MEDIA
SIARAN
BERITA
Pavilion MREPC Menyerlah di Automechanika Shanghai 2016
Automechanika Shanghai 2016 telah diadakan dari 30 November - 3 Disember 2016 di National Exhibition and Conference Centre (NECC), Shanghai, China. Menandakan tahun kedua pameran tersebut diadakan di tempat yang lebih besar, Automechanika Shanghai siri ke-12 terus berkembang, menawarkan banyak peluang pertukaran maklumat, pemasaran, perdagangan dan pendidikan untuk dunia automotif. Sejumlah 5,756 peserta pameran dari 42 buah negara (peningkatan sebanyak 7% berbanding tahun 2015) telah menyertai acara tersebut dengan menduduki ruang pameran sebanyak 312,000 meter persegi (peningkatan 11% daripada 280,000 meter persegi pada tahun 2015). Sementara itu, pameran perdagangan tersebut menarik 120,000 pengunjung dari 140 buah negara (peningkatan 9% berbanding tahun 2015).
Kali ini, Pavilion MREPC yang menyerlah dan seluas 84 meter persegi menempatkan 8 pengeluar Malaysia yang mempamerkan pelbagai komponen automotif dan produk buatan getah. Sesi pemadanan perniagaan turut diselaraskan sepanjang 4 hari acara tersebut.
Antara produk yang menerima banyak pertanyaan termasuk sarung tangan, komponen automotif buatan getah dan hos getah. Kehadiran MREPC di pameran tersebut terus menyediakan satu platform yang sesuai untuk meningkatkan kesedaran para pelawat bahawa Malaysia merupakan sumber untuk komponen automotif dan produk buatan getah yang berkualiti.
20 DEC 2016
Pavilion MREPC Menyerlah di Automechanika Shanghai 2016
Promosi Barangan Getah Buatan Malaysia di Pameran Perubatan Terbesar Dunia - MEDICA 2016
MREPC telah menyertai MEDICA 2016 yang berlangsung di Dusseldorf, Jerman dari 14 hingga 17 November. Sebagai pameran perdagangan perubatan terbesar di dunia, MEDICA menyediakan rangsangan yang kukuh untuk inovasi dalam teknologi, rawatan, peralatan dan barangan farmaseutikal.
Tahun ini MEDICA berjaya menarik sekitar 5,000 peserta pameran dan lebih daripada 130,000 pelawat, yang datang dari 140 buah negara. Didapati penyertaan yang baik dari Asia dan negara baru muncul. Gerai promosi MREPC yang terletak di Dewan 7 berjaya menarik sebilangan besar pelawat dari United Kingdom, Turki, Jerman, Sepanyol, Iran dan Arab Saudi, antara negara lain. Para pelawat telah menunjukkan minat dalam sarung tangan perubatan, kondom dan kateter, serta barangan getah perubatan yang lain. Penyertaan syarikat barangan perubatan getah buatan Malaysia di MEDICA tahun ini adalah amat baik dengan penyertaan dari 23 buah syarikat.
08 DEC 2016
Promosi Barangan Getah Buatan Malaysia di Pameran Perubatan Terbesar Dunia - MEDICA 2016
Kunjungilah Pavilion MREPC di Automechanika Shanghai 2016
MREPC akan menyertai Automechanika Shanghai 2016, yang merupakan satu acara utama bagi industri automotif di China. Acara antarabangsa ini adalah pameran perdagangan jenama yang kedua terbesar di dunia untuk bahagian & peralatan automotif dan pembekal perkhidmatan, serta menghubungkan setiap elemen dalam rantaian bekalan automotif .
Sebanyak lapan (8) pengeluar Malaysia komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi akan menyertai MREPC Pavilion di pameran perdagangan Automechanika Shanghai. Pameran tersebut akan diadakan dari 30 November - 3 Disember 2016 di National Exhibition and Conference Centre (NECC), Shanghai, China.
Datanglah mengunjung Pavilion MREPC di Dewan 2, Booth 2A12, untuk mendapatkan pelbagai komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia!
29 NOV 2016
Kunjungilah Pavilion MREPC di Automechanika Shanghai 2016
Penyertaan MREPC di AAPEX 2016
MREPC bersama-sama 12 pengeluar and pengeksport barangan getah dari Malaysia telah menyertai AAPEX yang bermula dari 1 – 3 November 2016 di Sands Expo and Convention Centre, Las Vegas, Amerika Syarikat. Pavilion MREPC mempamerkan pelbagai komponen getah automotif, sarung tangan getah pakai buang dan sarung tangan industri serta pelbagai barangan getah keluaran Malaysia.
AAPEX 2016 telah menarik lebih daripada 2,200 peserta pameran yang mempamerkan pelbagai produk inovatif, servis dan teknologi kepada lebih daripada 44,000 pengunjung. Sebahagian besar pengunjung ke pavilion MREPC terdiri daripada pembekal dan peniaga komponen automotif tempatan. Kebanyakan pertanyaan yang diterima bertumpu kepada sesendal getah, hos getah, cagak enjin, pengedap getah dan sarung tangan getah industri.
15 NOV 2016
Penyertaan MREPC di AAPEX 2016
MREPC Menyertai MEDICA 2016 - Pameran Perubatan Terunggul di Dunia
MREPC akan mengambil bahagian dalam MEDICA 2016 di Dusseldorf, Jerman, dari 14 hingga 17 November 2016. MEDICA merupakan pameran perdagangan dunia yang terunggul untuk industri perubatan. Pada tahun ini, kira-kira 5,000 peserta dari 70 negara akan mempamerkan perkembangan terkini dalam perubatan, rawatan dan peralatan. MEDICA juga menyediakan platform yang sesuai bagi peserta pameran untuk berhubung serta mendapatkan maklum balas daripada pengunjung mengenai pelbagai produk perubatan dan rawatan.
MREPC akan mempamerkan dan mempromosikan peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi buatan Malaysia di MEDICA. Kunjungilah Gerai MREPC No. 40 di Dewan 07, untuk mendapatkan pelbagai peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi, termasuk sarung tangan perubatan, kondom dan kateter.
08 NOV 2016
MREPC Menyertai MEDICA 2016 - Pameran Perubatan Terunggul di Dunia
MREPC dan Pengeluar Malaysia di Hospital Expo
MREPC telah menyertai Hospital Expo ke-26 di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia, dari 19 hingga 22 Oktober 2016. Hospital Expo merupakan pameran antarabangsa bagi peralatan hospital, perubatan, farmaseutikal, klinikal dan makmal. Pameran tahun ini telah menarik sebanyak 516 peserta termasuk 207 peserta antarabangsa serta 40,808 pelawat.
Sebanyak lima pengeluar peralatan perubatan berasaskan getah negara turut menyertai pavilion MREPC tahun ini dengan mempamerkan peralatan perubatan getah berkualiti tinggi buatan Malaysia. Kebanyakan pelawat yang mengunjungi pavilion MREPC adalah dari Indonesia dengan sebahagian besar pertanyaan yang diterima berkaitan sarung tangan perubatan.
31 OCT 2016
MREPC dan Pengeluar Malaysia di Hospital Expo
Pavilion MREPC di AAPEX 2016
MREPC akan menyertai Automotive Aftermarket Products Expo (AAPEX) di Sands Expo, Las Vegas, Amerika Syarikat dari 1 – 3 November 2016, bersama 12 pengeluar barangan getah dari Malaysia.
AAPEX merupakan pameran terulung dunia bagi industri pasaran gantian automotif global yang dianggarkan sebanyak USD356 bilion. AAPEX 2016 akan menganjurkan lebih daripada 2,200 pengeluar dan pembekal pasaran gantian alat automotif yang akan mempamerkan pelbagai produk inovatif, servis dan teknologi. AAPEX dijangka menarik lebih daripada 44,000 pembeli.
Lawatlah Pavilion MREPC di Tingkat 2, Gerai No. 40001 di AAPEX 2016 untuk memperoleh komponen automotif getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
28 OCT 2016
Pavilion MREPC di AAPEX 2016
Misi Khusus Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah ke Chile dan Peru
MREPC telah menganjurkan satu misi khusus mengenai produk kejuruteraan berasaskan getah ke Chile dan Peru dari 5 – 11 Oktober 2016. Misi diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC. Misi tersebut mengandungi seminar tentang penggunaan galas seismik bagi mengurangkan impak gempa bumi; sesi pemadanan perniagaan dengan bakal pembeli; dan mesyuarat perniagaan dengan organisasi yang berkaitan. Sebanyak 90 peserta telah menghadiri seminar sementara 17 pemadanan perniagaan telah diaturkan oleh MREPC di Chile dan Peru. Delegasi turut melawat kedutaan Malaysia di Chile dan Peru, MATRADE di Santiago, Chilean Association on Seismology and Earthquake Engineering, Lima Chamber of Commerce dan Japanese Peruvian Centre for Seismic Research and Disaster Mitigation.
24 OCT 2016
Misi Khusus Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah ke Chile dan Peru
Produk Getah Berkualiti Buatan Malaysia di HOSPITAL EXPO, JAKARTA
MREPC akan menyertai Hospital Expo 2016 bersama lima pengeluar peralatan perubatan berasaskan getah dari Malaysia. Pada tahun ini, genap 4 tahun berturut-turut MREPC terlibat dalam acara tahunan ini yang akan berlangsung dari 19 hingga 22 Oktober 2016 di Pusat Konvensyen Jakarta, Jakarta, Indonesia. Ekspo Hospital Jakarta kali ke-29 ini akan diadakan serentak dengan Kongres Persatuan Hospital Indonesia ke-14 dan Seminar Tahunan Keselamatan Pesakit ke-10.
Kunjungi pavilion kami yang terletak di dalam Dewan A, Gerai 154 untuk mendapatkan peralatan perubatan berasaskan getah berkualiti tinggi dari Malaysia.
14 OCT 2016
Produk Getah Berkualiti Buatan Malaysia di HOSPITAL EXPO, JAKARTA
MREPC dan pengeluar-pengeluar Malaysia di pameran terbesar dunia bagi pasaran alat gantian automotif
MREPC bersama-sama sepuluh pengeluar barangan getah negara telah menyertai pameran Automechanika Frankfurt 2016 yang berlangsung di Frankfurt, Germany dari 13 hingga 17 September 2016. Automechanika merupakan pameran terbesar dunia bagi pasaran alat gantian automotif.
Automechanika Frankfurt 2016 mencatat rekod baharu dengan 4,820 peserta pameran dari 76 negara serta menarik 136,000 pengunjung dari 170 negara. Peserta pameran dari Malaysia telah menerima maklum balas yang menggalakkan serta pertanyaan mengenai komponen automotif berasaskan getah seperti hos, gelang-o, alat pautan enjin dan pengedap minyak.
27 SEP 2016
MREPC dan pengeluar-pengeluar Malaysia di pameran terbesar dunia bagi pasaran alat gantian automotif
Misi Khusus Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah ke Chile dan Peru
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah ke Chile dan Peru dari 5 hingga 11 Oktober 2016. Misi ini akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew, bersama beberapa wakil dari Malaysia.
Seminar tentang galas seismik bertajuk “High-Damping Rubber Bearings – Protecting Lives and Properties from Earthquakes†akan diadakan di Santiago, Chile dan Lima, Peru. Seminar di Santiago yang disokong oleh Association on Seismology and Earthquake Engineering (ACHISINA) akan diadakan di Hotel Renaissance pada 6 Oktober 2016. Seminar di Lima pula disokong oleh College of Engineers of Peru (CIP) dan akan berlangsung di Hotel Atton San Isidro pada 11 Oktober 2016.
Seminar ini akan disusuli dengan sesi padanan perniagaan dengan pengilang getah high- damping rubber bearing dari Malaysia. Lawatan kerja ke organisasi yang berkaitan juga akan dianjurkan untuk meneroka peluang galas seismik di Chile dan Peru.
21 SEP 2016
Misi Khusus Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah ke Chile dan Peru
Misi Menteri dan Lawatan Kerja ke China Yang Berjaya Mengenai Sarung Tangan Perubatan Getah
MREPC telah menyertai misi menteri berhubung sarung tangan perubatan getah ke China dari 10 - 12 Ogos 2016. Misi diketuai oleh YB. Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dengan penyertaan daripada pelbagai agensi dan tiga pengeluar sarung tangan perubatan Malaysia. YB. Menteri telah melancarkan seminar sarung tangan antarabangsa MREPC bertajuk "Menguruskan Kawalan Jangkitan – Memilih Sarung Tangan Yang Sesuai" di Tianjin pada 10 Ogos 2016. Seminar dihadiri oleh lebih daripada 100 pekerja penjagaan kesihatan dan pengamal perubatan. Selepas seminar, pertemuan perniagaan telah diaturkan di antara pengeluar Malaysia dan pengedar China yang berminat.
Program MREPC diteruskan ke Shanghai dengan perbincangan meja bulat yang dihadiri 24 peserta dari industri sarung tangan getah terdiri daripada pengeluar Malaysia, wakil dari syarikat-syarikat Malaysia yang berpangkalan di China serta pembeli dan pengedar China. Perbincangan tersebut merupakan satu platform yang berguna untuk bertukar maklumat serta mendapatkan maklum balas mengenai sarung tangan perubatan getah daripada peserta industri utama di China.
Seterusnya lawatan kerja diadakan untuk pengeluar negara dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai bersama dua organisasi, iaitu Persatuan Perdagangan Alat Perubatan Shanghai (Shanghai Medical Instruments Trade Association) dan Persatuan Kejururawatan Shanghai (Shanghai Nursing Association). Lawatan kerja ini telah memberikan pandangan lanjut berhubung industri sarung tangan perubatan getah di China seperti amalan perubatan dan penggunaan semasa sarung tangan perubatan serta perkara perdagangan dan peraturan.
24 AUG 2016
Misi Menteri dan Lawatan Kerja ke China Yang Berjaya Mengenai Sarung Tangan Perubatan Getah
Komponen Getah Automotif Malaysia di Pameran Automechanika Frankfurt 2016
MREPC bersama sepuluh pengeluar barangan getah Malaysia sekali lagi menyertai Automechanika Frankfurt yang akan berlangsung di Frankfurt, Jerman dari 13 hingga 17 September 2016.
Automechanika Frankfurt adalah pameran industri servis automotif yang terulung di dunia. Pameran ini memperagakan pelbagai inovasi dan penyelesaian bagi alat ganti, sistem, talaan enjin, perkakasan bengkel, pembaikan badan & cat, IT & pengurusan serta servis automobil yang terkini.
Lawatlah pavilion kami di gerai pameran E15 di Dewan 1.2, untuk mendapatkan komponen getah automotif serta barangan getah lain yang berkualiti dan boleh dipercayai. Jumpa anda di sana!
18 AUG 2016
Komponen Getah Automotif Malaysia di Pameran Automechanika Frankfurt 2016
Penyertaan MREPC di FIME 2016
MREPC telah menyertai Ekspo Perubatan Antarabangsa Florida ke-26 (FIME) di Miami, Amerika Syarikat, dari 2 hingga 4 Ogos 2016 bersama-sama dengan enam pengeluar peralatan perubatan getah buatan Malaysia. Pameran tahun ini mempaparkan lebih daripada 1,000 peserta dan 10,000 pelawat dari seluruh dunia. Lapan puluh satu peratus daripada pelawat adalah dari Amerika, diikuti oleh Eropah (11%), Timur Tengah/ Afrika (6%) dan 2% dari Asia.
Gerai MREPC mempamerkan pelbagai peralatan perubatan getah termasuk pelbagai jenis sarung tangan perubatan, kondom, kateter dan kot jari dalam pameran tersebut. Kebanyakan pelawat ke Pavilion MREPC adalah warga tempatan dan dari Amerika Latin. Majoriti pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah berkaitan dengan sarung tangan perubatan pemeriksaan dan pembedahan yang diperbuat daripada lateks dan nitril.
11 AUG 2016
Penyertaan MREPC di FIME 2016
Pavilion MREPC menarik ramai pengunjung di Medicall 2016, Chennai, India
MREPC telah menyertai Medicall 2016 yang diadakan di Pusat Dagangan Chennai, India dari 22-24 Julai 2016. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-15 pameran tersebut. Pavilion MREPC turut disertai oleh 7 pengeluar peranti perubatan getah dari Malaysia.
Hampir 12,000 pelawat telah mengunjung Medicall 2016 yang melibatkan sebanyak 700 peserta pameran dari seluruh dunia. Pavilion MREPC mempamerkan pelbagai jenis peranti perubatan getah buatan Malaysia dan telah berjaya menarik ramai pengunjung dan banyak pertanyaan sepanjang acara tersebut yang berlangsung selama 3 hari.
04 AUG 2016
Pavilion MREPC menarik ramai pengunjung di Medicall 2016, Chennai, India
MREPC Mengambil Bahagian di AIDS Conference 2016
MREPC membuka gerai promosi di AIDS Conference yang diadakan di Durban, Afrika Selatan dari 19-22 Julai 2016, dengan mempamerkan pelbagai jenis kondom yang berbeza warna, tekstur dan pembungkusan, yang menarik perhatian orang ramai.
Acara yang dianjurkan oleh Persatuan AIDS Antarabangsa itu disertai oleh lebih dari 15,000 perwakilan. Pameran yang diadakan bersempena dengan persidangan itu disertai seramai 136 peserta. Program tahun ini juga merangkumi 16 sessi pra-persidangan serta sessi-sessi lain yang memberi tumpuan kepada pelbagai perkara yang berkaitan.
MREPC turut mengedarkan risalah produk dan sampel kepada pengunjung untuk meningkatkan kesedaran tentang kondom buatan Malaysia.
02 AUG 2016
MREPC Mengambil Bahagian di AIDS Conference 2016
Pavilion MREPC di FIME 2016, Pameran Peralatan Perubatan yang terunggul di Amerika Syarikat
MREPC, bersama dengan enam pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia, akan menyertai Florida International Medical Expo (FIME) ke-26 di Miami, Amerika Syarikat dari 2-4 Ogos 2016.
FIME adalah pameran perdagangan perubatan yang paling banyak dikunjungi di benua Americas, yang meliputi keseluruhan wilayah Amerika Utara, Tengah dan Selatan. Dengan menyambut pengunjung daripada lebih dari 38 negara, fokus utama FIME tertumpu kepada empat sektor industri perubatan, termasuk teknologi, produk dan bekalan, perkhidmatan dan peralatan.
Di jemput melawat ke Pavilion MREPC di Dewan C, Booth #C.G32, untuk mendapat peralatan perubatan buatan getah seperti sarung tangan perubatan, kondom, kateter dan lain-lain produk peralatan perubatan berasaskan getah, yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
27 JUL 2016
Pavilion MREPC di FIME 2016, Pameran Peralatan Perubatan yang terunggul di Amerika Syarikat
Penyertaan MREPC di IMHS 2016, Tokyo, Jepun
Penyertaan julung kali MREPC di International Modern Hospital Show (IMHS) 2016, yang berlangsung dari 13-15 Julai 2016, di Tokyo Big Sight, Jepun, ternyata membawa kejayaan.
Dianjurkan bersama oleh Persatuan Hospital Jepun dan Persatuan Omni-Management Nippon, IMHS 2016 mengalu-alukan 336 peserta pameran dan berjaya menarik kira-kira 80,000 pengunjung yang terdiri daripada peniaga, pembeli, doktor, jururawat, dan pihak professional industri berkaitan dengan perubatan sepanjang tempoh 3 hari tersebut. Dengan mempamerkan pembangunan dan teknologi terkini peralatan dan peranti hospital, sistem maklumat perubatan, penjagaan kejururawatan dan sokongan pemulihan serta peralatan peningkatan kesihatan, dengan seminar dan persidangan serentak, IMHS adalah salah satu pameran hospital /perubatan yang paling komprehensif di Jepun.
Pelbagai peralatan perubatan buatan getah berkualiti tinggi daripada Malaysia dipamerkan di gerai MREPC dan dapat menarik banyak pertanyaan sepanjang acara 3 hari tersebut. Pegawai MREPC telah mengumpul maklumat yang penting berkaitan dengan pembangunan, isu-isu dan trend industri penjagaan kesihatan di Jepun melalui penyertaan di IMHS 2016.
26 JUL 2016
Penyertaan MREPC di IMHS 2016, Tokyo, Jepun
MREPC di Pameran SEMICON West 2016
MREPC telah menyertai pameran SEMICON West 2016 yang berlangsung dari 12 hingga 14 July 2016, bertempat di San Francisco, Amerika Syarikat. Peryertaan pertama kali ini telah berlangsung dengan dua pengeluar sarung tangan getah dari Malaysia, Multisafe Sdn Bhd dan Riverstone Resources Sdn Bhd, menyertai pameran dengan berkongsi gerai bersama MREPC, dibawah konsep payung.
Pameran ini berjaya menarik penyertaan seramai 695 peserta dari 24 negara serta lebih dari 26,000 pembeli dan pembuat keputusan yang berminat dengan innovasi mikroelektronik, termasuk jurutera, pereka, pengurus fabrikasi, pengurus perolehan, penyelidik, ekesekutif dan ramai lagi.
Peserta pameran dari Malaysia menerima maklumbalas yang menggalakkan dan beberapa pertanyaan mengenai produk getah seperti sarung tangan bilik bersih, sarung tangan pakai-buang nitrile dan kot jari.
25 JUL 2016
MREPC di Pameran SEMICON West 2016
Pavilion MREPC di MEDICALL 2016 Chennai, India
MREPC akan mengambil bahagian dalam pameran perubatan Medicall, edisi ke-14 di Chennai, India bersama dengan tujuh pengeluar peralatan perubata buatan getah dari Malaysia. Acara tahunan ini akan berlangsung dari 22 hingga 24 Julai 2016 di PusatDagangan Chennai, Chennai, India.
Pada tahun 2015, pameran ini mencatatkan lebih dari 12,000 kunjungan pelawat dengan penyertaan 710 gerai pameran dari 20 negara.
Kunjungilah pavilion MREPC di Dewan 1, Booth 1A31 untuk mendapatkan peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia, di Medicall 2016, Chennai ,India.
15 JUL 2016
Pavilion MREPC di MEDICALL 2016 Chennai, India
Penyertaan MREPC di International AIDS Conference ke-21, Durban, South Africa
MREPC akan mengadakan gerai promosi untuk kondom di International AIDS Conference ke-21. Persiadangan ini adalah perhimpunan utama bagi mereka yang bekerja dalam bidang HIV, termasuk pembuat dasar, orang yang hidup dengan HIV dan pihak yang berkomited untuk menamatkan wabak itu. Acara ini akan diadakan pada 19 - 22 Julai 2016, di Durban International Convention Centre (ICC), Durban, Afrika Selatan.
MREPC akan mempamerkan kondom dari pelbagai jenis tekstur, warna dan pembungkusan untuk mempromosikan kondom getah buatan Malaysia. Kunjungilah gerai MREPC di Booth # 320 untuk perolehan kondom yang berkualiti serta peralatan perubatan getah buatan Malaysia.
11 JUL 2016
Penyertaan MREPC di International AIDS Conference ke-21, Durban, South Africa
MREPC akan menyertai International Modern Hospital Show 2016, Tokyo, Jepun
MREPC akan menyertai International Modern Hospital Show (IMHS) 2016 yang akan berlangsung dari 13-15 Julai 2016 di Tokyo Big Sight, Jepun, buat kali pertama. Dianjurkan bersama oleh Persatuan Hospital Jepun dan Perstuan Omni-Management Nippon, IMHS dikenali sebagai salah satu daripada pameran hospital / perubatan yang paling menyeluruh di Jepun. MREPC akan mempamerkan peralatan perubatan buatan getah berkualiti tinggi yang dibuat di Malaysia dalam pameran tersebut. Datanglah bertemu kami di Dewan 5 (Dewan Timur), gerai D-16!
04 JUL 2016
MREPC akan menyertai International Modern Hospital Show 2016, Tokyo, Jepun
Penerokaan pasaran baru di MEDEXPO Kenya 2016
Lapan pengilang sarung tangan getah dari Malaysia serta MREPC telah menyertai MEDEXPO Kenya 2016, yang bertempat di Nairobi, Kenya, bermula dari 16 hingga 18 Jun 2016. Pameran MEDEXPO yang ke 19 ini menyediakan penyelesaian inovatif dari pemimpin pasaran untuk manafaat pembeli dari industry teknologi perubatan sekitar Afrika Timur.
Pameran ini disertai 63 peserta dari 25 negara termasuk India, Cina, Jerman, Malaysia, Turki, Thai dan Peranchis. Gerai MREPC dilawati pengunjung dari Tanzania, Kenya, Uganda, India sertaTurki. Kebanyakan permintaan adalah untuk produk seperti sarung tangan pakaibuang daripada getah asli dan Nitril, sarung tangan untuk pembedahan, kateter dan kondom.
24 JUN 2016
Penerokaan pasaran baru di MEDEXPO Kenya 2016
MREPC Menyertai ExpoMED 2016 di Mexico City
Tujuh pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia telah mengambil bahagian bersama MREPC dalam ExpoMED 2016 di Mexico City, Mexico, dari 8-10 Jun 2016. Ini adalah penyertaan kali kedua MREPC dalam pameran tersebut dan sebuah Pavilion MREPC didirikan untuk menempatkan peserta dari Malaysia.
Lebih dari 150 peserta dari 12 negara menyertai ExpoMED tahun ini, yang dapat menarik 6,500 pembeli yang berpotensi. Sebahagian besar pengunjung ke gerai MREPC adalah orang tempatan dan dari Amerika Latin. Kebanyakan daripada pertanyaan yang diterima adalah mengenai sarung tangan perubatan. Beberapa sesi padanan perniagaan telah diatur oleh MREPC antara pembeli berpotensi dan pengeluar Malaysia semasa pameran itu.
Dr Esah Yip, Pengarah MREPC Amerika Syarikat, membentangkan kertas bertajuk "Sarung Tangan Perubatan Hari Ini: Apa yang Anda Perlu Tahu" dalam Kongres Hospital Antarabangsa ke-3 yang dianjurkan sempena dengan pameran tersebut. Pembentangannya berjaya menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sarung tangan perubatan getah buatan Malaysia.
23 JUN 2016
MREPC Menyertai ExpoMED 2016 di Mexico City
Penampilan MREPC di SEMICON West, San Francisco
MREPC akan menyertai SEMICON West yang berjadual berlangsung di Moscone Center, San Francisco, California, Amerika Syarikat bermula dari 12 hingga 14 Julai 2016. Dua pengilang sarung tangan dari Malaysia iaitu Multisafe Sdn Bhd dan Riverstone Resources Sdn Bhd akan bersama MREPC di pameran perdagangan ini.
SEMICON West adalah pasaran dunia untuk inovasi mikroelektronik. Industri global akan hadir ke SEMICON West untuk informasi terkini bagi peralatan, teknologi serta trend terkini dalam rekabentuk, perkilangan serta pemasaran mikroelektronik.
Peserta-peserta dari Malaysia akan mempamerkan serta mempromosikan sarung tangan bilik bersih dan kot jari yang berkualiti tinggi, khusus untuk kegunaan dalam proses pengilangan, pembungkusan, dan kerja-kerja makmal dan ujian. Sarung tangan ini digunakan dalam industri semikonduktor, farmaseutikal, bioteknologi, radas perubatan and sains kehidupan, aero angkasa, optik, dan ketenteraan.
Temui kami di gerai# 2617 di Moscone Center, San Francisco untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barangan getah berkualiti dari Malaysia serta peluang untuk bertemu pengilang-pengilangnya.
21 JUN 2016
Penampilan MREPC di SEMICON West, San Francisco
Penampilan Sulung MREPC di MEDEXPO Kenya
MREPC akan menyertai MEDEXPO Kenya buat pertama kalinya bersama lapan pengilang sarung tangan perubatan dari Malaysia. Pameran tersebut akan berlangsung dari 16 hingga 18 Jun 2016, bertempat di The Dome, Carnivore Grounds, Nairobi, Kenya.
MEDEXPO Kenya adalah pameran perubatan antarabangsa yang terbesar di Kenya, memperagakan pelbagai produk perubatan, peralatan serta perkhidmatan. Dengan penyertaan lebih 25 buah negara, pameran ini dijangka menarik perhatian pelawat dari seluruh pelusuk Afrika Timur yang sentiasa inginkan produk terkini, peralatan, perkhidmatan dan solusi, serta maklumat terkini mengenai perkembangan semasa dalam industri penjagaan kesihatan.
Temui MREPC dan pengeluar-pengeluar Malaysiadi gerai #B183d untuk mendapatkan produk perubatan buatan getah kualiti tinggi dari Malaysia.
09 JUN 2016
Penampilan Sulung MREPC di MEDEXPO Kenya
Penyertaan MREPC yang berjaya di Hopital Expo 2016
MREPC menyertai Hopital Expo di Paris , France bersama dengan tujuh pengilang produk getah Malaysia buat kali kedua berikutan penyertaan yang terakhir pada tahun 2010. Pavilion MREPC di Pameran tersebut, yang diadakan dari 24-26 Mei 2016, telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.
Pameran Hopital Expo tahun ini, dengan seramai 585 peserta yang mempamer, telah memnuhi ruang lantai 35,000 meter persegi. Sejumlah 15,159 pelawat dari 53 negara telah mengunjung pameran ini. Kebanyakan pertanyaan yang diterima di gerai MREPC adalah berkaitan dengan sarung tangan perubatan (50%) dan 70% dari pertanyaan itu adalah daripada penduduk tempatan. Beberapa sesi padanan perniagaan diaturkan oleh MREPC antara pembeli berpotensi dan pengeluar Malaysia semasa pameran itu.
09 JUN 2016
Penyertaan MREPC yang berjaya di Hopital Expo 2016
MREPC akan berada di Pavilion Malaysia di Expomed Mexico
MREPC akan mengambil bahagian untuk kali kedua di Expomed Mexico, yang akan diadakan dari 8 hingga 10 Jun 2016, di Mexico City. Tujuh pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia akan menyertai Expomed 2016 bersama-sama dengan MREPC di Pavilion Malaysia.
Expomed Mexico adalah acara perniagaan antarabangsa berkaitan dengan penjagaan kesihatan yang terpenting di Mexico. Acara ini akan mempamerkan teknologi terkini dan produk terkini untuk institusi kesihatan swasta dan awam. Pameran tahun ini dijangka melibatkan lebih daripada 150 peserta dari 12 negara serta menarik lebih daripada 6,500 pengunjung perniagaan dari Mexico dan Amerika Latin.
Jika anda sedang mencari peralatan perubatan getah berkualiti tinggi seperti sarung tangan perubatan, kondom dan kateter, sila datang dan kunjungi Pavilion Malaysia di Dewan Maya III, Gerai #1303.
19 MAY 2016
MREPC akan berada di Pavilion Malaysia di Expomed Mexico
MREPC DI PAMERAN NATIONAL HARDWARE SHOW 2016
MREPC telah menyertai pameran National Hardware Show 2016 yang berlangsung dari 4 – 6 Mei 2016 bertempat di Las Vegas, Amerika Syarikat bersama dengan 4 pengeluar produk berasaskan getah dari Malaysia. Mereka adalah Cooltec Industries Sdn Bhd, KL – Kepong Rubber Products Sdn Bhd, Multisafe Sdn Bhd dan Supermax Glove Manufacturing Sdn Bhd.
Pameran ini, yang disertai seramai 2,770 peserta, berjaya menarik lebih dari 20,000 pengunjung yang ingin mengikuti perkembangan serta trend terkini dalam industri penyelenggaraan rumah. Peserta pamerandari Malaysia menerima maklumbalas yang menggalakkan dan pertanyaan tentang produk getah untuk penggunaan industri dan rumah, seperti sarung tangan pelbagaiguna, sarung tangan industri, sarung tangan pakaibuang, gegelang-O, sesendal getah, penyumbat getah, gromet dan pelbagai lagi produk getah.
16 MAY 2016
MREPC DI PAMERAN NATIONAL HARDWARE SHOW 2016
MREPC akan menyertai Hopital Expo, Paris
MREPC akan menyertai Hopital Expo Paris, yang akan diadakan pada 24 – 26 Mei 2016 bersama dengan tujuh pengeluar produk perubatan berasaskan getah Malaysia. Hopital Expo adalah pameran perubatan yang terulung di Perancis yang memaparkan teknologi terkini, peralatan perubatan serta solusi dalam pengurusan kemudahan perubatan.
Expo ini akan mempertemukan lebih daripada 15,000 golongan profesional bidang penjagaan kesihatan termasuk pakar perubatan dan pembuat keputusan. MREPC serta pengeluar daripada Malaysia akan mempamerkan dan mempromosikan pelbagai produk perubatan berasaskan getah buatan Malaysia termasuk sarung tangan perubatan latex serta Nitrile, sarung tangan pembedahan, kondom serta kateter.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Pavilion 1, Gerai H36 untuk mendapatkan produk perubatan berasaskan getah buatan Malaysia yang bermutu tinggi.
09 MAY 2016
MREPC akan menyertai Hopital Expo, Paris
Pavilion MREPC di CMEF Spring 2016
MREPC telah menyertai CMEF (China International Medical Equipment Fair) Spring 2016, edisi ke-75, yang berlangsung dari 17 - 20 April 2016, di National Exhibition and Convention Center (NCEC), Shanghai, China. MREPC berjaya mempaparkan penyertaan yang kukuh di pameran ini dengan pavilion indah yang berukuran 126sqm, bertempat di lokasi amat strategikdi dalam Dewan 4.1. Seramai 12 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia menyertai Pameran ini bersama MREPC untuk mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan perubatan serta lain peralatan perubatan berkualiti buatan getah dalam CMEF Spring 2016.
Pengunjung ke gerai MREPC diberi gambaran menyeluruh mengenai pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang dibuat di Malaysia manakala pengeluar-pengeluar yang turut mengambil bahagian memberi tumpuan kepada mempromosikan sarung tangan perubatan yang berkualiti buatan Malaysia. Sesi “business matching†turut diadakan di gerai pameran MREPC selama tempoh 4 hari tersebut. Semua pengeluar yang menyertai CMEF 2016 telah melaporkan angka jualan semasa dan potensi jualan yang lumayan. Mereka menunjuk minat untuk terus meyertai pameran CMEF Spring yang akan diadakan pada tahun depan.
05 MAY 2016
Pavilion MREPC di CMEF Spring 2016
Seminar MREPC di Universiti Shanghai Jiao Tong, China
Pada 15 April 2016, pejabat MREPC Shanghai telah mengadakan seminar bertajuk 'Know Your Medical Gloves' di Kolej Kejururawatan, Universiti Shanghai Jiao Tong, China. Seminar ini, dalam Bahasa Mandarin, berjaya menarik sejumlah 45 pelajar kejururawatan serta kakitangan akademik dan pengurusan.
Ceramah ini telah disampaikan oleh wakil MREPC di Shanghai, Cik Lio Lan Sing. Suasana seminar yang amat interaktif, telah menarik tumpuan para peserta, dengan soalan-soalan dan input lain dari peserta.
Kursus kejururawatan di Universiti Shanghai Jiao Tong adalah program selama 4 tahun yang mengajar serta melatih generasi jururawat yang baru. Setelah tamatnya kursus ini, mereka akan ditempatkan di pelbagai institusi perubatan kerajaan dan swasta di seluruh negara China. Seminar ini adalah sebahagian dari Program MREPC yang bertujuan memupukan amalan perubatan yang baik serta mendidik professional bidang perubatan dan penjagaan kesihatan mengenai cara pengunaan sarung tangan perubatan yang betul.
25 APR 2016
Seminar MREPC di Universiti Shanghai Jiao Tong, China
Misi Belian RAC dari Afrika Selatan
MREPC telah menganjurkan misi belian dari Afrika Selatan yang telah diadakan pada 19-20 April 2016, khusus untuk komponen automotif berasaskan getah. Dua pengedar komponen otomotif dari Afrika Selatan, Caravalle Automotive Carpets dan Motordeal Jo'burg South, telah bertemu dengan enam pengilang komponen automotif getah Malaysia di pejabat MREPC dan melawat dua kilang komponen automotif berasaskan getah.
Caravalle berminat untuk mendapatkan alat automotif yang diperbuat dari getah dan tikar getah untuk kereta sementara Motordeal berminat untuk mendapatkan "engine mountings" dan alat automotif yang di perbuat dari getah. Misi belian ini telah berjaya memberi peluang kepada pengilang komponen automotif getah Malaysia untuk bertemu dan mewujudkan rangkaian dengan bakal pembeli dari Afrika Selatan serta meningkatkan eksport komponen automotif getah ke Afrika Selatan.
25 APR 2016
Misi Belian RAC dari Afrika Selatan
Penyertaan Kali Pertama MREPC di National Hardware Show, Las Vegas
Buat kali pertama MREPC akan menyertai pameran National Hardware Show, pameran antarabangsa khusus untuk perkakasan dan pembaikan rumah di Las Vegas, Amerika Syarikat. Pameran ini akan berlangsung dari 4 hingga 6 Mei 2016. Empat pengeluar produk getah Malaysia akan menyertai pameran ini bersama dengan MREPC.
Peserta pameran dari Malaysia akan mempamer serta mempromosikan perkakasan rumah dan industri yang berkualiti seperti sarung tangan pelbagaiguna, sarung tangan industri, sarung tangan getah biasa, O-ring, sendal getah, grommet, serta pelbagai barangan getah yang lain.
Pengunjung dijemput melawat gerai MREPC yang berlokasi Booth 6517 di Las Vegas Convention Centre untuk mendapat maklumat mengenai produk getah berkualiti tinggi dari Malaysia dan temui pengeluar yang boleh dipercayai untuk mendapatkan produk getah yang berkualiti dari Malaysia.
12 APR 2016
Penyertaan Kali Pertama MREPC di National Hardware Show, Las Vegas
Kunjungi Pavilion MREPC di CMEF Spring 2016
MREPC serta 12 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia akan menyertai China International Medical Equipment Fair ke-75 yang akan berlangsung dari 17 – 20 April 2016, di National Exhibition and Convention Center (NCEC), Shanghai, China.
CMEF, salah satu pameran perdagangan terbesar di rantau Asia-Pacific untuk peralatan perubatan dan produk serta perkhidmatan yang berkenaan, menyediakan platform yang terbaik untuk memasarkan, mendapatkan sumber produk, mendapatkan pengetahuan serta membangunkan rangkaian. Pameran ini menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan rantaian industri perubatan bermula dari pengilang produk sampai ke pengusaha perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Untuk mendapatkan peralatan perubatan getah buatan Malaysia yang bermutu tinggi, datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 4.1, Gerai H66 di CMEF Spring 2016.
07 APR 2016
Kunjungi Pavilion MREPC di CMEF Spring 2016
Penyertaan MREPC di KIMES 2016
MREPC telah menyertai Pameran Perubatan dan Peralatan Hospital Korea yang ke 32 (KIMES) pada 17 – 20 Mac 2016. Pameran ini diadakan di Pusat Pameran Coex, Seoul, Korea Selatan. KIMES 2016 berjaya membuka ruang bagi MREPC untuk mempromosikan produk perubatan berasaskan getah buatan Malaysia.
Pameran 4 hari ini juga berjaya menarik sejumlah 73,389 pengunjung dari seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengunjung yang melawati booth MREPC adalah orang tempatan. Pertanyaan diterima mengenai semua produk perubatan berasaskan getah yang dipamerkan, tetapi sarung tangan getah, terutamnya sarung tangan pembedahan, menjadi tumpuan minat pengunjung.
31 MAR 2016
Penyertaan MREPC di KIMES 2016
Penyertaan MREPC di 'Medical Fair India 2016' Membawa Kejayaan
MREPC telah menyertai Pameran Medical Fair India 2016 yang diadakan di 'Bombay Exhibition and Convention Centre', Mumbai, India pada 11 – 13 Mac 2016. Pavilion MREPC menempatkan lapan pengilang dari Malaysia yang mempamerkan pelbagai jenis produk perubatan berasaskan getah.
Pavilion MREPC berjaya menjadi tumpuan orang ramai sepanjang pameran tersebut, dengan kombinasi warna hijau dan kuning yang menarik. Kebanyakan pegunjung ke gerai MREPC adalah dari Mumbai dan negeri-negrei yang berhampiran. Terdapat banyak pertanyaan yang diterima, terutamanya mengenai sarung tangan buatan getah asli. MREPC bersama pengilang Malaysia yang turut menyertai pameran ini berjaya dalam usaha mempromosikan peralatan perubatan getah buatan Malaysia dengan impak yang positif.
Semua pengeluar peralatan perubatan getah buatan Malaysia menerima respon yang baik dari pengunjung dan berharap mendapat jumlah jualan yang lumayan. Pengilang Malaysia yang menyertai pameran ini menyuarakan minat untuk menyertai Medical Fair India yang seterusnya.
29 MAR 2016
Penyertaan MREPC di 'Medical Fair India 2016' Membawa Kejayaan
Seminar MREPC
Seminar MREPC yang bertajuk "Pengurusan Bahan Toksik dan Berbahaya dalam Industri Produk Getah" pada 24 Mac 2016 dihadiri 22 peserta dari 9 syarikat produk getah. Seminar tersebut menyampaikan pengetahuan bertujuan mengukuh budaya keselamatan di tempat kerja, terutamanya dalam industri produk getah, melalui pengurusan yang berkesan untuk bahan-bahan toksik dan berbahaya.
Seminar ini dikendalikan oleh Encik Andrew Anthony, jurulatih yang beriktiraf dan mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat di pelbagai organisasi awam dan korporat.
Peserta seminar, dari pelbagai sektor pengilangan produk getah, saperti sarung tangan, kondom, fender, produk automotif dan kepingan (sheet) getah diperkenalkan kepada pelbagai bahaya kimia yang terdapat dalam sektor pembuatan. Maklumat mengenai pelbagai perkara yang berkaitan di sampaikan, termasuk tujuan dan latar belakang bahan kimia berbahaya, peranan majikan, penyediaan program bertulis, pelabelan dan tanda-tanda keselamatan, latihan pekerja, dokumentasi, persediaan program pekerja dan operasi.
28 MAR 2016
Seminar MREPC
MREPC kembali ke Medical Fair India 2016
MREPC akan kembali menyertai pameran Medical Fair India 2016 yang ke-22 di Mumbai, India yang akan diadakan dari 11 - 13 Mac 2016. MREPC bersama lapan pengeluar produk perubatan buatan getah dari Malaysia akan mempamerkan produk-produk berkualiti tinggi didalam Pavilion MREPC di Dewan 1, Bombay Exhibition and Convention Centre.
Medical Fair India 2016 merupakan pameran untuk hospital, pusat kesihatan dan klinik yang terunggul di India, yang menyediakan platform untuk teknologi perubatan dan infrastruktur hospital yang terkini, serta pelbagai jenis kelengkapan, perkhidmatan dan produk-produk yang berkait dengan penjagaan kesihatan.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 1, ruang pameran E44, untuk mendapatkan peralatan perubatan getah buatan Malaysia yang bermutu tinggi.
07 MAR 2016
MREPC kembali ke Medical Fair India 2016
Sumbangan Sejuta Sarung Tangan
Y. B. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia akan menyampaikan sumbangan satu juta sarung tangan getah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada 3 Mac 2016, di upacara “Sumbangan Sejuta Sarung Tangan†yang di anjurkan oleh MREPC (Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia).
Upacara sumbangan sarung tangan ini akan bermula dengan seminar mengenai sarung tangan dan cara-cara menghalang penyakit jangkitan. Lebih dari 400 jururawat, inspektor kesihatan dan pegawai perubatan daripada perkhidmatan kesihatan di Sarawak akan hadir seminar tersebut. Dua kertas akan di bentangkan dalam seminar, mengenai “Penggunaan Sarung Tangan untuk Menhalang Infeksiâ€, oleh En. Adnan Abdullah, Penasihat Ekonomi dan Penyelidikan Pasaran MREPC, dan “Kebersihan Tangan, Sarung Tangan dan Transmisi Kumanâ€, oleh Dr. Chua Hock Hin dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Sejuta sarung tangan yang di sumbangkan oleh MREPC kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan diedarkan kepada semua perkhidmatan kesihatan, saperti hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian, pasukan kesihatan bergerak dan perkhidmatan doktor udara. MREPC berharap initatif ini akan menyumbang kepada usaha Jabatan Kesihatan Negeri untuk memgembangkan perkhidmatan kesihatan di Negeri Sarawak.
01 MAR 2016
Sumbangan Sejuta Sarung Tangan
Laman Web E-Perpustakaan Terbaru Kami Sekarang di Atas Talian!
MREPC telah melancarkan laman web e-perpustakaan yang baru! E-perpustakaan MREPC adalah merupakan kemudahan atas talian yang disediakan untuk ahli industri mengakses pelbagai bahan yang terdapat di Pusat Sumber MREPC. Sila masuk ke laman web e-perpustakaan MREPC di www.mrepc-elibrary.com.
Ahli industri yang belum berdaftar dijemput untuk mendaftar di laman web MREPC. Sebagai ahli berdaftar di laman web MREPC, anda akan mendapat akses ke e-perpustakaan dan melihat pelbagai pilihan bahan, termasuk laporan pasaran, jurnal, kertas seminar, surat berita suku tahunan MREPC serta statistik industri yang dikemaskini.
Bagi pengguna kali pertama, e-perpustakaan MREPC menyediakan panduan dalam talian berbentuk video untuk membantu dan membimbing pengguna melayari laman web. Sebagai pengguna berdaftar, anda akan dimaklumkan tentang bahan-bahan baru yang terdapat di Pusat Sumber menerusi e-mel.
Pusat Sumber MREPC terletak di pejabat MREPC beralamat di Q Sentral, Kuala Lumpur. Ia dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.
Pusat Sumber MREPC
Unit No. 36-02, Level 36, Q Sentral,
2A Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur
16 FEB 2016
Laman Web E-Perpustakaan Terbaru Kami Sekarang di Atas Talian!
MREPC dan Pengilang Malaysia Bersinar di Arab Health 2016
MREPC menyertai Arab Health 2016 dengan pavilion dua tingkat yang menarik. Ini adalah tahun kedua pavilion dua tingkat MREPC yang cukup menonjol telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Seramai dua belas pengeluar peralatan perubatan buatan getah telah menyertai acara selama 4 hari itu bersama dengan MREPC untuk mempamerkan produk-produknya serta mempromosikan peralatan perubatan buatan getah Malaysia yang bermutu tinggi.
Edisi ke-41 Arab Health telah berlangsung dari 25 – 28 Januari 2016 di Dubai, United Arab Emirates. Arab Health 2016 adalah platform yang terbesar di rantau ini bagi pengeluar, pemborong dan pengedar yang terkemuka di dunia untuk bertemu dengan komuniti perubatan dan saintifik.
Kebanyakkan pengunjung yang melawat ke Pavilion MREPC adalah dari rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Walaupun kebanyakkan pertanyaan adalah untuk sarung tangan perubatan, pelawat ke Pavilion MREPC ingin juga mendapatkan kondom, kateter foley, band latihan (exercise bands) dan alat-alat perubatan getah yang lain.
16 FEB 2016
MREPC dan Pengilang Malaysia Bersinar di Arab Health 2016
Pameran Pertama MREPC bagi Tahun 2016 di Arab Health 2016
MREPC akan memulakan program promosi untuk 2016 dengan penyertaan dalam Arab Health 2016 yang akan berlangsung dari 25 – 28 Januari 2016 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Seramai 12 pengeluar peralatan perubatan berasakan getah dari Malaysia akan menyertai bersama dan akan ditempatkan dibawah Pavilion MREPC di Hall 6 di Dubai International Covention & Exhibition Centre.
Arab Health 2016 adalah salah satu pameran perdagangan antarabangsa yang terkemuka didunia untuk industri penjagaan kesihatan, yang akan memaparkan teknologi terkini dan perkembangan semasa dalam produk dan perkhidmatan perubatan. Lebih dari 4,000 syarikat akan menyertai Arab Health 2016, dengan 36 pavilion negara, dan dijangka lebih dari 130,000 pelawat profesional dari seluruh dunia akan kunjungi acara tahun ini.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 6 gerai no. 6B01, untuk mendapatkan peralatan perubatan berasakan getah berkualiti tinggi buatan Malaysia.