ENGLISH | BAHASA
Majlis Getah Malaysia (MRC)

KELESTARIAN

MEMACU NILAI JANGKA PANJANG YANG LEBIH MAMPAN

Menyasarkan pewujudan nilai jangka masa panjang kepada pihak berkepentingan melalui pelaksanaan operasi yang strategik memfokuskan kepada ekonomi, alam sekitar, sosial serta urus tadbir yang sejajar dengan visi dan misi MRC

PENDEKATAN KELESTARIAN

Menanamkan unsur kelestarian di dalam operasi strategik selaras dengan misi dan objektif Kementerian serta industri Getah

Menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan dengan mengenal pasti cabaran serta merapatkan jurang

Menggabungkan ciri-ciri strategik yang spesifik kepada kumpulan sasaran tertentu

Membangunkan rangka kerja untuk mengenalpasti impak kemampanan dan keberhasilan program

 

Membangunkan dan melaksanakan pelan tindakan dan inisiatif EESG yang berkesan kepada pihak berkepentingan, serta komited dalam mengukur dan memantau inisiatif yang dijalankan

Mematuhi pelan kelestarian dan hala tuju strategik yang telah diluluskan serta undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan

Menangani cabaran dan mengenal pasti peluang dalam aktiviti industri getah

Mengukuhkan kesejahteraan sosial dan hubungan masyarakat

Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan beroperasi dengan cara yang sihat, selamat dan cekap

Mengekalkan penglibatan yang berkesan dengan semua pihak berkepentingan

Melaksanakan struktur dan amalan tadbir urus yang berkesan untuk pembangunan yang mampan