KENALI MRC
MAKLUMAT
KORPORAT
Majlis Getah Malaysia (MRC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia.
Berdasarkan Perintah Lembaga Getah Malaysia (Ses) 1999, sebanyak 0.2% ses akan dikenakan ke atas eksport produk getah. 80% daripada jumlah ses yang dikutip oleh Lembaga Getah Malaysia dikhususkan untuk menyokong program dan aktiviti MRC.
MRC mengekalkan pejabatnya di luar negara iaitu di Amerika Syarikat (USA) dan India sebagai sebahagian daripada strategi promosi pasarannya.
MRC USA telah ditubuhkan di Washington DC pada Februari 2001 sebagai pusat maklumat getah dan produk getah dari Malaysia untuk para pengguna dan orang awam di Amerika. Secara khususnya, pejabat ini berfungsi untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan seimbang tentang produk berasaskan lateks, terutamanya sarung tangan lateks bagi menangani kebimbangan pengguna tentang produk lateks di Amerika.
Manakala, MRC India pula telah ditubuhkan di Mumbai pada Mei 2016 untuk memudahcara ekspot getah dan produk getah Malaysia serta membantu syarikat-syarikat Malaysia mengembangkan perniagaan mereka di India.
