MEDIA
SIARAN
BERITA
Peluang Untuk Peralatan Getah Perubatan Buatan Malaysia di Rusia
MREPC telah mengambil bahagian di dalam pameran Zdravookhraneniye yang diadakan di Expocentre Fairground, Moscow, Rusia dari 2 - 6 Disember 2019. Zdravookhraneniye adalah pameran perubatan antarabangsa bertemakan perubatan, kesihatan, kebersihan, sokongan sosial, kejuruteraan perubatan, produk dan makanan. Pemeran ini dianjurkan bersempena dengan kempen Minggu Penjagaan Kesihatan Rusia dan dianjurkan bersama dengan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Rusia. Pameran ini adalah edisi ke 29 sejak ia mula dianjurkan. Selain daripada Zdravookhraneniye, Minggu Penjagaan Kesihatan Rusia juga merangkumi acara-acara kesihatan bertaraf antarabangsa seperti Gaya Hidup Sihat, Ekspo MedTravel, Klinik Perubatan & Kesihatan dan Resort Spa, Apteka, Stomatologi dan SportMed. Pameran ini telah menarik lebih daripada 30,000 pengunjung dan 1,000 peserta dari 30 buah negara.
MREPC mempamerkan pelbagai jenis peralatan getah perubatan buatan Malaysia di gerai promosinya. Di antara pertanyaan khusus yang diterima daripada peniaga dan pengimport adalah berkenaan sarung tangan pembedahan dan sarung tangan pemeriksaan bagi getah asli dan nitril. Kejayaan penyertaan MREPC di Zdravookhraneniye 2019 akan disusuli dengan penyertaan bersama-sama dengan pengeluar produk getah Malaysia di edisi ke-30 Zdravookhraneniye yang akan diadakan dari 7 - 10 Disember 2020 untuk mengenal pasti peluang-peluang baru di pasaran Rusia.
17 DEC 2019
Peluang Untuk Peralatan Getah Perubatan Buatan Malaysia di Rusia
MREPC Akan Menyertai Automechanika Shanghai 2019
MREPC akan menyertai Automechanika Shanghai 2019, yang merupakan satu acara utama bagi industri automotif di China. Acara antarabangsa ini menandakan edisi ke-15nya dan telah menjadi pameran perdagangan terbesar Asia bagi bahagian, aksesori, peralatan dan perkhidmatan automotif. Pameran perdagangan tahun ini yang bertema 'Di mana ekosistem automotif akan bermula', akan berlangsung dari 3 hingga 6 Disember 2019 di National Exhibition and Convention Centre, Shanghai, China. Ia menjangka akan menarik lebih daripada 6,270 peserta pameran dan 150,000 pelawat dari seluruh dunia. Pavilion MREPC Malaysia Pavilion MREPC akan disertai oleh 10 pengeluar Malaysia untuk produk buatan getah yang berkualiti tinggi. Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC Malaysia di Dewan 2.1, Booth #AB01, untuk mendapatkan pelbagai komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi!
27 NOV 2019
MREPC Akan Menyertai Automechanika Shanghai 2019
Menerokai Potensi Pasaran Untuk Peranti Getah Perubatan Buatan Malaysia di Russia
MREPC akan menyertai pameran Zdravookhraneniye yang merupakan salah satu acara utama dalam Minggu Penjagaan Kesihatan Rusia. Zdravookhraneniye adalah pameran antarabangsa untuk penjagaan kesihatan, kejuruteraan perubatan dan farmaseutikal yang akan berlangsung di Expocentre, Moscow, Rusia dari 2 - 6 Disember 2019. Tahun ini pameran tersebut telah menjangkau edisi yang ke-29 dan akan mempersembahkan 14 kategori produk utama termasuk instrumentasi perubatan, penjagaan kesihatan primer, ubat makmal , penggunaan perubatan, teknologi perubatan, pergigian, dan sebagainya. Adalah dijangkakan lebih daripada 35,000 pengunjung dari lebih 30 buah negara akan melawat pameran kesihatan tahunan ini.
Minggu Penjagaan Kesihatan Rusia adalah acara penjagaan kesihatan terbesar di Rusia yang disokong oleh Kementerian Kesihatan Rusia. Siri pameran perdagangan antarabangsa, kongres, forum dan persidangan akan diadakan semasa Minggu Penjagaan Kesihatan Rusia. Ia adalah platform penting untuk mempamerkan dan membincangkan tren terkini dalam industri penjagaan kesihatan di Rusia.
Datang dan lawati kami di Pavilion 8, Dewan 1 - Booth 81A50 untuk mendapatkan peranti getah perubatan yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
20 NOV 2019
Menerokai Potensi Pasaran Untuk Peranti Getah Perubatan Buatan Malaysia di Russia
MREPC dan Pengeluar Produk Getah Malaysia Mempromosikan Sarung Tangan Getah Industri dan Isirumah di A+A 2019
A+A adalah pameran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang terbesar di dunia dan dianjurkan dua tahun sekali. Tahun ini pameran tersebut diadakan dari 5 - 8 November 2019 do Dusseldorf, Jerman dan merekodkan sebanyak 2,121 pempamer. Buat pertama kalinya pameran tersebut merangkumi lebih dari 78,000 meter persegi dalam 10 dewan pameran dan mengalu-alukan lebih daripada 73,000 pengunjung perdagangan.
MREPC menempatkan sepuluh pengeluar Malaysia yang mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan getah yang berkualiti termasuk sarung tangan industri, sarung tangan isirumah, sarung tangan tahan kimia and minyak, dan sarung tangan pengendalian makanan. Pada tahun ini, Pavilion MREPC telah dipindahkan ke Dewan 1 yang baru dibina berbanding lokasi sebelumnya di Dewan 7 dan ternyata lokasi baru ini adalah lebih strategik dengan bilangan pengunjung yang ramai, terutamanya pada dua hari pertama.
MREPC juga menyelaraskan beberapa sesi pemadanan perniagaan di antara bakal pembeli dan pengeluar Malaysia. Kebanyakan pertanyaan perdagangan yang diterima oleh MREPC adalah daripada pengunjung yang datang dari rantau Eropah dan pengunjung dari rantau Amerika Latin juga tidak terkecuali yang kebanyakannya berminat tentang sarung tangan getah buatan Malaysia. MREPC dan pengeluar produk getah Malaysia berharap dapat menyertai A + A 2021 yang akan diadakan dari 26-29 Oktober 2021.
18 NOV 2019
MREPC dan Pengeluar Produk Getah Malaysia Mempromosikan Sarung Tangan Getah Industri dan Isirumah di A+A 2019
Kejayaan Program Kesedaran Tentang Sarung Tangan Perubatan di India
India adalah salah satu negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di dunia dan pasaran berkembang yang penting untuk produk getah Malaysia. Setiap tahun MREPC menganjurkan pelbagai aktiviti promosi pasaran di India sejak beberapa tahun lalu untuk meningkatkan kesedaran dan mengenalpasti peluang-peluang baru bagi produk getah Malaysia, terutamanya sarung tangan getah perubatan. Baru-baru ini MREPC telah menganjurkan Misi Khusus Sarung Tangan Perubatan ke India dari 3 - 9 November 2019. Misi ini merangkumi dua bandar raya di India iaitu Bengaluru dan Pune. Seminar pendidikan bertemakan Menguruskan Kawalan Infeksi Memilih Sarung Tangan Yang Betul" telah dianjurkan di kedua-dua bandar raya dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja penjagaan kesihatan di India tentang sarung tangan perubatan dan kawalan infeksi. Kedua-dua seminar tersebut telah menarik penyertaan seramai 277 pelajar and pekerja penjagaan kesihatan.
Misi ini juga menyaksikan sumbangan sebanyak 1,000,000 sarung tangan perubatan Standard Malaysian Glove (SMG) daripada MREPC kepada dua buah hospital amal iaitu Sri Sathya Sai Institute of Higher Medical Sciences di Bengaluru dan Villo Poonawalla Memorial Hospital di Pune. Selepas acara tersebut, MREPC melawat kedua-dua buah hospital dan mengendalikan bengkel sarung tangan perubatan di setiap hospital yang masing-masing menarik penyertaan daripada 70 dan 43 pekerja penjagaan kesihatan. Ketika misi tersebut, delegasi MREPC juga mengadakan pertemuan dengan Federation of Karnataka Chambers of Commerce and Industry (FKCCI) di Bengaluru and Imamia Chamber of Commerce and Industry (ICCI) di Pune untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang situasi terkini pasaran dan meninjau peluang kerjasama di antara syarikat Malaysia dan India.
15 NOV 2019
Kejayaan Program Kesedaran Tentang Sarung Tangan Perubatan di India
MREPC Akan Menyertai MEDICA 2019
MEDICA adalah pameran utama dunia bagi teknologi perubatan, peralatan elektro-perubatan, peralatan makmal, dianogsis dan farmaseutikal. Tahun ini pameran tersebut akan berlangsung dari 18 - 21 November 2019 di Dusseldorf, Germany. MEDICA 2019 dijangka akan menarik lebih daripada 150,000 pelawat dan 6,000 peserta pameran dari lebih 70 buah negara yang akan mempamerkan kemajuan terkini dalam bidang perubatan, rawatan dan peralatan di 17 buah dewan.
Tahun ini akan menyaksikan buat pertama kalinya dua buah pameran istimewa di dalam MEDICA, iaitu MEDICA Start-Up Park yang menyasarkan untuk mempromosi syarikat-syarikat baru terutamanya dalam kesihatan digital dan "Wearable Technologies Show" yang merupakan platform utama bagi inovasi dan pembangunan pasaran untuk teknologi yang digunakan pada tubuh atau di dalam badan.
Terdapat juga beberapa acara yang berlangsung serentak seperti Pameran Perdagangan COMPAMED yang merupakan platform terkemuka di dunia untuk teknologi perubatan terkini, serta tujuh forum dan empat persidangan yang akan diadakan dalam pameran selama empat hari tersebut. Di antara persidangan yang dianjurkan adalah Perubatan & Sukan MEDICA yang memberi tumpuan kepada sukan dan perubatan, Forum Kesihatan IT MEDICA yang memberi penekanan kepada digitalisasi dalam industri perubatan, Konferens Fisio MEDICA and Konferens tentang Perubatan Tentera dan Bencana.
Sebanyak 28 pengeluar dan pengeksport peranti perubatan getah Malaysia akan mengambil bahagian di MEDICA 2019 dan MREPC akan menganjurkan enam buah syarikat di bawah gerai yang berkonsep payung. Datang dan lawati kami di Gerai D40, Dewan 7.
15 NOV 2019
MREPC Akan Menyertai MEDICA 2019
MREPC Mempromosikan Peranti Getah Perubatan Buatan Malaysia di Pameran Peranti Perubatan Terbesar Dunia
MREPC menyertai MEDICA yang merupakan pameran utama dunia bagi teknologi perubatan, peralatan elektro-perubatan, peralatan makmal, diagnostic dan farmaseutikal dari 18-21 November 2019 di Dusseldorf, Jerman. MREPC menempatkan enam buah syarikat peranti getah perubatan dari Malaysia di bawah pavilion berkonsep payung. Tahun ini pameran tersebut telah menarik lebih daripada 121,000 orang pengunjung perdagangan dari 170 negara dengan kebanyakan pengunjung mempunyai kuasa dalam membuat keputusan.
Pelbagai peranti getah perubatan buatan Malaysia telah dipamerkan di pavilion MREPC seperti sarung tangan perubatan, kondom, kateter getah, penutup kuar dan pelbagai produk getah celupan khusus. Poster dinding gergasi dengan lokasi strategik di dinding luar Dewan 7 telah dimanfaatkan oleh MREPC untuk menampilkan Malaysia sebagai sumber produk getah perubatan yang berkualiti dan membantu untuk meningkatkan kesedaran pengunjung tentang produk getah Malaysia. Edisi MEDICA yang seterusnya akan diadakan dari 16-19 November 2020.
10 NOV 2019
MREPC Mempromosikan Peranti Getah Perubatan Buatan Malaysia di Pameran Peranti Perubatan Terbesar Dunia
Misi Khusus Sarung Tangan Getah ke Bengaluru dan Pune, India
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus untuk sarung tangan getah ke Bangalore dan Pune dari 4 - 8 November 2019. Misi khusus ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan MREPC untuk mendidik pekerja penjagaan kesihatan di India dengan lebih mendalam tentang sarung tangan perubatan getah berkualiti tinggi dari Malaysia. Misi ini merangkumi seminar dan bengkel kerja berkenaan sarung tangan di kedua-dua buah bandar. MREPC juga akan membuat lawatan ke beberapa buah organisasi di Bangalore dan Pune untuk mewujudkan rangkaian dan mengenalpasti peluang untuk produk getah Malaysia.
29 OCT 2019
Misi Khusus Sarung Tangan Getah ke Bengaluru dan Pune, India
Penyertaan MREPC dan Pengeluar Malaysia dalam Ekspo Utama bagi Pasaran Produk Gantian Automotif
MREPC akan menyertai pameran A + A di Düsseldorf, Jerman dari 5-8 November 2019 bersama-sama sepuluh pengeluar sarung tangan getah dari Malaysia. Pameran ini menyediakan satu platform antarabangsa untuk mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk keselamatan pekerjaan, perlindungan peribadi dan kesihatan semasa bekerja.
Pengeluar dari Malaysia yang menyertai pameran tersebut akan mempamer dan mempromosi pelbagai jenis sarung tangan getah yang berkualiti termasuk sarung tangan industri, sarung tangan pelbagai guna, sarung tangan tahan kimia and minyak, sarung tangan pengendalian makanan serta banyak lagi jenis sarung tangan yang sesuai untuk pelbagai aplikasi.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 1, gerai 1A10, untuk mendapatkan sarung tangan getah berkualiti tinggi dari Malaysia.
25 OCT 2019
Penyertaan MREPC dan Pengeluar Malaysia dalam Ekspo Utama bagi Pasaran Produk Gantian Automotif
MREPC Akan Menyertai Pameran A+A 2019 - Pameran Utama Dunia Bagi Keselamatan, Perlindungan dan Kesihatan Pekerjaan
MREPC akan menyertai pameran A + A di Düsseldorf, Jerman dari 5-8 November 2019 bersama-sama sepuluh pengeluar sarung tangan getah dari Malaysia. Pameran ini menyediakan satu platform antarabangsa untuk mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk keselamatan pekerjaan, perlindungan peribadi dan kesihatan semasa bekerja.
Pengeluar dari Malaysia yang menyertai pameran tersebut akan mempamer dan mempromosi pelbagai jenis sarung tangan getah yang berkualiti termasuk sarung tangan industri, sarung tangan pelbagai guna, sarung tangan tahan kimia and minyak, sarung tangan pengendalian makanan serta banyak lagi jenis sarung tangan yang sesuai untuk pelbagai aplikasi.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 1, gerai 1A10, untuk mendapatkan sarung tangan getah berkualiti tinggi dari Malaysia.
25 OCT 2019
MREPC Akan Menyertai Pameran A+A 2019 - Pameran Utama Dunia Bagi Keselamatan, Perlindungan dan Kesihatan Pekerjaan
MREPC Menganjurkan Program Kesedaran Sarung Tangan dan Terokai Peluang di Tengah China
MREPC telah menganjurkan misi khusus tentang sarung tangan di China dari 13 - 16 Oktober 2019. Misi ini ditumpukan di Xian yang merupakan ibu kota bagi wilayah Shaanxi di kawasan tengah China. Tiga pengeluar produk getah Malaysia iaitu Hartalega, Top Glove dan YTY Group turut sama menyertai misi tersebut. Misi ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan mengemaskinikan peserta tentang pembangunan terkini di dalam sarung tangan perubatan dan kawalan infeksi serta mewujudkan rangkaian dan peluang perniagaan bagi pengeluar produk getah Malaysia.
Satu seminar dengan tema Kawalan Pencegahan Penyakit: Memilih Sarung Tangan Yang Betul telah diadakan di Hotel Hilton, Xian dan disertai oleh 94 peserta terdiri daripada doktor, jururawat dan pengedar. Jeneral Konsul Malaysia di Xian, Encik Tan Li Lung turut menghadiri dan memberikan ucapan di seminar tersebut. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan dengan topik yang memfokuskan tentang Kawalan dan Pencegahan Jangkitan, Memahami Sarung Tangan Perubatan untuk Perlindungan yang Lebih Baik dan Penjagaan Pesakit, serta Kebersihan Tangan. Satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada waktu petang dengan penyertaan dari 33 pengedar dan pengimport sarung tangan perubatan di China. Perbincangan meja bulat ini memberi peluang kepada pengeluar produk getah Malaysia untuk berinteraksi bersama pengedar dan pengimport bagi mendapatkan maklumat tentang orduk dan industri penjagaan kesihatan di Xian. MREPC juga mengaturkan sesi permadanan perniagaan antara pengeluar produk getah Malaysia dan pembeli berpotensi di Xian.
Sebagai sebahagian daripada misi tersebut, satu lawatan pasaran juga diadakan pada hari berikutnya. Dua buah organisasi telah dikunjungi iaitu Xian Aging Industry Association dan Global Doctor Xian. Para delegasi telah mendapat pemahaman yang lebih baik tentang potensi pasaran penjagaan kesihatan di Xian dan menerokai peluang baru dalam sektor pergigian melalui lawatan pasaran tersebut.
23 OCT 2019
MREPC Menganjurkan Program Kesedaran Sarung Tangan dan Terokai Peluang di Tengah China
Taklimat Tender mengenai pemilihan <em>Cloud Service Provider</em> untuk perkhidmatan <em>Cloud Hosting</em> MREPC bagi tahun 2020-2022
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) menjemput syarikat-syarikat Cloud Service Provider untuk mengambil bahagian dalam taklimat tender mengenai pemilihan perkhidmatan Cloud Hosting.
Hanya Cloud Service Provider yang layak boleh menyertai taklimat tender. Kriteria untuk memilih Cloud Service Provider adalah seperti berikut: -
- Harus menjadi syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Mesti menjadi syarikat yang aktif dalam perniagaan selama sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Perlu mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit 3 tahun terkini.
- Bertauliah dengan sekurang-kurangnya Tier 3 - Concurrently Maintainable Site Infrastructure for Design Documents of the Data Center Site Infrastructure Standard atau dari mana-mana badan institusi yang diiktiraf.
Syarikat yang berminat perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI bagi memenuhi prasyarat di atas kepada Encik Ahmad Zulhilmi di zulhilmi@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 21 Oktober 2019 (Isnin).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan notis akan dihantar kepada syarikat yang telah dipilih. Syarikat-syarikat perlu mengesahkan kehadiran mereka pada taklimat tender terlebih dahulu dengan Encik Ahmad Zulhilmi di zulhilmi@mrepc.com. Syarikat-syarikat yang tidak dapat menghantar wakil mereka untuk menghadiri taklimat akan secara automatik hilang kelayakan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH : 23 Oktober 2019 (Rabu)
MASA : 10.00 am
TEMPAT : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, East Wing, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia.
15 OCT 2019
Taklimat Tender mengenai pemilihan <em>Cloud Service Provider</em> untuk perkhidmatan <em>Cloud Hosting</em> MREPC bagi tahun 2020-2022
Misi Khusus Tentang Sarung Tangan Getah ke China
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus tentang sarung tangan getah perubatan ke Xian, China dari 13 hingga 16 Oktober 2019. Program misi ini termasuk seminar pendidikan, perbincangan meja bulat dan kunjungan pasaran. Seminar ini adalah sebahagian dari usaha berterusan MREPC untuk memberikan kesedaran dan mendidik pengamal kesihatan di kawasan sekitar China tentang kepentingan menggunakan sarung tangan getah untuk mengawal penyebaran jangkitan. Perbincangan meja bulat dan kunjungan pasaran akan membolehkan MREPC dan para pengilang produk sarung tangan getah Malaysia untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengimport dan pengedar serta meninjau potensi pasaran di bahagian Tengah China.
08 OCT 2019
Misi Khusus Tentang Sarung Tangan Getah ke China
MREPC Mempromosikan Produk Getah Buatan Malaysia di Persidangan Getah Antarabangsa
MREPC telah menyertai dan membuka sebuah gerai promosi di Persidangan Getah Antarabangsa yang berlangsung di Kia Oval, London dari 3 - 5 September 2019 bagi mempromosikan pelbagai jenis produk getah untuk pelbagai industri dan aplikasi. Acara yang bertemakan Inovasi dalam Bahan dan Produk Elastomerik" ini telah dianjurkan oleh Persatuan Polimer, bahagian Institut Bahan, Mineral dan Perlombongan. Selain dari persidangan, acara ini juga turut menganjurkan pelbagai program latihan yang berkaitan dengan industri getah dan sebuah pameran yang mempamerkan perkembangan terkini dan inovasi dalam industri getah. Selain dari MREPC, Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan tiga lagi pengeluar produk getah Malaysia iaitu HLN Rubber, Armcrest dan Kumpulan Jebco turut sama menyertai pameran tersebut. Edisi seterusmya untuk Persidangan Getah Antarabangsa ini akan berlansung di Chennai, India pada 15 - 17 Oktober 2020.
26 SEP 2019
MREPC Mempromosikan Produk Getah Buatan Malaysia di Persidangan Getah Antarabangsa
Maklumbalas Memberangsangkan di Seminar dan Bengkel Teknikal MREPC Mengenai Galas Getah Asli Redaman Tinggi di Indonesia
Baru-baru ini MREPC telah menganjurkan satu misi khusus mengenai produk getah kejuruteraan ke Indonesia dari 17 - 20 September 2019. Tiga pengeluar produk getah kejuruteraan Malaysia telah menyertai misi ini iaitu Doshin Rubber Products, Hubner Malaysia dan Kinta Rubber Works. Misi yang diadakan di Jakarta ini mengandungi seminar pendidikan dan bengkel teknikal tentang Galas Getah Asli Redaman Tinggi (HDNRB) serta sesi pamadanan perniagaan di antara pengeluar dari Malaysia dan syarikat Indonesia.
Satu seminar bertema Teknologi Galas Getah Asli Redaman Tinggi sebagai Isolator Seismik telah diadakan di Hotel Pullman Thamrin dan menarik penyertaan daripada 152 perunding, jurutera, pensyarah akademik dan pelajar pada hari pertama. Sebanyak sembilan kertas seminar telah dibentangkan oleh tujuh pembentang dari Indonesia dan Malaysia dengan topik yang memfokuskan kepada kod bangunan, kebaikan isolasi asas, isu-isu geoteknikal, galas seismik getah dan lain-lain produk kejuruteraan getah. Buat julung kalinya, bengkel teknikal tentang Langkah-langkah dan Panduan berkenaan HDNRB telah diadakan pada hari kedua yang menyaksikan penyertaan daripada 73 perunding, jurutera, dan pelajar kejuruteraan. MREPC telah berkerjasama dengan Ikatan Nasional Konsultan Indonesia (INKINDO) untuk menganjurkan majlis tersebut.
Sebagai sebahagian daripada misi, sesi pemadanan perniagaan juga telah dijalankan. Sebanyak lima syarikat Indonesia telah menyertai dan bertemu dengan tiga pengeluar Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan meninjau kemungkinan untuk mendapatkan produk getah kejuruteraan dari Malaysia.
26 SEP 2019
Maklumbalas Memberangsangkan di Seminar dan Bengkel Teknikal MREPC Mengenai Galas Getah Asli Redaman Tinggi di Indonesia
Penyertaan di World Congress of Surgery
MREPC telah mengambil bahagian di dalam World Congress of Surgery (WCS) yang diadakan di Pusat Kongres ICE, Krakow, Poland dari 11-15 Ogos 2019. Acara ini menarik lebih daripada 2,000 peserta dan 21 buah syarikat turut mengambil bahagian di dalam pameran ini yang bertujuan untuk mempamerkan teknologi terkini dan produk inovasi di dalam bidang perubatan. Majoriti para peserta adalah pakar bedah dan doktor dari pelbagai bidang perubatan di seluruh dunia. Salah satu jawatankuasa saintifik untuk World Congress of Surgery adalah International Society of Surgery (ISS) yang terdiri daripada 16 pakar perubatan dari pelbagai negara yang mewakili setiap cabang bidang perubatan. Acara ini telah menyediakan satu platform untuk pertukaran pengetahuan saintifik dan teknologi baru dalam bidang perubatan. Gerai MREPC mempamerkan sarung tangan perubatan inovatif yang terkini dan pelbagai jenis sarung tangan getah perubatan yang dihasilkan oleh pengilang Malaysia. Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk edisi akan datang World Congress of Surgery yang dijangka akan berlangsung dari 29 Ogos -2 September 2021 dan akan dianjurkan oleh College of Surgeons Academy of Medicine Malaysia (CSAMM).
13 SEP 2019
Penyertaan di World Congress of Surgery
Misi Produk Getah Kejuruteraan Khusus ke Indonesia
Menyedari potensi pasaran yang besar untuk sektor pembinaan di Indonesia, MREPC sekali lagi menganjurkan misi khusus berkenaan produk getah kejuruteraan ke Jakarta dari 17 - 20 September 2019. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MREPC untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik para jurutera dan perunding di Indonesia mengenai produk getah kejuruteraan buatan Malaysia yang berkualiti tinggi, terutamanya Galas Getah Asli Redaman Tinggi (HDNRB).
Program ini akan merangkumi seminar tentang 'Teknologi Galas Getah Asli Redaman Tinggi sebagai Seismik Isolator' dan bengkel teknikal tentang HDNRB. Sesi padanan perniagaan juga akan dijalankan di antara pengeluar dari Malaysia dan peserta dari Indonesia yang berminat untuk mendapatkan produk getah kejuruteraan berkualiti dari Malaysia.
12 SEP 2019
Misi Produk Getah Kejuruteraan Khusus ke Indonesia
Promosi Produk Getah Perubatan di Pasaran Domestik
MREPC telah menyertai pameran APHM yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 29 - 31 Julai 2019. Acara tahunan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dengan tema "Corporate & Clinical Governance: Partnership & Participation" dan menerima kunjungan peserta tempatan dan asing. Selain itu, APHM turut menganjurkan tiga program serentak yang lain iaitu Persidangan Kejururawatan APHM, Program Persidangan APSMM-MLSM Medico-Legal dan Program Pemerolehan Antarabangsa. Selain dari MREPC, empat buah syarikat sarung tangan getah Malaysia turut menyertai pameran ini iaitu Hartalega, Top Glove, Cross Protection dan Bergamot. MREPC juga menyertai Program Pemerolehan Antarabangsa yang dianjurkan oleh MATRADE dan bertemu dengan lima pembeli antarabangsa dari Argentina, India, Korea dan Peru yang berminat untuk mendapatkan produk getah perubatan berkualiti buatan Malaysia.
12 SEP 2019
Promosi Produk Getah Perubatan di Pasaran Domestik
Promosi Produk Getah Malaysia di Persidangan Getah Antarabangsa
MREPC akan menyertai Persidangan Getah Antarabangsa (IRC) yang akan berlangsung dari 3 - 5 September 2019 di Kia Oval, London. Pelbagai kertas kerja akan dibentangkan ketika acara berlangsung yang merangkumi topik utama seperti aplikasi kejuruteraan elastomer, inovasi polimer, kemampanan proses dan pengeluaran, pembangunan aditif, dan tema tambahan tentang kelestarian, pencirian material dan pemodelan. Semua dijemput datang untuk melawat MREPC di gerai bernombor 03 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan meneroka potensi perolehan produk getah berkualiti dari Malaysia.
28 AUG 2019
Promosi Produk Getah Malaysia di Persidangan Getah Antarabangsa
Promosi Komponen Automotif Getah di Filipina Oleh MREPC
Buat pertama kalinya MREPC menyertai Expo Peralatan, Aksesori, Perkhidmatan & Pembaikan Antarabangsa atau PHILAUTO di Metro Manila, Filipina dari 24 hingga 26 Julai 2019. PHILAUTO dianjurkan bersama Philippines Bus & Truck dan Cold Chain Philippines yang juga merupakan acara antarabangsa terbesar 3-dalam-1 untuk industri automotif selepas pasaran, komersil dan industri rantaian sejuk di Filipina. Pameran edisi ke-6 ini menggabungkan lebih daripada 200 syarikat pameran yang mewakili 15 buah negara termasuk China, Thailand, Taiwan, Malaysia, Jerman, Amerika Syarikat, Korea, Britain dan Singapura yang berfungsi sebagai platform ideal untuk sumber pembekal baru, membina perkongsian perniagaan, menjalinkan hubungan dan rangkaian dengan pemain industri.
Pavilion MREPC bersaiz 72 meter persegi dan menjadi tuan rumah kepada enam pengeluar dan pengeksport yang mempamerkan komponen automotif getah buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dalam pameran selama 3 hari tersebut. Selain daripada komponen automotif getah, MREPC juga menerima pertanyaan tentang bebenang getah praawet.
22 AUG 2019
Promosi Komponen Automotif Getah di Filipina Oleh MREPC
Menteri Industri Utama Mengetuai Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit & Getah ke India
MREPC menyertai misi Menteri ke India dari 31 Julai - 2 Ogos 2019. Misi diketuai oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama dan disertai dengan penyertaan dari pemain industri minyak sawit dan getah. Misi ini merangkumi dua buah bandar raya utama di India iaitu Mumbai dan New Delhi. Semasa misi di New Delhi, MREPC berjaya menganjurkan majlis makan malam yang dihadiri oleh 90 peserta yang terdiri daripada wakil dewan perniagaan tempatan, diaspora Malaysia dan para pelajar di New Delhi. Semasa majlis makan malam tersebut, para tetamu berpeluang untuk berjumpa dan membincangkan perkara berkaitan dengan industri getah dan minyak sawit bersama YB Menteri serta pegawai dari MREPC, Lembaga Getah Malaysia (MRB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Selain dari majlis makan malam, MREPC juga menganjurkan seminar pendidikan bertajuk 'Mengurus Kawalan Jangkitan - Memilih Sarung Tangan yang Betul'. Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan fraterniti penjagaan kesihatan tentang kepentingan pemilihan dan penggunaan sarung tangan perubatan untuk kawalan jangkitan serta mempromosikan sarung tangan perubatan getah Malaysia. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Menteri. Terdapat empat penceramah jemputan dari India dan Malaysia yang melakukan pembentangan. Seminar tersebut dihadiri oleh 165 peserta. Sewaktu seminar diadakan, MREPC juga mengaturkan satu sidang akhbar yang dihadiri oleh 15 orang wakil daripada pelbagai surat khabar dan majalah di New Delhi. YB Menteri juga telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan dan Industri India, En Piyush Goyal di New Delhi untuk membincangkan tentang perkara berkaitan perdagangan di antara Malaysia dan India.
09 AUG 2019
Menteri Industri Utama Mengetuai Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit & Getah ke India
Menteri Industri Utama Akan Mengetuai Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit & Getah ke India
MREPC akan menyertai misi Menteri ke India dari 31 Julai - 2 Ogos 2019. Misi diketuai oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama. Misi Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri minyak sawit dan getah. Semasa misi, MREPC akan menganjurkan majlis makan malam rangkaian dengan Dewan Perniagaan tempatan, diaspora Malaysia dan para pelajar di New Delhi. Semasa majlis makan malam tersebut, para tetamu dapat berjumpa dan membincangkan isu yang berkaitan dengan industri getah dan minyak sawit bersama YB Menteri serta pegawai kanan dari MREPC, Lembaga Getah Malaysia (MRB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MREPC akan juga menganjurkan seminar pendidikan 'Mengurus Kawalan Jangkitan - Memilih Sarung Tangan yang Betul' bersempena misi. Objektif utama seminar adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan fraterniti penjagaan kesihatan mengenai kepentingan pemilihan dan penggunaan sarung tangan perubatan untuk kawalan jangkitan; serta mempromosikan sarung tangan perubatan getah Malaysia.
24 JUL 2019
Menteri Industri Utama Akan Mengetuai Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit & Getah ke India
Penyertaan MREPC Dalam Acara Dwitahunan World Congress of Surgery
World Congress of Surgery (WCS), yang dahulu dikenali sebagai International Surgical Week, telah ditubuhkan pada tahun 1905 oleh International Society of Surgery. WCS merupakan pertubuhan antarabangsa tertua dalam pembedahan am dengan lebih daripada 3,000 ahli di seluruh dunia. Acara dwitahunan ini menyediakan satu platform bagi pelbagai pakar pembedahan berkumpul untuk membincang dan bertukar pengetahuan dan teknik.
Acara ini sering menarik kunjungan lebih 2,000 pelawat daripada pelbagai latar belakang perubatan. WCS 2019 akan mengadakan acara yang berlaku serentak seperti kursus pasca siswazah, pameran untuk produk dan perkhidmatan perubatan, dan pembentangan kertas yang berkaitan dengan pembedahan klinikal dan eksperimen. WCS tahun ini merupakan edisi ke-48 dan akan diadakan dalam ICE Pusat Kongres Krakow di Krakow, Poland dari 11 - 15 Ogos 2019.
MREPC akan mengambil gerai promosi seluas 18sqm untuk mempamerkan inovasi terkini dalam sarung tangan perubatan getah yang dibuat oleh pengeluar Malaysia. Datanglah melawat kami di Gerai 15, Aras 1 di ICE Pusat Kongres Krakow untuk mendapatkan peralatan perubatan getah yang inovatif dari Malaysia.
24 JUL 2019
Penyertaan MREPC Dalam Acara Dwitahunan World Congress of Surgery
Penyertaan Sulung MREPC Dalam International Conference on Earthquake Geotechnical Engineering 2019 di Rom
Buat pertama kali, MREPC telah menyertai edisi ke-7 International Conference on Earthquake Geotechnical Engineering (ICEGE) 2019 di Rom, Itali dari 17 - 20 Jun 2019. Edisi terakhir persidangan setiap empat tahun ini telah diadakan di Christchurch, New Zealand pada tahun 2015. Acara selama 4 hari ini yang mengandungi sesi pleno dan sesi selari telah menyaksikan pembentangan 300 kertas prosiding. ICEGE ke-7 telah menarik lebih daripada 800 peserta dan 16 peserta pameran dari seluruh dunia. Acara ini mnyediakan satu platform untuk membincang perkembangan dan inovasi terkini dalam kejuruteraan geoteknikal gempa bumi.
MREPC menganjurkan Doshin Rubber Products di bawah gerainya untuk mempromosikan High Damping Natural Rubber Bearings (HDNRB) dan produk getah kejuruteraan lain seperti galas mesin mekanikal. Para pelawat ke gerai MREPC telah menunjukkan minat dalam HDNRB dan mekanismenya. Edisi ICEGE seterusnya akan diadakan di Osaka, Jepun pada tahun 2023.
23 JUL 2019
Penyertaan Sulung MREPC Dalam International Conference on Earthquake Geotechnical Engineering 2019 di Rom
MREPC Menyertai PHILAUTO 2019
Buat julung kali, MREPC akan menyertai ekspo automotif terkemuka Filipina iaitu International Auto Parts, Accessories, Service & Repair Equipment Expo (PHILAUTO) di Metro Manila dari 24 hingga 26 Julai 2019. Tujuh pengeluar dan pengeksport komponen automotif buatan getah Malaysia akan menyertai pameran tersebut dengan enam pengeluar di bawah Pavilion MREPC.
Dianjurkan oleh AMB Tarsus Events Group, PHILAUTO 2019 merupakan pameran perniagaan ke perniagaan terbesar untuk segmen aftermarket automotif di Filipina. PHILAUTO tahun ini merupakan edisi keenam dan akan mengambil ruang pameran yang lebih besar merangkumi lebih dari 9,000 meter persegi. Acara ini dijangka menarik lebih dari 5,000 pelawat tempatan dan antarabangsa. Pameran 3 hari ini akan mempamerkan produk terbaharu meliputi bahagian dan sistem automotif, aksesori, elektronik dan peranti hiburan, serta penalaan dan pengubahsuaian khusus, servis automotif, pembaikan dan penyelenggaraan.
Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di gerai 513 & 522 untuk mendapatkan komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
17 JUL 2019
MREPC Menyertai PHILAUTO 2019
Penyertaan Sulung MREPC Dalam Pameran Farmaseutikal Khusus di Jepun
MREPC telah mengambil bahagian dalam INTERPHEX Japan 2019 dari 3 hingga 5 Julai 2019. Acara tersebut yang merupakan pameran terbesar Jepun serta pameran terkemuka Asia untuk teknologi pengeluaran dan pembungkusan farmaseutikal Jepun telah diadakan di Tokyo Big Sight di Tokyo, Jepun. Ini merupakan penyertaan pertama MREPC dalam INTERPHEX. MREPC telah mengambil gerai promosi seluas 18 meter persegi untuk mempamerkan produk cleanroom berkualiti tinggi dari Malaysia.
MREPC menyebarkan beberapa bahan promosi dalam pameran termasuk risalah produk dalam bahasa Jepun, risalah produk dan sampel sarung tangan dari pengeluar sarung tangan cleanroom di Malaysia. Ini merupakan usaha untuk meneroka dan mengembangkan pasaran produk cleanroom dalam industri farmaseutikal di Jepun. Pemasangan strategik kain rentang berdiri oleh MREPC di lorong stesen keretapi yang menuju ke dewan telah mendapat perhatian luas daripada pengunjung dan berjaya menarik lebih ramai pelawat ke gerai MREPC. Pertanyaan yang diterima oleh pegawai MREPC adalah kebanyakannya mengenai sarung tangan cleanroom nitril dan lateks serta sarung tangan perubatan.
Edisi berikut INTERPHEX Japan akan ditangguhkan kepada 25 - 27 November 2020 dan diadakan di Makuhari Messe di Tokyo disebabkan Olimpik Musim Panas 2020 di Jepun.
17 JUL 2019
Penyertaan Sulung MREPC Dalam Pameran Farmaseutikal Khusus di Jepun
Lawatan Kerja Berkaitan Tilam Getah Asli ke Australia
MREPC telah menganjurkan lawatan kerja berkaitan tilam getah asli ke Australia dari 30 Jun - 5 Julai 2019. Lawatan kerja yang dipimpin oleh Pengarah Pemasaran dan Pembangunan MREPC, Encik Muhammad Fazli, merangkumi dua pasaran terbesar di Australia iaitu Melbourne dan Sydney.
Dua pengilang tilam getah negara turut menyertai lawatan kerja tersebut, iaitu Getha Sdn Bhd dan AeroFoam Sdn Bhd. Semasa lawatan kerja lima-hari ini, para delegasi telah mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan serta melawat kilang beberapa syarikat pengeluar tilam di Australia, iaitu Select-O-Pedic, Chiropedic, Slumbercare Bedding, AH Beard and Latex Bedding. Mesyuarat ini berjaya memberi para delegasi maklum balas yang berguna mengenai industri tilam getah Australia serta peluang untuk mempromosikan penggunaan busa lateks dan tilam getah Malaysia.
17 JUL 2019
Lawatan Kerja Berkaitan Tilam Getah Asli ke Australia
Lawatan Kerja ke Australia Berkaitan Tilam Getah Asli
MREPC akan menganjurkan lawatan kerja ke Melbourne dan Sydney, Australia dari 30 Jun – 5 Julai 2019. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti peluang kerjasama antara pengilang tilam lateks negara dengan pengimport, pengilang dan peruncit tilam getah di Australia. Mesyuarat bersama beberapa syarikat pengilang dan peruncit di Australia telah diaturkan untuk menerokai peluang perniagaan untuk pengilang Malaysia di pasaran tilam Australia. Mesyuarat ini menyediakan satu platform yang baik untuk mempromosikan busa lateks dan tilam getah yang berkualiti dari Malaysia.
27 JUN 2019
Lawatan Kerja ke Australia Berkaitan Tilam Getah Asli
Penyertaan Sulung MREPC Dalam INTERPHEX Japan 2019
MREPC akan mengambil bahagian dalam INTERPHEX Japan 2019 untuk kali pertama. INTERPHEX merupakan pameran Jepun yang terbesar serta pameran terkemuka Asia bagi pembuatan farmaseutikal dan teknologi pembungkusan. Pameran 3 hari ini yang berlangsung setiap tahun akan diadakan di Tokyo Big Sight, Tokyo, Jepun dari 3 hingga 5 Julai 2019. INTERPHEX 2019 menjangkakan lebih dripada 1,200 peserta pameran dan 40,000 pelawat akan mengunjungi acara ini.
Industri farmaseutikal Jepun kini merupakan pasaran ketiga terbesar di seluruh dunia selepas Amerika Syarikat dan China. INTERPHEX 2019 menyediakan satu platform yang ideal untuk mempelajari dan membincangkan pembaharuan dan perubahan dalam industri farmaseutikal di Jepun serta memperkukuh hubungan perniagaan dengan pembekal, pengedar dan wakil.
MREPC akan mengambil satu gerai promosi di INTERPHEX Japan 2019 untuk mempamerkan produk getah bilik bersih buatan Malaysia yang berkualiti tinggi. Sila mengunjungi kami di Booth W19-78, West Hall untuk mengetahui lebih banyak maklumat!
27 JUN 2019
Penyertaan Sulung MREPC Dalam INTERPHEX Japan 2019
Penyertaan MREPC Dalam Hospitalar 2019
Hospitalar 2019 yang merupakan edisi ke-26 terbukti sebagai pameran penjagaan kesihatan yang utama bagi pasaran Amerika Latin. Acara ini yang diadakan di Expo Centre Norte, Sao Paulo, Brazil selama 4 hari dari 21 hingga 24 Mei 2019, telah menarik lebih daripada 1,000 peserta pameran serta lebih daripada 80,000 pengunjung. MREPC kembali menyertai Hospitalar 2019 sejak penyertaan terakhir pada 2008.
Gerai promosi MREPC menerima sebilangan besar pertanyaan mengenai sarung tangan perubatan. Bilangan pertanyaan yang tertinggi adalah dari Brazil, diikuti oleh Chile, Argentina dan Bolivia. Selain daripada bahan promosi biasa, MREPC juga telah menghasilkan Katalog Produk baharu dalam bahasa Portugis dan Sepanyol untuk menampung pasaran Amerika Latin. MREPC juga memasang panji gantung di dalam dewan pameran untuk menonjolkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti dari Malaysia.
Baru-baru ini, Brazilian Health Regulatory Agency (ANVISA) telah menerbitkan RDC 270/2019 yang menyediakan panduan pemberitahuan baharu untuk peralatan perubatan Kelas I dan IVD. Peralatan perubatan berisiko rendah yang layak tidak akan menjalani pendaftaran ANVISA secara penuh. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.emergobyul.com/blog/2019/03/brazils-anvisa-launching-notification-pathway-low-risk-medical-devices-and-ivds
Edisi seterus Hospitalar akan diadakan di Sao Paulo Expo, Sao Paulo, Brazil dari 19 - 22 Mei 2020.
18 JUN 2019
Penyertaan MREPC Dalam Hospitalar 2019
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC untuk Pameran Perdagangan Antarabangsa dari November 2019 hingga Januari 2020
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan pavilion MREPC untuk pameran perdagangan antarabangsa dari November 2019 hingga Januari 2020.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat tersebut mestilah ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Cik Vikneswary (Vicky) di vikneswary@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 28 June 2019 (Jumaat).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Cik Vicky di vikneswary@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH: 5 Julai 2019 (Jumaat)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur
17 JUN 2019
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC untuk Pameran Perdagangan Antarabangsa dari November 2019 hingga Januari 2020
Penyertaan Berjaya MREPC Dalam CMEF Musim Bunga 2019
MREPC telah mencatat satu lagi penyertaan yang berjaya dalam China International Medical Equipment Fair ke-81. Pameran tersebut yang dikenali sebagai CMEF Musim Bunga telah berlangsung dari 14 - 17 Mei 2019 di National Exhibition and Convention Centre, Shanghai, China. Acara ini menyaksikan MREPC membina Pavilion Malaysia yang terbesar sejak menyertai CMEF. Pavilion MREPC kali ini mengambil ruang 153 meter persegi daripada 126 meter persegi sebelum ini. Pavilion tersebut menempatkan 12 pengeluar produk getah Malaysia yang mempamerkan pelbagai sarung tangan perubatan getah dan peralatan perubatan getah yang lain.
Pavilion MREPC berjaya menarik ramai pengunjung yang berminat mendapatkan peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi buatan Malaysia. MREPC menerima banyak pertanyaan perdagangan yang menggalakkan dengan kebanyakannya daripada pengunjung China dan rantau Asia. Sesi padanan perniagaan serentak antara pengeluar dan bakal pembeli telah dijalankan di gerai MREPC sepanjang pameran perdagangan 4-hari. MREPC juga mengambil peluang yang ditawarkan di bawah Hari Negara CMEF Musim Bunga untuk menganjurkan satu seminar pendidikan bertajuk "Pengurusan Kawalan Infeksi: Memilih Sarung Tangan Yang Betul". Seminar tersebut menarik lebih daripada 60 peserta.
Sebagai sebahagian daripada usaha promosi untuk menonjolkan Malaysia sebagai sumber peranti perubatan getah yang berkualiti, MREPC telah mendaftar untuk pameran dalam talian E-CMEF. Ini membolehkan pelawat untuk melihat pavilion MREPC secara 360 darjah menerusi teknologi realiti maya (VR). Kini anda boleh melawat semua gerai di bawah pavilion MREPC sepanjang tahun dalam laman web rasmi CMEF http://vr.cmef.com.cn/2019/en.html dan akaun rasmi WeChat (WeChat ID: CMEF1979).
29 MAY 2019
Penyertaan Berjaya MREPC Dalam CMEF Musim Bunga 2019
Penyertaan Tahunan MREPC Dalam CMEF Spring 2019
MREPC akan mengetuai 12 pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia untuk mengambil bahagian dalam China International Medical Equipment Fair ke-81 (CMEF Spring) dari 14 - 17 Mei 2019 di National Exhibition and Convention Centre, Shanghai, China. Tahun ini, MREPC akan mengambil ruang yang lebih besar seluas 153 meter persegi untuk pavilionnya, merupakan yang terbesar untuk penyertaan MREPC dalam CMEF.
CMEF merupakan pameran perdagangan terbesar di rantau Asia-Pasifik untuk peralatan perubatan serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan. Pameran perdagangan ini meliputi 15,000 produk seperti pengimejan perubatan, peralatan IVD dan reagen, elektronik perubatan, optik perubatan, pertolongan cemas, peranti pemulihan, kejururawatan, teleperubatan, peranti boleh pakai dan perkhidmatan penyumberan luar. CMEF menyediakan perkhidmatan untuk keseluruhan rantaian nilai peralatan perubatan bermula daripada pengilang produk hingga kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengguna akhir.
Pavilion MREPC akan mempamerkan pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang inovatif dan berkualiti tinggi dalam pameran tersebut. Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 5.1, Gerai H32 & G01 untuk mendapatkan peralatan perubatan getah yang bermutu dari Malaysia.
08 MAY 2019
Penyertaan Tahunan MREPC Dalam CMEF Spring 2019
Lawatan Kerja MREPC Untuk Berjumpa Perunding Kejuruteraan Indonesia
MREPC telah menganjurkan lawatan kerja berkaitan produk getah kejuruteraan ke Jakarta, Indonesia dari 29 - 30 April 2019. Lawatan kerja dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Encik John Kasilingam. Empat pengilang produk getah kejuruteraan Malaysia menyertai lawatan kerja, iaitu KMK Rubber Manufacturing Sdn. Bhd., Doshin Rubber Products (M) Sdn. Bhd., Weir Minerals Malaysia, dan M One Rubber Sdn. Bhd.
Para delegasi mengadakan perbincangan yang bermanfaat dengan enam syarikat perunding kejuruteraan sepanjang dua hari lawatan. Mesyuarat tersebut membolehkan delegasi Malaysia mempromosikan produk getah kejuruteraan negara untuk penggunaan di sektor pembinaan Indonesia, serta memberi maklum balas yang berguna berhubung projek pembinaan yang akan datang di seluruh Indonesia.
08 MAY 2019
Lawatan Kerja MREPC Untuk Berjumpa Perunding Kejuruteraan Indonesia
MREPC Akan Menyertai Hospitalar Ke-26
MREPC akan kembali ke Hospitalar sejak penyertaan terakhir pada 2008 dengan mengambil sebuah gerai promosi 18sqm. Hospitalar edisi ke-26 dijadualkan diadakan dari 21 - 24 Mei 2019, di Expo Centre Norte, Sao Paulo, Brazil.
Dianjurkan oleh UBM Brazil, Hospitalar yang diadakan setiap tahun merupakan pameran penjagaan kesihatan yang penting untuk pasaran Amerika Latin. Sejak beberapa tahun, Hospitalar telah mengukuhkan kedudukannya sebagai sumber untuk mewujudkan peluang perniagaan dan meningkatkan perkembangan teknologi dalam penjagaan kesihatan. Kredibiliti dan pertambahan nilai memantapkan pameran tersebut sebagai tempat pertemuan utama untuk peserta dari pasaran negara dan pasaran asing. Acara ini juga menyediakan satu platform penting untuk mempamerkan inovasi dalam teknologi, kelengkapan dan peralatan perubatan untuk sektor penjagaan kesihatan.
Datanglah mengunjungi MREPC di gerai nombor 20-139 untuk mendapatkan pelbagai jenis peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
07 MAY 2019
MREPC Akan Menyertai Hospitalar Ke-26
Lawatan Kerja ke Indonesia Berkaitan Produk Getah Kejuruteraan
MREPC akan menganjurkan lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia dari 28 April - 1 Mei 2019. Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Encik John Kasilingam, akan memimpin delegasi. Lawatan kerja ini akan memfokuskan kepada promosi penggunaan produk getah kejuruteraan berkualiti dari Malaysia dalam sektor pembinaan di Indonesia. Mesyuarat dengan beberapa firma perunding kejuruteraan Indonesia telah diatur untuk meneroka peluang kerjasama dengan pengeluar produk getah kejuruteraan Malaysia. Mesyuarat tersebut akan menyediakan platform yang baik untuk memperkenalkan produk getah kejuruteraan berkualiti negara, terutamanya Galas Getah Redaman Tinggi (HDNRB) dan produk lain seperti galas jambatan, sendi pengembangan, pengadang dok, dan lapik rel kereta api yang sesuai untuk sektor pembinaan Indonesia.
15 APR 2019
Lawatan Kerja ke Indonesia Berkaitan Produk Getah Kejuruteraan
Penyertaan Berjaya MREPC Dalam Automechanika Kuala Lumpur 2019
MREPC telah mengambil gerai promosi dalam Automechanika Kuala Lumpur yang merupakan acara dwitahunan di Kuala Lumpur Convention Centre dari 21 hingga 23 Mac 2019. Acara ini menarik lebih daripada 8,000 pelawat dan kira-kira 300 peserta pameran dari China, Eropah, Malaysia, Taiwan, Singapura dan negara Timur Tengah. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB. Dr Ong Kian Ming telah melawat gerai MREPC selepas upacara pembukaan. Lima pengeluar komponen automotif getah Malaysia turut menyertai pameran iaitu HML Auto Industries, Schmaco Auto Parts Industries, Jeb Auto, Rubber Associated First dan Kossan Industries.
Majoriti pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah daripada pelawat tempatan serta pelawat dari China, Australia, Rusia, Turki, Filipina, Hungary, Thailand, Sri Lanka dan Sepanyol. Kebanyakan pertanyaan adalah berkaitan bahagian untuk kenderaan penumpang seperti hos, sarung tangan industri, kasut CV, pemasangan enjin, tikar kereta, seals, gasket, belting dan O-cincin.
Semasa pameran, MREPC dengan kerjasama penganjur pameran mengadakan Program Buyers Sourcing untuk komponen automotif getah. Sebanyak 10 pemadanan perniagaan telah diselaraskan antara pembeli asing berpotensi dengan pengeluar komponen automotif getah Malaysia. Sebagai sebahagian daripada program ini, MREPC turut menganjurkan lawatan kilang untuk pembeli asing ke Rubber Associated First dan Pong Codan. Program Buyers Sourcing telah menyediakan platform yang berkesan untuk menonjolkan keupayaan pengeluar negara menghasilkan produk getah yang berkualiti serta peluang untuk pembeli luar negara mendapatkan produk getah secara langsung daripada pengeluar Malaysia. Jualan berpotensi melebihi RM100,000 dalam 12 bulan akan datang dilaporkan oleh pengilang yang mengambil bahagian.
15 APR 2019
Penyertaan Berjaya MREPC Dalam Automechanika Kuala Lumpur 2019
MREPC Mengendali Program Penyumberan Pembeli Sempena Penyertaan Dalam Automechanika Kuala Lumpur 2019
MREPC akan mengambil bahagian dalam Automechanika Kuala Lumpur (AMKL) dwitahunan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 21 - 23 Mac 2019. Acara ini yang merupakan pameran perdagangan serantau yang terkemuka di Malaysia untuk industri automotif akan menyasarkan pelawat perdagangan dari ASEAN. Bertemakan 'Penyumberan, Latihan, Hiburan', edisi AMKL ini akan memperkenalkan tiga kategori produk baharu, iaitu 'Pembaikan & Penyelenggaraan', 'Peniaga & Pengurusan Bengkel' dan 'REIFEN' bagi segmen tayar.
Dengan 300 peserta pameran dan lebih daripada 8,000 pengunjung yang dijangkakan dalam acara tersebut, AMKL menyediakan platform yang sesuai untuk pemain industri tempatan dan luar negara mendapatkan komponen dan perkhidmatan automotif; memperolehi perkembangan, trend dan pandangan terkini berhubung industri automotif; serta menjalinkan perhubungan perniagaan.
Bersempena dengan AMKL edisi ini, MREPC akan menganjurkan Program Penyumberan Pembeli bagi komponen automotif getah dan precured treads. MREPC akan mengaturkan sesi mesyuarat perniagaan antara pembeli berpotensi asing dan pengeluar komponen automotif getah Malaysia, serta mengelolakan lawatan kilang produk getah untuk pembeli asing.
Datanglah mengunjung kami di Dewan 4, Gerai M10 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komponen automotif getah berkualiti tinggi yang dibuat di Malaysia.
14 MAR 2019
MREPC Mengendali Program Penyumberan Pembeli Sempena Penyertaan Dalam Automechanika Kuala Lumpur 2019
Penyertaan Berjaya MREPC dalam Arab Health 2019
Dengan pengembangan yang berterusan sejak beberapa tahun, Arab Health merupakan perhimpunan terbesar bagi profesional dan pedagang penjagaan kesihatan di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dan juga platform yang sesuai untuk mendapatkan peralatan perubatan. Edisi Arab Health yang ke-44 telah diadakan dari 28 - 31 Januari 2019 di Dubai, United Arab Emirates. Satu ciri baharu iaitu Ceramah Innov8 telah diperkenalkan untuk semua perniagaan startup dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menumpu kepada bidang penjagaan kesihatan. Sebanyak 8 sesi ceramah Innov8 selama 8 minit setiap sesi telah berlangsung di Hab Inovasi Baharu.
MREPC bersama 12 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia telah menyertai Arab Health 2019 untuk mempamer dan mempromosi peralatan perubatan buatan getah Malaysia yang bermutu tinggi. Tahun ini, Pavilion MREPC yang mengambil ruang yang lebih besar, meningkat kepada 132 meter persegi daripada 105 meter persegi pada tahun sebelumnya, terletak di lokasi baharu di Dewan Pavilion yang dinaiktarafkan.
Pavilion MREPC yang gemilang merangkumi warna korporat kuning dan hijau berjaya menarik perhatian orang ramai. Hampir 3,000 pengunjung telah melawat pavilion MREPC dengan lebih 2,000 pertanyaan dicatatkan. Kebanyakan pertanyaan diterima dari negara Timur Tengah, Asia Selatan dan Afrika. Pengeluar Malaysia yang menyertai pameran melaporkan jualan potensi yang menggalakkan pada 12 bulan akan datang. Kebanyakan mereka berpuas hati dengan Arab Health 2019 dan ingin menyertai edisi akan datang yang dijadualkan dari 27 - 30 Januari 2020.
18 FEB 2019
Penyertaan Berjaya MREPC dalam Arab Health 2019
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC Untuk CMEF Spring 2019 & PHILAUTO 2019
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan pavilion MREPC untuk CMEF Spring 2019 and PHILAUTO 2019.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat tersebut mestilah ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Cik Amirah di nuramirah@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 16 Januari 2019 (Rabu).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Cik Amirah di nuramirah@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH: 24 Januari 2019 (Khamis)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur
09 JAN 2019
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC Untuk CMEF Spring 2019 & PHILAUTO 2019
MREPC Menyertai Arab Health 2019
dari 28 hingga 31 Januari 2019. Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli industri, MREPC akan mengambil pavilion yang lebih luas daripada 105sqm pada tahun 2018 kepada 132sqm. Pavilion ini akan menempatkan 12 pengeluar sarung tangan perubatan, kondom, kateter getah dan peralatan perubatan getah yang lain dari Malaysia. Pavilion MREPC juga berpindah ke lokasi baharu di Dewan Pavilion yang dinaik taraf.
Arab Health merupakan perhimpunan tahunan terbesar bagi profesional penjagaan kesihatan dan pemain industri di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Acara ini berfungsi sebagai platform yang ideal untuk mendapatkan teknologi canggih dan perkembangan terkini bagi produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta menyediakan peluang untuk berhubung dengan pihak berkepentingan dan pembuat keputusan yang berpengaruh dalam industri penjagaan kesihatan di rantau ini. Pameran 2019 dijangka menarik lebih daripada 4,150 syarikat dan 84,500 pengunjung dari lebih 160 negara.
Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan Pavilion, Gerai P.D10 untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.