Berjaya Dalam Medicall 2017, Edisi Chennai
MREPC sekali lagi menandakan penyertaan yang berjaya dalam Medicall edisi ke-17 di Chennai. Acara 3 hari tersebut diadakan dari 28 - 30 Julai 2017 di Chennai Trade Centre, Chennai, India. Empat pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia, iaitu Biomax, Hartalega, Top Glove dan Winmed telah mengambil bahagian di bawah pavilion MREPC untuk mempromosikan sarung tangan getah perubatan berkualiti tinggi buatan Malaysia.
Sebanyak 650 peserta pameran dari 13 buah negara dan lebih daripada 10,000 pelawat mengambil bahagian dalam acara tersebut yang dianggap sebagai pameran keperluan dan peralatan perubatan hospital yang terulung di India. Persidangan serentak telah dianjurkan dengan pembentangan daripada pakar-pakar dari seluruh dunia sementara anugerah inovasi diberikan kepada pemain yang cemerlang dari industri penjagaan kesihatan semasa Medicall 2017.
Sepanjang acara 3 hari, gerai MREPC sibuk dengan sesi pemadanan perniagaan bersama pembeli berpotensi dan pertanyaan perdagangan. Jumlah jualan yang positif dilaporkan oleh semua pengeluar Malaysia yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
21 AUG 2017
Penyertaan Berjaya Dalam Medicall 2017, Edisi Chennai
Penyertaan MREPC Dalam Kongress Pembedahan Dunia 2017
Sejak tahun 1905, Persatuan Pembedahan Antarabangsa (ISS) telah menganjurkan Kongres Pembedahan Sedunia (WCS) sekali setiap dua tahun. Matlamat WCS adalah untuk memudahkan pertemuan pakar bedah daripada semua pengkhususan pembedahan di bawah satu bumbung dan meningkatkan pertukaran pengetahuan dan teknik. Lazimnya WCS menarik sejumlah 2,000+ pakar bedah dari seluruh dunia. Pameran perdagangan untuk menunjukkan produk, perkhidmatan dan program pendidikan yang berkaitan dengan pembedahan klinikal dan eksperimen juga diadakan bersempena WCS.
MREPC akan menyertai WCS ke-47 yang akan berlangsung di Basel, Switzerland dari 13 - 16 Ogos 2017. Gerai MREPC akan mempamerkan sarung tangan getah, sarung tangan berbentuk khas, sarung tangan perubatan dibuat khas dan peralatan perubatan getah yang lain dari Malaysia.
15 AUG 2017
Penyertaan MREPC Dalam Kongress Pembedahan Dunia 2017
Misi Khusus ke China Mengenai Sarung Tangan Perubatan Getah
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus mengenai sarung tangan perubatan getah ke Xiamen dan Guangzhou, China dari 20 - 26 Ogos 2017. Misi ini akan diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC.
Semasa misi ini, satu seminar sarung tangan bertemakan Menguruskan Kawalan Infeksi Memilih Sarung Tangan Yang Betul" akan diadakan di Xiamen dan Guangzhou masing-masing. Seminar akan disusuli oleh sesi pemadanan perniagaan dengan pengeluar peralatan perubatan getah dari Malaysia. Delegasi akan juga mengadakan perbincangan dengan beberapa organisasi yang berkaitan dengan industri penjagaan untuk memperkukuh hubungan serta meningkatkan pemahaman mengenai pasaran di China.
Atur cara misi juga mengandungi perbincangan meja bulat setengah hari dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan peralatan perubatan getah di kedua-dua bandar raya tersebut. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pertukaran maklumat dengan pemain industri utama.
08 AUG 2017
Misi Khusus ke China Mengenai Sarung Tangan Perubatan Getah
MREPC Menyertai FIME 2017
Acara tahunan Florida International Medical Expo (FIME) merupakan pameran perdagangan perubatan yang paling dihadiri di Amerika, meliputi keseluruhan kawasan Amerika Utara, Tengah dan Selatan. Sebagai acara yang menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 40 negara di seluruh dunia, tumpuan utama FIME merentasi empat sektor industri perubatan termasuk teknologi, produk & bekalan, perkhidmatan dan peralatan.
Lokasi siri ke-27 FIME akan berpindah dari Miami ke Orlando. Acara FIME yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Orange County di Orlando, Florida dari 8 - 10 Ogos 2017 dijangka menarik lebih daripada 1,100 peserta pameran dan 11,000 pelawat. MREPC bersama-sama lima pengeluar produk getah Malaysia akan menyertai FIME 2017.
Datanglah mengunjungi pavilion MREPC di West Hall B, Gerai # B.H63 untuk mendapatkan produk getah berkualiti tinggi seperti sarung tangan perubatan getah, sarung tangan pembedahan dan produk getah lain dari Malaysia.
07 AUG 2017
MREPC Menyertai FIME 2017
Memperkukuh Perdagangan Getah & Produk Getah dan Meningkatkan Kerjasama Dalam Pembangunan Industri Getah Dengan Filipina Misi Menteri yang berjaya ke Filipina
MREPC telah mengambil bahagian dalam misi promosi getah dan produk getah ke Filipina dari 17 - 20 Julai 2017, dengan tujuan memperkukuh perdagangan getah dan produk getah serta meningkatkan kerjasama dalam pembangunan industri getah. Misi diketuai oleh YB. Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dengan penyertaan dari pelbagai agensi. Semasa misi tersebut, MREPC bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menganjurkan satu perbincangan meja bulat setengah hari dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan produk getah dan getah mentah. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli industri getah Filipina mengenai isu berhubung perdagangan getah dan produk getah. Datuk Seri Mah telah menyampaikan ucapan aluan dalam perbincangan meja bulat tersebut. Perbincangan yang interaktif telah memberikan maklum balas yang berguna mengenai perdagangan getah dan produk getah antara Malaysia dan Filipina serta maklumat kemas kini industri getah Filipina.
Perwakilan dari MREPC dan LGM juga membuat kunjungan hormat terhadap Setiausaha Jabatan Pertanian dan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri. Mereka juga melawat pejabat perhubungan Philippines Rubber Research Institute (PRRI) dan bertemu dengan pegawai dari Philippines Rubber Industries Association (PRIA) dan Philippines Institute of Volcanology and Seismology (PHILVOCS), dengan tujuan memupuk kerjasama untuk meningkatkan pembangunan inustri getah.
31 JUL 2017
Memperkukuh Perdagangan Getah & Produk Getah dan Meningkatkan Kerjasama Dalam Pembangunan Industri Getah Dengan Filipina Misi Menteri yang berjaya ke Filipina
Mempromosikan Peralatan Perubatan Getah Buatan Malaysia di Chennai, India
MREPC akan mempromosikan peralatan perubatan getah buatan Malaysia bersama empat pengeluar negara di Medicall 2017 dari 28 - 30 July 2017 di Chennai Trade Centre, Chennai, India.
Dianggap sebagai pameran keperluan dan peralatan perubatan hospital terulung di India, Medicall juga menyediakan platform yang sesuai bagi lebih daripada 15,000 pemilik hospital, para peniaga dan pengedar dari seluruh India untuk mendapatkan pelbagai peralatan dan bekalan hospital. Barangan ini merangkum sarung tangan pembedahan hingga ke peralatan perubatan yang paling canggih.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 1, gerai 1A4, di Pusat Dagangan Chennai untuk mendapatkan peralatan perubatan getah buatan Malaysia yang bermutu tinggi.
21 JUL 2017
Mempromosikan Peralatan Perubatan Getah Buatan Malaysia di Chennai, India
Misi Menteri ke Filipina Mengenai Produk Getah & Getah
MREPC akan menyertai misi menteri bagi getah dan produk getah ke Filipina dari 18 hingga 20 Julai 2017. Misi ini akan diketuai oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Semasa misi tersebut, MREPC akan menganjurkan perbincangan meja bulat setengah hari dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan getah mentah dan produk getah di Makati, Manila. Tujuan utama perbincangan meja bulat ini adalah untuk mengumpulkan maklum balas serta bertukar maklumat dengan peserta industri utama; memupuk perhubungan rapat dan rangkaian dalam kalangan ahli industri di Filipina dan Malaysia; serta mengkaji kerjasama lanjut berhubung pembangunan industri getah.
12 JUL 2017
Misi Menteri ke Filipina Mengenai Produk Getah & Getah
Penyertaan Julung MREPC Dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017
MREPC telah mengambil bahagian buat julung kali dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017 yang berlangsung dari 14 hingga16 Jun 2017 di Centro Banamex, Mexico City, Mexico. Acara ini yang dianjurkan setiap tahun menyediakan platform yang bersepadu bagi industri automotif OEM serta pasaran lepasan automotif. Acara ini juga telah menarik lebih daripada 500 peserta pameran dan lebih 20,000 pembeli penting. Kebanyakan pembeli berasal dari Argentina, Australia, Brazil, China, Jerman, India, Mexico, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
MREPC menyertai acara tersebut bersama lima pengeluar komponen getah automotif di bawah pavilionnya yang mempamerkan pelbagai komponen automotif getah berkualiti tinggi dari Malaysia. Terdapat dua pengeluar komponen automotif getah negara yang turut mengambil bahagian sendiri dalam pameran tersebut.
Kebanyakan pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah daripada pelawat tempatan serta dari Argentina, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, India, Korea Selatan, Taiwan, Turki, UAE dan Amerika Syarikat. Sebahagian besar pertanyaan adalah mengenai komponen getah untuk kenderaan penumpang seperti hos radiator, cagak enjin, but CV, tali sawat dan ring-O.
29 JUN 2017
Penyertaan Julung MREPC Dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017
Penyertaan Julung Dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017
MREPC akan membuat penampilan julung dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017, yang merupakan pameran perdagangan yang terkemuka untuk industri automotif di Amerika Latin dan Amerika Tengah. Acara ini akan berlangsung di Centro Banamex, Mexico City, Mexico bermula dari 14 hingga 16 Jun 2017. Berlangsung setiap tahun, INA PAACE Automechanika Mexico City 2017 merupakan siri yang ke-19. Pameran ini menyediakan platform yang padu bagi seluruh pasaran automotif OEM dan gantian.
MREPC akan menyertai pameran ini bersama-sama lima pengeluar komponen getah automotif. Datanglah mengunjungi pavilion MREPC di gerai no. 2106 untuk mendapatkan komponen getah automotif buatan Malaysia yang berkualiti.
05 JUN 2017
Penyertaan Julung Dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017
Sumbangan Sejuta Sarung Tangan Getah Perubatan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran penggunaan sarung tangan di dalam negara, Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah berjaya menganjurkan satu majlis untuk menyampaikan sumbangan sejuta sarung tangan perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Ahad, 21 Mei 2017. Majlis yang bermakna ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta menyerahkan replica cek untuk satu juta sarung tangan getah perubatan kepada YBhg. Dato' Dr Hassan Merican, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sarung tangan getah perubatan akan diedarkan ke hospital, klinik, klinik pergigian dan pusat perubatan di seluruh negeri Perak. Sumbangan sarung tangan ini bertujuan untuk menyokong usaha Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi menambahbaik perkhidmatan penjagaan kesihatan serta berkongsi kepentingan penggunaan sarung tangan getah dengan komuniti perubatan dan orang awam.
Sempena majlis penyampaian sumbangan sarung tangan getah perubatan Ini, MREPC juga mengadakan Karnival 1 Juta Sarung Tangan Getah Negeri Perak di tempat bersejarah di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. Lokasi tersebut amat sesuai untuk menarik kunjungan orang awam bagi menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti senaman aerobik, permainan dan sukan yang menyediakan banyak hadiah untuk dimenangi, persembahan badut dan belon, kiosk bergambar dan juga pameran barangan getah. Hospital Teluk Intan juga telah menyediakan saringan kesihatan percuma serta mengendalikan kempen derma darah yang berjaya menarik perhatian orang awam. Majlis hari ini menandakan program sumbangan sarung getah perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri yang kedua untuk MREPC selepas sumbangan pertama kepada negeri Sarawak pada tahun 2016.
31 MAY 2017
Sumbangan Sejuta Sarung Tangan Getah Perubatan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Persidangan dan Pameran Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2017
MREPC telah menyertai Persidangan dan Pameran Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2017 dari 19 - 20 Mei 2017 di Menara Top Glove, Setia Alam. IRICE 2017 yang bertema 'Innovating for Tomorrow' dianjurkan oleh Persatuan Pengeluar Produk Getah Malaysia (MRPMA) sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-65.
Persidangan merangkumi pembentangan berhubung topik penting seperti perkembangan R&D, perdagangan dan pelaburan getah serta trend harga. Pameran pula menonjolkan keupayaaan pengilang negara dalam menghasilkan pelbagai produk getah yang berkualiti tinggi seperti sarung tangan perubatan, kondom, hos industri, bahan dan servis pengkompaunan. Yang penting, IRICE 2017 menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman serta menghubungkan pengeluar, pemborong dan pengedar dengan getah dan produk getah.
Gerai MREPC telah menarik banyak pelawat dari negara China dan Taiwan. Kebanyakan pertanyaan yang diterima adalah berhubung sarung tangan pemeriksaan nitril dan getah serta produk lain seperti sarung tangan industri, benang getah, kondom, sarung tangan penebat dan getah asli.
24 MAY 2017
Persidangan dan Pameran Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2017
CMEF Spring 2017
Pavilion Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan di Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF) Spring yang diadakan baru-baru ini dari 15 - 18 Mei 2017 di National Exhibition and Convention Centre (NECC), di Shanghai, China. Pavilion Malaysia yang terdiri daripada MREPC bersama-sama dengan 13 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia telah mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan perubatan dan peralatan perubatan berasaskan getah. Pavilion negara telah berjaya menarik banyak pengunjung yang berminat mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi buatan Malaysia.
Pavilion Malaysia dengan struktur yang berwarna-warni juga mendapat sambutan ramai pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MREPC dan pengilang Malaysia. Sepanjang acara 4 hari tersebut, gerai MREPC sibuk dengan sesi padanan perniagaan bersama pembeli berpotensi dan pertanyaan perdagangan.
24 MAY 2017
CMEF Spring 2017
Penyertaan Julung Kali MREPC Dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Getah Asli Dalam Pembinaan Jalan
MREPC mengambil bahagian buat kali pertama dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Getah Asli Dalam Pembinaan Jalan 2017. Seminar ini yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka, bertujuan mempromosikan penggunaan produk getah terutamanya untuk pembinaan jalan dan infrastruktur. Pengeluar produk getah kejuruteraan, Doshin Rubber Products, turut mengambil bahagian dalam pameran ini.
Acara ini mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembinaan dan infrastruktur, iaitu teknologi nano untuk pembinaan jalan, keselamatan lalu lintas dan penandaan tepi jalan, penyelesaian untuk penyelenggaraan jalan, pemulihan tepi jalan, menaik taraf jalan dan pengumpulan data berteknologi tinggi untuk pembaikan jalan. Beberapa syarikat ternama yang terlibat dalam pembinaan jalan di Malaysia seperti Roadcare, Kemaman Bitumen, Shell Bitumen dan Regent Holdings turut menyertai pameran.
Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah tempatan yang berpengalaman meliputi keserasian getah dengan asfalt untuk turapan jalan, kepentingan bitumen getah yang diubahsuai dan sejarah penggunaan getah asli bitumen yang diubahsuai dalam pembinaan jalan di Malaysia. Penceramah dari China, India dan Thailand turut berkongsi pengalaman mereka mengenai penggunaan getah asli dalam bitumen yang diubahsuai di negara asal mereka.
Gerai MREPC menerima ramai pelawat terutamanya dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dari seluruh Malaysia, pembina jalan tempatan serta penyelidik tempatan dan luar negara. Kebanyakan pertanyaan adalah berhubung sendi pengembangan getah, bumper kelajuan getah dan produk lain yang berkaitan seperti post letak kenderaan getah dan cat’s eye.
15 MAY 2017
Penyertaan Julung Kali MREPC Dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Getah Asli Dalam Pembinaan Jalan
MREPC Akan Menyertai IRICE 2017
MREPC akan menyertai Pameran dan Persidangan Industri Getah Antarabangsa (IRICE 2017) yang julung kali diadakan. Acara ini akan berlangsung dari 19 hingga 20 Mei 2017 di Menara Top Glove, Setia Alam, Selangor. IRICE 2017 dianjurkan oleh Persatuan Pengeluar Produk Getah Malaysia (MRPMA) sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-65.
IRICE 2017 akan mengandungi satu persidangan dengan pembentangan oleh pakar industri getah serta pameran yang menunjukkan teknologi dan perkembangan terkini bagi getah dan produk getah.
Datanglah mengunjungi MREPC di Dewan Healthy Event, Gerai 8 & 9 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk getah buatan negara.
15 MAY 2017
MREPC Akan Menyertai IRICE 2017
Pendidikan Galas Seismik di Indonesia Menarik Pakar Industri Pembinaan
MREPC berjaya menganjurkan satu misi khas mengenai produk kejuruteraan berasaskan getah ke Jakarta dan Medan, Indonesia dari 26 -30 April 2017. Misi ini diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC.
Semasa misi tersebut, MREPC telah menganjurkan seminar pendidikan di Jakarta dan Medan serta sesi pemadanan perniagaan di Jakarta bagi pengeluar Malaysia yang turut menyertai misi. Penceramah dari Indonesia dan Malaysia telah membentangkan kertas kerja dalam seminar yang dihadiri oleh seramai 163 peserta. Timbalan Ketua Perwakilan, Encik Zhamshari Shaharan, telah menghadiri seminar di Jakarta. Dalam seminar di Medan, Konsul Jeneral Malaysia, Yang Berhormat Encik Amizal Fadzli Rajali, telah menyampaikan ucapan khas. Kedua-dua seminar berjaya menarik jurutera awam dan struktur, perunding kejuruteraan, profesor dan pelajar kejuruteraan dari universiti serta pegawai dari syarikat pembinaan. Seminar tersebut mengutarakan perkembangan semasa dalam galas struktur serta menyediakan platform untuk pakar industri mewujudkan hubungan dengan pengeluar Malaysia.
09 MAY 2017
Pendidikan Galas Seismik di Indonesia Menarik Pakar Industri Pembinaan
MREPC Menyertai CMEF Spring 2017
MREPC bersama 13 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia akan menyertai China International Medical Equipment Fair ke-77 dari 15 - 18 May 2017, di National Exhibition and Convention Centre (NECC), Shanghai, China.
CMEF telah dianjurkan sejak tahun 1979 dan telah berkembang untuk menjadi pameran perdagangan terbesar di rantau Asia-Pacific untuk peralatan perubatan dan produk serta perkhidmatan yang berkaitan. Pameran perdagangan ini besar meliputi 15,000 produk seperti pengimejan perubatan, peralatan IVD dan reagen, elektronik perubatan, optik perubatan, pertolongan cemas, pemulihan peranti, kejururawatan, teleperubatan, peranti boleh pakai dan perkhidmatan penyumberan luar. CMEF menyediakan perkhidmatan untuk keseluruhan rantaian nilai peralatan perubatan bermula daripada pengilang produk hingga kepada pengusaha perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengguna akhir.
Pavilion MREPC akan mempamerkan pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti termasuk sarung tangan pemeriksaan, sarung tangan pembedahan, kondom, kateter getah, sarung jari dan probe cover.
Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 5.1, Gerai G18 di CMEF Spring 2017 untuk mendapatkan peralatan perubatan getah buatan Malaysia yang bermutu.
09 MAY 2017
MREPC Menyertai CMEF Spring 2017
MREPC Akan Menyertai International Seminar on Natural Rubber in Roads 2017
MREPC akan mengambil bahagian dalam International Seminar on Natural Rubber in Roads yang julung kali diadakan dan akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi,Jabatan Kerja Raya (CREaTE) di Alor Gajah, Melaka bermula dari 27 hingga 28 April 2017. Seminar ini dianjurkan bersama oleh CREaTE dan Persatuan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM).
Seminar ini akan menyediakan satu platform untuk pembentangan hasil penyelidikan, perbincangan dan pertukaran idea mengenai teknologi inovatif dan terkini berkaitan penggunaan getah asli untuk jalan raya. Seminar ini akan juga mengemaskinikan peserta industri mengenai perkembanganberkaitan penggunaan getah asli untuk jalanraya. Selain itu, seminar akan memberi kesedaran kepada peserta industri berhubung isu-isu dan cabaran yang timbul daripada pelaksanaan penggunaan getah asli untuk jalan raya.
Penceramah antarabangsa dari 10 negara akan berkongsi pengetahuan dan penyelidikan mereka mengenai penggunaan getal asli untuk jalan raya dengan peserta seminar. Dijangka 20 peserta pameran dan lebih daripada200 peserta seminar dan pelawat akan menghadiri acara ini.
Datanglah melawat gerai MREPC di B9 untuk maklumat lanjut mengenai produk getah yang digunakan dalam pembinaan jalan raya dan sektor infrastruktur.
25 APR 2017
MREPC Akan Menyertai International Seminar on Natural Rubber in Roads 2017
Lawatan Kerja Yang Berjaya ke Jerman dan Belanda
MREPC berjaya menganjurkan lawatan kerja ke Jerman dan Belanda dari 28 Mac - 6 April 2017. Delegasi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew, dan terdiri daripada empat pengeluar produk getah Malaysia bersama-sama dengan seorang wakil daripada Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA) dan Malaysian Rubber Products Manufacturers Association (MRPMA).
Delegasi telah melawat kilang beberapa syarikat Jerman dan Belanda dan mendapat pendedahan kepada teknologi terkini dalam bidang robotik dan automasi. Di Jerman, delegasi Malaysia berjumpa dengan pegawai-pegawai daripada FLG Automation, HAHN Automation dan Persatuan Industri Kejuruteraan Mekanikal. Di Belanda, delegasi mengadakan mesyuarat dengan Vicoma Kejuruteraan, Mencelupkan Belanda, Machinefabriek Boessenkool dan Smart Robotics.
Perwakilan juga mengadakan perbincangan dengan Netherlands Foreign Investment Agency (NFIA), Rotterdam Partners, Rotterdam Port of Authority, Holland International Distribution Council (HIDC) dan Rhenus Contract Logistics. Ini membolehkan wakil-wakil mengetahui peluang yang wujud dalam bidang logistik serta insentif cukai yang diberikan di Rotterdam, Belanda. Delegasi juga dapat mengetahui manfaat menggunakan Pelabuhan Rotterdam sebagai pintu masuk ke Eropah serta perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh organisasi yang berkaitan di Belanda.
18 APR 2017
Lawatan Kerja Yang Berjaya ke Jerman dan Belanda
Penyertaan MREPC yang Berjaya di Medical Fair India 2017
MREPC telah menyertai Pameran Medical Fair India 2017 dengan jayanya. Pameran berlangsung di Pragati Maidan, New Delhi, India dari 6 – 8 April 2017. Pavilion MREPC menempatkan lima pengilang dari Malaysia yang mempamerkan pelbagai jenis produk perubatan berasaskan getah sepanjang acara 3 hari tersebut.
Pavilion MREPC yang menonjol dengan warna hijau dan kuning telah menarik ramai pengunjung. Kebanyakan pengunjung ke Pavilion MREPC adalah dari India dengan sebahagian besar pertanyaan mengenai sarung tangan perubatan. Sesi padanan perniagaan turut berjaya diselaraskan antara bakal pembeli dan pengilang Malaysia. Kelima-lima pengilang tersebut melaporkan jumlah jualan yang positif dan menyuarakan minat untuk menyertai Medical Fair India akan datang yang akan diadakan di Mumbai pada tahun hadapan.
18 APR 2017
Penyertaan MREPC yang Berjaya di Medical Fair India 2017
Program Penyumberan Pembeli yang Berjaya Sempena Penyertaan di Automechanika Kuala Lumpur 2017
MREPC telah menganjurkan sebuah gerai promosi dalam acara dwi tahunan Automechanika Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 Mac 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran ini telah menarik lebih daripada 8,000 pelawat dan 246 peserta pameran dari China, Eropah, Malaysia, Taiwan dan Singapura. Selain daripada gerai MREPC, terdapat empat pengeluar komponen automotif getah Malaysia yang turut menyertai pameran.
Kebanyakan pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah daripada pelawat tempatan serta mereka dari Bangladesh, China, India, Iraq, Mesir, Pakistan, Rusia dan Singapura. Kebanyakan pertanyaan adalah mengenai bahagian getah untuk kenderaan penumpang seperti hos radiator, cagak enjin, CV boot, belting motor dan O-ring.
Sempena pameran itu, MREPC telah menganjurkan Program Penyumberan Pembeli untuk komponen automotif getah. MREPC menerima dua pembeli berpotensi dari Mexico dan Indonesia. Mereka berminat dalam mendapatkan komponen automotif getah seperti pengedap getah, cagak enjin, sesendal getah, weather-strips, bahagian getah yang dibentuk menerusi proses pengacuanan serta bahagian getah untuk sistem brek. MREPC telah juga mengendalikan sebanyak 17 padanan perniagaan bersama 11 pengeluar komponen automotif getah negara.
17 APR 2017
Program Penyumberan Pembeli yang Berjaya Sempena Penyertaan di Automechanika Kuala Lumpur 2017
Misi Khusus ke Jakarta dan Medan Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus untuk produk getah kejuruteraan ke Jakarta dan Medan dari 26 hingga 30 April 2017. Misi ini akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew. Satu seminar yang bertemakan "Risk Mitigation Against Earthquakes Through High-Damping Technology" akan berlangsung di Jakarta pada 27 April dan di Medan pada 29 April.
Beberapa penceramah antarabangsa dan tempatan akan membentangkan kertas kerja di kedua-dua seminar. Seminar ini memberikan peluang yang baik kepada jurutera awam dan struktur, perunding kejuruteraan, profesor dan pelajar kejuruteraan dari universiti serta pegawai-pegawai dari syarikat pembinaan, organisasi yang berkaitan dan pihak kawal selia, untuk mengetahui perkembangan terkini dalam produk galas struktur. Selain itu, para peserta akan dapat mewujudkan rangkaian dengan pakar-pakar dalam bidang galas getah seismik.
MREPC akan juga mengaturkan perbincangan perniagaan semasa misi tersebut untuk para peserta mewujudkan perhubungan, menjana perniagaan baharu dan bertemu dengan pengedar atau rakan kongsi yang berpotensi.
12 APR 2017
Misi Khusus ke Jakarta dan Medan Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah
Pavilion MREPC di Medical Fair India 2017
MREPC akan menyertai pameran Medical Fair India 2017 yang ke-23 di New Delhi, India dari 6 - 8 April 2017 bersama lima pengeluar produk perubatan buatan getah dari Malaysia. Medical Fair India yang merupakan pameran perdagangan terulung untuk hospital, pusat kesihatan dan klinik India, adalah pameran tahunan perubatan dan penjagaan kesihatan yang diadakan berselang-seli di Mumbai dan New Delhi.
Pameran tersebut menyediakan platform yang sesuai untuk menembusi pasaran India. Acara ini mempamerkan peranti dan teknologi perubatan serta peralatan hospital yang terkini, dan juga pelbagai jenis kelengkapan, perkhidmatan dan produk berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Pameran perdagangan ini akan juga memfokus kepada solusi kesihatan mobil dan teknologi maklumat kesihatan yang kini semakin popular.
Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 12, Gerai B14 bertempat di Pragati Maidan Exhibition Centre, New Delhi untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
22 MAR 2017
Pavilion MREPC di Medical Fair India 2017
Lawatan Kerja ke Jerman dan Belanda
MREPC akan menganjurkan lawatan kerja ke Jerman dan Belanda dari 28 Mac - 6 April 2017. Lawatan kerja ini, yang terdiri daripada beberapa perwakilan dari Malaysia, akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew.
Delegasi Malaysia akan bertemu dengan syarikat-syarikat robotik dan automasi terkemuka di Jerman dan Belanda. Objektif mesyuarat ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama antara pengeluar produk getah Malaysia dengan organisasi Jerman dan Belanda dalam bidang robotik dan automasi. Delegasi Malaysia berharap untuk mewujudkan pautan dan perkongsian pengetahuan untuk terus mengautomasikan dan meningkatkan rantaian nilai keseluruhan proses pembuatan.
Di Belanda, Rotterdam Partners dan Netherlands Foreign Investment Agency adalah antara organisasi yang akan mengadakan pertemuan dengan delegasi Malaysia. Mesyuarat ini diadakan untuk mengenal pasti kelebihan menggunakan Pelabuhan Rotterdam sebagai pintu masuk ke Eropah, menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi yang berkaitan dan insentif cukai.
14 MAR 2017
Lawatan Kerja ke Jerman dan Belanda
Program Buyers' Sourcing oleh MREPC Sempena Penyertaan di Automechanika Kuala Lumpur 2017
MREPC akan menyertai Automechanika Kuala Lumpur yang merupakan pameran perdagangan terulung untuk industri automotif di rantau ini dan diadakan sekali setiap dua tahun. Acara ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula dari 23 hingga 25 Mac 2017. Pameran ini dijangka menarik lebih daripada 8,000 pelawat serta 300 peserta pameran dari seluruh dunia. Pelbagai komponen kereta berasaskan getah akan dipamerkan di gerai MREPC seperti alas paut enjin, hos, bellow, pengikat, pengedap, gelang-O, sarung tangan industri serta sarung tangan pelbagai guna.
Sempena pameran ini, MREPC akan menganjurkan Program Buyers' Sourcing khas untuk komponen kereta berasaskan getah bagi membantu pengeluar dan pengedar komponen kereta berasaskan getah dari Malaysia bertemu dengan pengimport dan pengedar komponen kereta dari luar negara. Melalui program ini, pengilang dan pengedar komponen kereta berasaskan getah negara akan dapat menjalin hubungan, menjanakan prospek perniagaan serta bertemu dengan pengedar atau rakan kongsi yang berpotensi.
Kunjungilah gerai MREPC # M41 di Dewan 4 untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk komponen kereta berasaskan getah buatan Malaysia. Pihak yang berminat juga dijemput untuk menyertai Program Buyers' Sourcing bersama pengimport dan pengedar komponen kereta dari luar negara.
13 MAR 2017
Program Buyers' Sourcing oleh MREPC Sempena Penyertaan di Automechanika Kuala Lumpur 2017
MREPC akan Menyertai Pameran CMEE 2017 di Jinan
Buat kali pertama, MREPC akan menyertai pameran China International Medical Equipment Expo (CMEE) ke-37 yang akan berlangsung dari 9 –11 Mac 2017 di Jinan, Wilayah Shandong, P.R. China.
Pameran CMEE yang dianjurkan bersama oleh Chenghua Exhibition dan Shangdong Medical Association akan diadakan di Jinan International Exhibition Centre. Pameran in dijangka menerima lebih daripada 35,000 pelawat dari Shangdong dan wilayah yang berdekatan.
Kunjungilah gerai pameran MREPC bilangan D10 (Tingkat 3, Dewan C) untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
06 MAR 2017
MREPC akan Menyertai Pameran CMEE 2017 di Jinan
MREPC Menyertai Arab Health 2017
MREPC bersama 11 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia telah menyertai Arab Health 2017 untuk mempamer dan mempromosi peralatan perubatan buatan getah negara yang bermutu tinggi. Arab Health merupakan pameran perubatan terbesar di rantau Timur Tengah dan juga kedua terbesar di dunia.
Siri Arab Health ke-42 telah berlangsung dari 30 Januari - 2 Februari 2017 di Dubai, United Arab Emirates. Pameran ini menyediakan satu platform yang menyeluruh dan menarik untuk perniagaan serta pertukaran maklumat mengenai perkembangan terkini dalam industri penjagaan kesihatan Timur Tengah. Pengunjung yang menghadiri pameran kebanyakannya adalah peniaga, pengimport, pengedar dan wakil dari hospital dan makmal perubatan dari Gulf Cooperation Council (GCC).
Pavilion MREPC yang merangkumi 108 meter persegi telah menerima pengunjung yang terutamanya dari Timur Tengah dengan kebanyakan pertanyaan mengenai sarung tangan perubatan. Sesi pemadanan perniagaan turut diselaraskan sepanjang 4 hari acara tersebut. Kesemua pengeluar yang mengambil bahagian amat berpuas hati dengan hasil pameran tersebut dan menyatakan minat untuk kembali ke siri seterusnya pada tahun 2018.
17 FEB 2017
MREPC Menyertai Arab Health 2017
Misi Khusus ke Myanmar Yang Berjaya
MREPC telah menganjurkan dengan jayanya satu misi khusus untuk produk getah kejuruteraan ke Yangon, Myanmar dari 10 – 11 Februari 2017. Misi tersebut diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC. Program misi ini termasuk seminar yang bertemakan “The Use of Base Isolation to Protect Structures Against Earthquake Damageâ€, sesi pemadanan perniagaan dengan pelanggan berpotensi; serta lawatan lokasi dan perjumpaan dengan pegawai dari Kementerian Pembinaan Myanmar untuk penyelarasan sumbangan galas gempa.
Seminar satu hari ini dihadiri oleh 82 peserta manakala sebanyak 11 sesi pemadanan perniagaan telah diaturkan oleh MREPC. Lawatan lokasi dibuat ke Jambatan Bayintnaung di Yangon yang telah dikenalpasti untuk dipasang dengan Alat Galas Redaman Getah Asli Tinggi yang ditaja oleh MREPC dan Doshin. Pemasangan alat galas getah dijangka disiapkan pada separuh kedua 2017.
17 FEB 2017
Misi Khusus ke Myanmar Yang Berjaya
Penyertaan Julung Kali Di WCEE 2017, Santiago, Chile
Buat julung kalinya, MREPC telah menyertai World Conference on Earthquake Engineering (WCEE) 2017 yang diadakan di Casapiedra Convention Centre, Santiago, Chile. Tahun ini merupakan WCEE kali ke-16 dan telah berlangsung dari 9 hingga 13 Januari 2017. Persidangan ini telah dianjurkan oleh Chilean Association on Seismology and Earthquake Engineering (ACHISINA) bersama agensi lain. Persidangan turut menyaksikan pembentangan lebih daripada 2,000 kertas kerja seminar sepanjang 5 hari acara tersebut. Tajuk kertas kerja yang dibentangkan kebanyakannya bertumpu kepada bidang seismologi dan kejuruteraan gempa bumi.
Sebuah syarikat pengeluar barangan getah kejuruteraan negara turut mengambil bahagian di ruang pameran bersama MREPC dan telah mempamerkan barangan getah kejuruteraan berkualiti tinggi buatan Malaysia. Kebanyakan pertanyaan adalah mengenai alat galas redaman tinggi getah asli dan barangan getah kejuruteraan lain seperti galas jambatan, fender pelabuhan dan sendi pengembangan.
24 JAN 2017
Penyertaan Julung Kali Di WCEE 2017, Santiago, Chile
MREPC Menyertai Arab Health 2017
MREPC akan menganjurkan pavilion besar yang pertama untuk 2017 di Arab Health 2017 yang akan diadakan di Dubai, United Arab Emirates dari 30 Januari hingga 2 Februari 2017. Sebanyak 11 pengeluar Malaysia peralatan perubatan buatan getah akan turut menyertai Pavilion MREPC di Dewan 7, Dubai International Convention & Exhibition Centre.
Arab Health yang diadakan setiap tahun merupakan perhimpunan terbesar untuk para pakar penjagaan kesihatan dan perdagangan di Timur Tengah. Pameran tersebut merupakan platform yang ideal untuk mencari teknologi terkini dan perkembangan terbaharu dalam produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Pameran pada tahun 2017 ini akan menampilkan lebih daripada 4,400 syarikat dari 70 negara serta pavilion yang khusus dari 38 negara.
Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 7, Gerai H7B10 untuk mendapatkan pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
17 JAN 2017
MREPC Menyertai Arab Health 2017
Penyertaan Kali Pertama Dalam World Conference on Earthquake Engineering di Santiago, Chile
Buat julung kalinya, MREPC akan menyertai World Conference on Earthquake Engineering ke-16 (16th WCEE) yang akan berlangsung di Santiago, Chile bermula dari 9 hingga 13 Januari 2017. Persidangan ini dianjurkan oleh International Association of Eathquake Engineering dan dijangka menarik lebih daripada 4,000 peserta.
Sejak pengenalannya pada tahun 1956, persidangan ini telah berlangsung setiap empat tahun di beberapa negara. WCEE menyediakan persekitaran yang sesuai untuk bertukar maklumat, idea dan hasil kajian serta pengalaman dalam kejuruteraan gempa bumi. Persidangan ini dijangka menarik penyertaan komuniti global yang pelbagai disiplin terdiri daripada saintis, jurutera, arkitek, perancang dan penggubal dasar, dengan minat yang sama iaitu untuk mempromosi pencegahan risiko gempa bumi.
MREPC bersama pengeluar dari Malaysia akan mempamer dan mempromosikan barangan getah kejuruteraan yang berkualiti seperti alat galas redaman tinggi getah asli, bearing jambatan, sendi pengembangan dan fender pelabuhan.
Lawatilah gerai MREPC di E6 & E7 di Pusat Pameran CasaPiedra untuk mengetahui lebih dalam mengenai barangan getah kejuruteraan berkualiti tinggi yang diperbuat di Malaysia.