KENALI MAJLIS
GETAH MALAYSIA
Majlis Getah Malaysia (MRC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia.
MRC Mempamerkan Komponen Getah Automotif Berkualiti di China
MRC mengetuai pengilang dan pengeksport produk getah Malaysia iaitu Fudex Rubber, ASAP International, Good Rubber Works dan Top Glove dalam Automechanika Shanghai yang berlangsung dari 29 November – 2 Disember 2023 di Shanghai, China. Terdapat lima buah syarikat produk getah Malaysia yang turut mengambil bahagian secara bersendirian iaitu Cooltec, HML Auto, Maxter Glove, Pro-Tec Marketing dan Schmaco Auto Parts.
Pavilion MRC Malaysia menampilkan pelbagai komponen getah automotif yang berkualiti tinggi dari Malaysia pada pameran tersebut. Penyertaan MRC telah dipertingkatkan melalui pengiklanan di kotak iklan utama yang terletak di jalan masuk ke tapak pameran untuk mempromosikan komponen getah automotif buatan Malaysia. Edisi Automechanika Shanghai seterusnya dijadualkan akan berlangsung pada 2-5 Disember 2024 di National Exhibition and Convention Center (Shanghai).
MRC Menerajui Pengeluar Malaysia dalam Acara Keselamatan Tempat Kerja Terutama Dunia
MRC mengetuai dua belas pengilang dan pengeksport peralatan pelindung diri (PPE) menyertai A+A,acara terutama dunia yang didedikasikan untuk keselamatan dan kesihatan tempat kerja di Pusat Pameran Messe Dusseldorf, Dusseldorf, Jerman dari 24 - 27 Oktober 2023. Lebih 2,200 syarikat dari 58 negara mempamerkan produk dan inovasi mereka di dalam 12 dewan sekitar 80,300 meter persegi. Sejumlah 62,000 pelawat dari 140 negara mengunjungi Düsseldorf untuk mendapatkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang berkaitan tempat kerja semasa pameran perdagangan selama empat hari tersebut.
Pavilion MRC Malaysia menempatkan 12 syarikat iaitu Bonric, Central Medicare, Comfort Rubber Gloves, FWK Industry, Hartalega, Jr Engineering, KL-Kepong Rubber Products, Koon Seng, Kossan Latex Industries, Maxi Support, Nastah Industries and Top Glove.
Kehadiran MRC di A+A juga diwar-warkan menerusi iklan yang menonjol di tapak pameran untuk mempromosikan peralatan pelindung diri yang berkualiti tinggi dari Malaysia. Iklan tersebut berfungsi sebagai panduan hala tuju yang berguna ke Pavilion MRC Malaysia.











