ENGLISH | BAHASA
Malaysian Rubber Council (MRC)

KENALI MAJLIS
GETAH MALAYSIA

Majlis Getah Malaysia (MRC), dahulunya dikenali sebagai Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). MRC bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia. MRC mempunyai pejabat di luar negara iaitu di Amerika Syarikat (USA), Eropah, China, India dan Timur Tengah.

MRC Mempromosikan Komponen Getah Automotif Berkualiti di Automechanika Kuala Lumpur

MRC telah menyertai Automechanika Kuala Lumpur yang menjadi salah satu pameran terkemuka untuk industri perkhidmatan automotif bagi pasaran ASEAN dari 16 – 18 Mac 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Dengan konsep S.E.T (Sourcing, Entertainment dan Training) yang unik, pameran ini telah menarik sekitar 8,000 pengunjung dan 330 peserta daripada 17 negara seperti Australia, China, Jerman, Hong Kong, India, Itali, Korea, Lithuania, Malaysia, Mauritius, Oman, Poland, Singapura, Taiwan, Emiriyah Arab Bersatu, Britain dan Amerika Syarikat.

Reruai promosi MRC mempamerkan pelbagai produk getah Buatan Malaysia yang berkualiti termasuk komponen getah automotif, telapak tayar dan bahan tayar celup, bahan getah khas seperti Ekoprena dan Pureprena dan juga pelbagai sarung tangan industri di pameran tersebut. Sepanjang pameran yang berlangsung selama tiga hari itu, MRC menerima bilangan pertanyaan perdagangan yang berkualiti dan pengunjung dari pelbagai negara seperti Korea, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Jerman. Beberapa pengeluar produk getah Malaysia turut menyertai pameran ini termasuk Best Form Brake Manufacture, Cooltec Industries, Kossan Industries, Pro-Tec Wire Industries dan Schmaco Auto Parts Industries.

Bersempena dengan penyertaan di pameran ini, MRC telah menganjurkan program Global Sourcing Mission (GSM) untuk pembeli antarabangsa mendapatkan produk getah berkualiti dari Malaysia. Sejumlah 21 padanan perniagaan termasuk tiga lawatan kilang telah diadakan dengan jayanya di kalangan tujuh pembeli berpotensi dan 11 pembekal Malaysia.

Edisi Automechanika Kuala Lumpur seterusnya dijadualkan akan berlangsung dari 8 – 10 Mei 2025.

Pengunjung di reruai MRC.
MRC Mempromosikan Komponen Getah Automotif Berkualiti di Automechanika Kuala Lumpur
27 Mac 2023

MRC Mempromosikan Komponen Getah Automotif Berkualiti di Automechanika Kuala Lumpur


Promosi Telapak Tayar Berkualiti di Tyrexpo Asia

MRC telah berjaya menamatkan penyertaan sulungnya dalam Tyrexpo Asia, salah satu pameran tayar terkemuka di Asia dari 8 - 10 Mac 2023 di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands di Singapura. Pameran ini telah menarik lebih 5,000 pengunjung dan 200 peserta pameran dari pelbagai negara. Reruai promosi MRC telah mempamerkan Malaysia sebagai sumber bagi telapak tayar berkualiti tinggi serta bahan tayar celup termasuk cushion gum, camelback, orbitread, repair rope, dan sidewall veneer. Bahan getah khusus (getah mesra alam) seperti Ekoprena dan Pureprena, dan komponen getah automotif turut dipamerkan di reruai MRC. Beberapa pengeluar telapak tayar Malaysia turut menyertai pameran ini termasuk Sun Rubber, Kayel, Max Rubber dan Eversafe Rubber. Sepanjang pameran yang berlangsung selama tiga hari itu, MRC menerima bilangan pertanyaan perdagangan yang berkualiti dan menggalakkan.

Bagi mempertingkatkan lagi kehadiran MRC di pameran serta komitmen MRC dalam mempromosikan telapak tayar berkualiti tinggi, satu iklan yang menarik perhatian telah diletakkan secara strategik di pintu masuk utama dewan pameran untuk menarik jejak pengunjung ke reruai MRC. Menteri (Ekonomi) dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Cik Kavitha Mathuvay juga telah melawat reruai MRC dan terlibat dalam perbincangan yang mendalam dengan pengeluar telapak tayar Malaysia.

Edisi Tyrexpo Asia seterusnya dijadualkan pada 2024 di Bangkok, Thailand.

Pengunjung di reruai MRC
Promosi Telapak Tayar Berkualiti di Tyrexpo Asia
17 Mac 2023

Promosi Telapak Tayar Berkualiti di Tyrexpo Asia


MRC Akan Mempromosikan Komponen Getah Automotif di Automechanika Kuala Lumpur

MRC akan menyertai Automechanika Kuala Lumpur (AMKL) yang merupakan salah satu pameran terkemuka untuk industri perkhidmatan automotif bagi pasaran ASEAN yang bakal mengumpulkan sekitar 300 peserta dan 8,000 pelawat dari serata dunia di bawah satu bumbung. Pameran ini dijadualkan untuk berlangsung selama tiga hari dari 16 – 18 Mac 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia.

Pameran ini bertujuan untuk mempamerkan transformasi industri automotif Malaysia dari segi pembuatan, elektrifikasi dan perkhidmatan yang memainkan peranan penting untuk menarik perhatian dan aliran pasaran global. Aktiviti pinggiran seperti bengkel, program latihan, hiburan, persidangan dan perbincangan bersama pakar industri turut dianjurkan sepanjang pameran berlangsung.

MRC akan menampilkan pelbagai produk getah seperti komponen getah automotif, telapak tayar dan bahan tayar celup, bahan getah khas (getah mesra alam) dan sarung tangan industri di pameran tersebut. Bersempena dengan penyertaan dalam pameran, MRC akan turut menganjurkan Global Sourcing Mission (GSM) yang merupakan program padanan perniagaan yang dianjurkan secara khusus untuk pembeli global mendapatkan produk getah berkualiti dari Malaysia.

Sertai dan lawati gerai MRC di Dewan 2, Gerai 2M35 untuk meneroka lebih lanjut tentang komponen getah automotif berkualiti tinggi buatan Malaysia.


MRC Akan Mempromosikan Komponen Getah Automotif di Automechanika Kuala Lumpur
02 Mac 2023

MRC Akan Mempromosikan Komponen Getah Automotif di Automechanika Kuala Lumpur

Berita
Terkini

Berita
Industri

Govt Steps Up Promotion to Boost Export of Rubber Products

27 March 2023

Baca Lagi

Glove Stocks Among Bursa's Most Active Counters

23 March 2023

Baca Lagi

Sorotan
Media

Sarung tangan getah cecah RM19.04b

Harian Metro

11 March 2023

Baca Lagi

Eksport getah, produk cecah RM35.98 bilion tahun lepas -MRC

Bernama

09 March 2023

Baca Lagi