ENGLISH | BAHASA
Majlis Getah Malaysia (MRC)

Informasi Terkini PKP


Kenali MRC

Majlis Getah Malaysia (MRC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK). MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. MRC bertanggungjawab untuk mempromosikan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia, khususnya bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (IKS) melalui usaha promosi domestik.

Baca Lagi

Berita Terkini

Taklimat Tender Global Branding Campaign 2021 untuk produk getah buatan Malaysia

Majlis Getah Malaysia (MRC) mempelawa agensi pengiklanan dan kreatif untuk menyertai taklimat tender Global Branding Campaign 2021 untuk produk getah buatan Malaysia.

Hanya agensi pengiklanan dan kreatif yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk agensi pengiklanan dan kreatif adalah seperti berikut:-


  1. Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dalam mengendalikan pengiklanan dan kreatif. Sampel penerangan ringkas tentang agensi dan pengalaman sekurang kurangnya tiga tahun hendaklah disertakan

  4. Pengalaman dan portfolio agensi

    1. Portfolio kerja
    2. Perlu disertakan sampel perfolio kerja berkenaan penjenamaan seperti di bawah:

      1. Kempen Kreatif
      2. Agensi perlu menyerahkan sampel portfolio kerja tentang kempen penjenamaan seperti sampel kerja, senarai pelanggan, pengalaman pemasaran)

      3. Pengalaman dalam pelbagai media
      4. Agensi perlu menunjukkan sampel portfolio kerja dengan pelbagai media berkenaan pengiklanan termasuk media tradisional dan media atas talian dan juga laman media sosial

    3. Ahli dan pasukan projek
    4. Menyerahkan profil dan pengalaman termasuk jumlah ahli dan perjumpaan dengan ahli pasukan projek

    5. Rujukan
    6. Sekurang-kurangnya tiga rujukan pelanggan diserahkan dan infomasi yang diberikan wajib dilampirkan dengan nama pelanggan, alamat nombor telefon dan alamat emel.

  5. Agensi tidak mengenakan yuran untuk proses tender dan boleh membuat pembentangan pada masa yang ditetapkan.

Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk TERKINI profil syarikat dan portfolio untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Cik Thania Ammanena di thania@myrubbercouncil.com. Oleh kerana PKPB, garis masa dianjakkan dari Jumaat, 16 Oktober 2020 pada jam 12 tengahari kepada Isnin, 19 Oktober 2020 pada jam 5 petang.

Maklumat yang dikemukakan oleh agensi akan disahkan oleh MRC dan agensi pengiklanan dan kreatif yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Cik Thania Ammanena. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.

Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:

TARIKH : Isnin, 26 Oktober 2020
JAM : 10.00 pagi
TEMPAT : Taklimat Atas Talian Tender



Taklimat Tender Global Branding Campaign 2021 untuk produk getah buatan Malaysia

Taklimat Tender Global Branding Campaign 2021 untuk produk getah buatan Malaysia

09
Oct , 2020

Penyertaan Berterusan Pavilion MRC Malaysia di CMEF Spring 2020

CMEF Spring 2020 yang pada asalnya dijadualkan pada 9 – 12 April 2020 telah ditangguhkan sebanyak dua kali dan kini telah dijadualkan semula pada 19 – 22 Oktober 2020 sebagai langkah pencegahan dan kawalan daripada pandemik Covid-19. CMEF Spring dianggap sebagai pameran perdagangan terbesar di rantau Asia Pasifik untuk peranti perubatan, produk dan perkhidmatan yang berkaitan. CMEF menyediakan perkhidmatan untuk keseluruhan rantaian nilai peranti perubatan bermula daripada pengilang produk kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengguna akhir. Pameran perdagangan ini meliputi 15,000 produk seperti pengimejan perubatan, peralatan IVD dan reagen, elektronik perubatan, optik perubatan, pertolongan cemas, peranti pemulihan, kejururawatan, teleperubatan, peranti boleh pakai dan perkhidmatan penyumberan luar.

MRC meneruskan penyertaannya di pameran tersebut sebagai penganjur pavilion negara bersama dengan tiga pengeluar peranti perubatan getah dan pengeksport Malaysia. Pameran ini akan dianjurkan di National Exhibition and Convention Centre, Shanghai, China.

Pavilion MRC Malaysia akan mempamerkan pelbagai peranti perubatan getah yang inovatif dan berkualiti tinggi. Kunjungi Pavilion MRC (MREPC) Malaysia di Dewan 5.1, Gerai T27 untuk mendapatkan peranti perubatan getah yang bermutu dari Malaysia.



Penyertaan Berterusan Pavilion MRC Malaysia di CMEF Spring 2020

Penyertaan Berterusan Pavilion MRC Malaysia di CMEF Spring 2020

05
Oct , 2020

Siaran Akhbar Penjenamaan Semula Majlis Getah Malaysia

.pdf



Siaran Akhbar Penjenamaan Semula Majlis Getah Malaysia

Siaran Akhbar Penjenamaan Semula Majlis Getah Malaysia

29
Sep , 2020

Penyertaan MRC di Pameran Maya Sulung EVM Asia 2020

MRC telah menyertai edisi pertama pameran maya EVM Asia yang dianjurkan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dengan kerjasama Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii). Pameran maya tersebut telah berlangsung dari 8 – 10 September 2020. Penganjur acara ini melaporkan bahawa ia menerima lebih 1,000 pelawat dari 13 negara yang mengunjungi pameran maya ini sepanjang tiga hari berlangsung. Acara ini menggabungkan 89 peserta pameran maya yang mewakili enam buah negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea Selatan, China, Singapura dan Thailand. Selain MRC, tiga pengeluar produk getah Malaysia juga turut menyertai pameran maya ini iaitu Kossan Industries, Doshin Rubber Products dan Kumpulan Jebco. Selain dari pameran maya, acara ini juga memperlihatkan inovasi terkini melalui melalui platform produk baru seperti pengecasan kenderaan elektrik, produk dan sistem RFID. Gerai maya MRC telah menampilkan maklumat komprehensif tentang kemampuan dan keupayaan pengeluar Malaysia dalam menghasilkan pelbagai komponen getah automotif berkualiti tinggi. Gerai ini juga menyediakan platform Live Chat untuk pegawai MRC berkomunikasi secara terus dengan pengunjung.



Penyertaan MRC di Pameran Maya Sulung EVM Asia 2020

Penyertaan MRC di Pameran Maya Sulung EVM Asia 2020

17
Sep , 2020

Galeri Multimedia