AKTIVITI
DOMESTIK
Laman in mengandungi senarai pameran perdagangan, bengkel/persidangan/seminar dan misi perdagangan yang dianjurkan oleh MRC untuk manfaat industri getah Malaysia. Anda boleh klik pada program yang berkaitan untuk butiran lanjut tentang program tersebut. Hubungi kami jika anda berminat untuk menyertai program berkenaan. Laman ini juga menyenaraikan aktiviti-aktiviti lain berkaitan getah yang akan diadakan di Malaysia dan luar negara pada masa akan datang.
11 May 2023
Majlis Rumah Terbuka YAB TPM merangkap Menteri Komoditi & Perladangan
- Lokasi : Sri Satria, Putrajaya, Malaysia
- Status : Completed
- Registration : Closed
18 May 2023
Sambutan Aidilfitri MRC bersama Media
- Lokasi : KLGCC, Malaysia
- Status : Completed
- Registration : Closed
Majlis Getah Malaysia (MRC) dengan jayanya telah menganjurkan Sambutan Aidilfitri MRC bersama Media dan turut diserikan oleh kehadiran Anak-anak Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.
Majlis bersama media yang julung kali dianjurkan MRC ini diadakan dengan tujuan untuk mengukuhkan silaturrahim dan menghargai sumbangan yang tak ternilai media terhadap industri getah.
Kepada rakan-rakan media dan juga Anak-anak Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, terima kasih tak terhingga kerana memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MRC Bersama Media.
Semoga acara ini menjadi pembuka jalan dalam membina masa depan yang lebih cerah bagi industri getah dan masyarakat kita.

25 May 2023
Kunjungan Mesra Media MRC bersama Media - Astro Awani
- Lokasi : Astro Awani, Bukit Jalil, Malaysia
- Status : Completed
- Registration : Closed
KUNJUNGAN MESRA MEDIA KE ASTRO AWANI 🌟📢
Jabatan Komunikasi Strategik MRC telah mengadakan Kunjungan Mesra Media ke Astro Awani di Bukit Jalil, hari ini.
Delegasi MRC telah disambut dengan mesra oleh Encik Ashwad Ismail, Ketua Pengarang Berita Astro Awani, serta pengurusan kanan Astro Awani.
Kunjungan ini dianjurkan secara santai dengan tujuan mengukuhkan hubungan dua hala antara MRC dan media. Ia juga memberi peluang untuk pertukaran pandangan dan idea mengenai perancangan & kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.
Semasa berada di sana, delegasi MRC turut dibawa melawat studio operasi berita dan bertemu dengan kakitangan yang bertugas di Astro Awani.
Kami ingin mengucapkan terima kasih atas layanan mesra yang telah diberikan kepada kami.
Semoga ikatan ini membuka jalan bagi perhubungan media yang baik untuk industri getah dan ekonomi negara.