KENALI MRC
MAKLUMAT
KORPORAT
Majlis Getah Malaysia (MRC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). MRC bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia. MRC mempunyai pejabat di luar negara iaitu di Amerika Syarikat (USA), Eropah, China dan India.
MRC USA telah ditubuhkan di Washington DC pada Februari 2001 sebagai pusat maklumat getah dan produk getah dari Malaysia untuk para pengguna dan orang awam di Amerika. Secara khususnya, pejabat ini berfungsi untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan seimbang tentang produk berasaskan lateks, terutamanya sarung tangan lateks bagi menangani kebimbangan pengguna tentang produk lateks di Amerika.
MRC mempunyai dua pejabat di China iaitu di Shanghai yang ditubuhkan pada September 2011, dan di Guangzhou yang ditubuhkan pada April 2016. Pejabat ini membantu syarikat produk getah dari Malaysia mengembangkan perniagaan mereka di China.
MRC India telah ditubuhkan di Mumbai pada Mei 2016 untuk memudahcara ekspot getah dan produk getah Malaysia serta membantu syarikat-syarikat Malaysia mengembangkan perniagaan mereka di India.