ENGLISH | BAHASA
Majlis Getah Malaysia (MRC)

Mengenai Industri

Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Dunia


Pengeluaran

  • Pengeluaran getah dunia bagi separuh pertama 2021 meningkat sebanyak 12.2% kepada 14.1 juta tan berbanding 12.6 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.
  • Nisbah getah asli (NR) kepada getah sintetik (SR) yang dihasilkan bagi enam bulan pertama tahun 2021 ialah 44:56. Malaysia menduduki tempat ketujuh di dunia bagi pengeluaran getah asli.

 

Penggunaan

  • Penggunaan getah dunia bagi separuh pertama 2021 meningkat sebanyak 19.3% kepada 14.8 juta tan berbanding 12.4 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.
  • Nisbah getah asli (NR) kepada getah sintetik (SR) yang digunakan bagi enam bulan pertama tahun 2021 ialah 46:54. China, Amerika Syarikat, India, Thailand, Jepun, Malaysia, Brazil, Indonesia, Vietnam dan Rusia adalah 10 pengguna getah terbesar pada tahun 2021.

 

Dagangan

  • Import getah dunia bagi separuh pertama 2021 meningkat sebanyak 21.3% kepada 11.9 juta tan berbanding 9.8 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.
  • Eksport getah dunia bagi separuh pertama 2021 meningkat sebanyak 19.6% kepada 11.2 juta tan berbanding 9.4 juta tan dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.

World Production, Consumption and Trade of Rubber

 


World Production, Consumption and Trade of Rubber